Jumaat, 8 Mac 2013

PANASS! Seramai 52 Orang Penganas Di Tembak Mati, Bersama Seorang Berpangkat Jeneral! #Pray4Sabah


Pasukan keselamatan Malaysia dipercayai telah menembak mati seramai 52 orang penceroboh bersenjata Sulu termasuk seorang berpangkat jeneral sehingga hari ini.

Dalam sidang media bersama Jeneral ATM, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar memberitahu kesemua mereka gugur dalam dua pertempuran dengan anggota keselamatan di Kampung Tanduo, di sini dan Tanjung Batu, Lahad Datu pada semalam.

"Petang semalam berlaku pertempuran antara pihak keselamatan dan pihak penceroboh. 11.30 pagi tadi juga berlaku pertempuran dan sehingga kini saya mendapat laporan daripada komander mengesahkan bahawa 31 musuh telah ditembak dan kita percayai mereka telah gugur, termasuk satu di Tandou.

"Operasi masih berjalan kerana kita percaya ada saki baki pihak penceroboh...dan kerjasama antara kedua-dua keselamatan amat baik sekali," kata Ismail.

Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Panglima Zulkifli Zainal dalam sidang media sama berkata anggota keselamatan telah mengepung penceroboh di kawasan-kawasan sasaran dan dipercayai mereka telah bersembunyi.

Zulkifli menyifatkan lapan anggota keselamatan yang terkorban sebelum ini mungkin dalam keadaan cuai dan tergopoh-gapah.

Justeru katanya, beliau akan terus memberi peringatan kepada petugas-petugas di Sabah.

"Mungkin kita cuai atau tergopoh-gopoh. Kita kerap ingatkan kepada pasukan kita...biar kita makan masa sikit tapi kita berusaha untuk elak perkara yang tidak diingini," tegas Zulkifli.

Lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke Lahad Datu hari ini dipercayai berjaya menaikkan moral dan semangat anggota keselamatan yang akan meneruskan Ops Daulat sehingga berjaya menghapuskan kesemua penceroboh. - sumber Mc ambil dari Minda Hijrah.

diantara gambar penceroboh yang gugur.
Namun masih ada yang pertikaikan kesahihan gambar ini. Kononnya mayat ini bukan mayat penceroboh tetapi mayat anggota polis. Mereka pertikaikan pakaian yang dipakai mayat tersebut.

Disini Mc nak bagi keterangan sikit la, apa punya bengap sapa yang pertikaikan semua tu. Dah tentu kita berperang dengan penceroboh gerilla. Bukan kita berperang dengan tentera mewakili negara. Mereka ini sanggup buat apa saja untuk menyerang dan melepaskan diri.

Malah mereka boleh menyamar menjadi sesiapa pun. Jadi tak hairanlah mereka tidak memakai pakaian seragam tentera. Itu pun tak boleh fikir? Ternyata, puak pembangkang ini mempunyai pemikiran yang kotor dan hati yang busuk. Hinggakan gambar ni pun dorang boleh pertikai dan kata menteri tipu.

McTheory:
What The Fish!!... sungguh la puak-puak ni..

Tiada ulasan: