Jumaat, 8 Mac 2013

PANASS!! Afdlin Shauki Terkilan Bila Kematian Anggota Polis Dikatakan Sandiwara Politik! #Pray4Sabah


Tak ramai artis dalam negara kita yang prihatin dengan isu semasa. Malah ada yang tak tahu langsung ada berlaku krisis di Sabah. Namun amat berbeza dengan Afdlin Shauki.

Afdlin Shauki ketika ditemui melahirkan rasa bimbangnya terhadap rakyat negara kita di kawasan yang diceroboh oleh tentera yang mengaku diri mereka Kesultanan Sulu itu. Dia juga kesal dengan pihak yang mengaitkan isu politik dengan pencerobohan ini.

"Saya secara peribadi merasa amat bimbang dengan apa yang terjadi di Lahad Datu, Sabah. Perkara ini sangat serius kerana ia melibatkan keselamatan orang ramai terutamanya penduduk di sana. Diharapkan kita semua dapat berdoa agar kadaulatan dan keamanan Malaysia terus dipertahankan dan rakyat kita dilindungi" komen Afdlin Shauki yang amat prihatin mengenai perkara ini.

"Isteri saya mempunyai keluarga yang tinggal di sana dan juga kenalan terdekat. Mereka memberitahu bahawa mereka berada dalam ketakutan dan tidak senang duduk kerana bimbang.

"Inilah perasaan yang dirasakan penduduk di Gaza. Pengalaman saya melihat sendiri keadaan di Gaza, hal ini bukanlah sesuatu yang boleh dipandang remeh. Kesemua dugaan ini datang daripada Allah SWT dan diharapkan doa dapat melindungi para pejuang negara dan rakyat Malaysia yang berada di sana," tambah Afdlin lagi.

Afdlin juga dengan tegas memohon kepada pihak-pihak tertentu supaya tidak mempolitikkan perkara yang serius seperti ini demi kepentingan individu kerana ia melibatkan nyawa serta anak bangsa kita  ada yang telah terkorban.

"Saya kecewa apabila terdengar pihak yang mengaitkan peristiwa yang telah pun mengorbankan beberapa orang anggota polis kita itu dengan politik. Mengapa sampai begitu sekali isu sebegini dipolitikkan sampai tragedi berdarah sedemikian kononnya turut didalangi politik.

"Tolong lupakan sebentar agenda politik masing-masing dan jangan pedulikan dakwaan-dakwaan tersebut. Yang penting sekarang kita perlu bersatu demi kedaulatan dan keamanan negara kita. Selain itu saya pohon supaya lebih banyak laporan serta informasi dapat diberikan mengenai situasi di Sabah untuk memberikan gambaran jelas tentang apa yang berlaku disana,"ulasnya lagi.

Afdlin adalah contoh rakyat Malaysia yang waras. Namun masih ramai rakyat Malaysia yang tidak waras dan menganggap semua ini hanyalah satu lakonan dan sandiwara. Bagi pendapat Mc, kita kumpulkan mereka semua yang tak waras tu hantar ke Lahad Datu.

Lepas tu kita tengok, apakah mereka masih fikit, krisis kat sana tu hanya sandiwara atau ianya benar berlaku!


McTheory:
Mau terkencing terberak dalam seluar!

Tiada ulasan: