Sponsor

Memaparkan catatan dengan label artis BN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label artis BN. Papar semua catatan

Selasa, 30 April 2013

PANASS!! Industri Hiburan Hancur Bila PR Memerintah? - NormanKRU #TolakPR #PRU13



Mc gunakan tweet Norman KRU sebagai tajuk, walaupun artikel ni lebih menyentuh kisah Faizal Tahir terasa dengan tweet Norman tu.

Memang lah rezeki tu di tangan Tuhan, tapi kalau tak usaha untuk dapatkan rezeki tu, sembang macam mana pun tak guna. Itulah yang dimaksudkan oleh Norman KRU dalam Tweet dia.. Takkan benda kecik macam ni pun Faizal Tahir tak boleh nak faham?

Puak-puak Pas kata sebelum ni nak "Islam" kan dunia hiburan melalui ideologi politik dorang, tapi masalahnya, dalam jubah Pas sendiri tu pun hancing baunya. Cuba korang tengok betapa hipokritnya pemimpin atasan Pas, mengata orang bagai nak rak, tapi akhirnya sendiri KANTOI ada video seks terlampau dengan wanita bukan muhrim.

Pas kononnya nak bawak artis berhijrah dengan join pentas ceramah dorang, akhirnya artis tak laku macam Abby serta Aishah dijadikan penceramah maki hamun pemimpin Islam lain diatas medium Pas. Pas sendiri tak dapat nak jaga partinya dengan baik. Macam mana Pas nak kita yakin bahawa Pas tu mampu membawa perubahan yang baik?

Soo, macam mana Pas nak makmurkan industri perfileman dan dunia muzik Malaysia kalau dalam parti dorang sendiri caca marba serta penuh dengan kepura-puraan?

Sekali lagi Mc tak nafikan rezeki tu di tangan Tuhan, tapi kalau sesuatu urusan tu diserahkan kepada yang bukan dalam bidang kepakarannya, maka tunggulah kehancuran yang bakal datang. Itu Mc ambil dari hadis sahih tau. Tak percaya cuba tanya si Faizal Tahir. Dia kan pandai agama.

Bila ditegur mulalah nak merajuk..

Jika anda pandai berfikir, tentu anda akan risau bila Pakatan memerintah Malaysia. Mereka tidak bersedia. Mereka hanya pandai bercakap dan tidak terbukti mampu untuk membuat kerja. Mereka gagal dalam menjaga negeri masing-masing. Jadi patut ke kita serah nasib atau masa depan kita pada orang sebegini?

Mc takut nanti, bukan hanya bidang hiburan saja bermasalah. Bidang-bidang lain juga akan turut lingkup di tangan Pakatan kelak. Janganlah kita menyesal bila negara kita yang aman ni jadi huru-hara. Kalau dah jadi macam tu, nak menyesal tak guna.

McTheory:
Fikirkan dengan bijak, bukan hanya untuk diri sendiri, tapi untuk generasi masa depan.

Sabtu, 27 April 2013

TUDIAA!! Azhar Sulaiman Juga Artis GAY? #TolakPR


Dalam maksud video ni sebenarnya. Kalau ada yang tak faham tu, rasanya memang dilahirkan lembab kot. Apa pun satu lagi video sinis terbaik dari Azhar Sulaiman.

Azhar Sulaiman dah jumpa jam Omega, Anwar pulak bila? he he..a

Jumaat, 26 April 2013

TERBAIKK!! Komen Azhar Sulaiman Mengenai Video Anwar dan Stopa Ali Spender!! #TukarKedah #SaveKedah


Rugi mampuih la kalau hangpa tak tengok video ni.. he he.. memang terbaik dari Azhar Sulaiman..




McTheory:
Teknik 'menyakitkan' hati Bro Azhar memang dahsyat..

Isnin, 22 April 2013

TUDIAA!! Michelle Yeoh Menyokong Kepimpinan PM @NajibRazak!! #BNbagus #PRU13


Pelakon antarabangsa Datuk Michelle Yeoh menolak bidasan pembangkang yang mengkritik Perdana Menteri dan meminta rakyat untuk memberi sokongan padu kepada Datuk Seri Najib Tun Razak."Beliau seorang pemimpin yang banyak berjasa dan akan melakukan banyak lagi perkara yang baik," katanya kepada kira-kira 60,000 hadirin pada majlis makan malam yang dianjurkan oleh Persekutuan Keturunan Cina Selangor.

"Saya, setulus ikhlas berharap bahawa beliau akan kekal sebagai Perdana Menteri dan saya minta anda semua untuk memberinya mandat yang kukuh," katanya.Yeoh menjadi sasaran bidasan oleh penulis blog pro pembangkang selepas bintang 'Crouching Tiger, Hidden Dragon' itu menerima jemputan untuk menghadiri majlis makan malam semalam.

Bagaimanapun, beberapa pihak, termasuk bapanya, Datuk Yeoh Kian Tiek, mempertahankan tindakan Michelle itu, sambil mengingatkan bahawa anaknya seperti semua rakyat negara ini berhak untuk menyokong mana-mana parti politik. Sambil menggesa pembangkang supaya lebih terbuka, Kian Tiek berkata anaknya berhak untuk menghadiri mana-mana majlis makan malam atau acara.

"Kita perlu menghormati hak setiap pengundi, bukan mengkritik mereka dan mendakwa bahawa mereka tidak patut mengundi BN. Itulah semangat demokrasi," Kata Kian Tiek.

Manakala seorang blogger Jovis Low pula berkata, pada ucapan Perdana Menteri, meminta rakyat supaya menolak pembangkang. Beliau berkata, sesetengah ahli-ahli politik membicarakan "Ubah" tetapi rakyat tidak mahu perubahan yang akan menjadikan malaysia sebuah negara yang aman sekarang kepada negara yang penuh dengan konflik dan keganasan.

Antara tulisannya yang menarik ialah, "Malaysia mencapai pertumbuhan 5.6 peratus pada tahun lalu - antara yang tertinggi di dunia. "Adakah anda mahu menukar semua kejayaan ekonomi yang telah kita capai? "Saya tahu jawapannya tentu tidak,"

Kita mahu bertransformasi kearah kemajuan yang lebih baik, bukan perUBAHan yang lebih buruk dan jahanamkan negara!

McTheory:
Sesungguhnya selama 4 tahun, Najib Razak telah melakukan pentadbiran yang sangat baik!

Sabtu, 20 April 2013

PANASS!! Lagi Artis Popular Sokong BN!! #BNbagus #PRU13


Kenal dengan artis di atas, sebelah kiri yang hensem tu Ustaz merangkap artis, selalu berlakon dalam cerita berunsurkan Islam. Sebelah lagi pun artis remaja. Kedua-dua ni artis yang ada pasaran lagi. Bukan macam Pas, artis yang suam-suam kuku dan tamat tempoh saja yang sokong Pas.

he he he.. #BNbagus

McTheory:
Artis tua sokong Pas, sebab Nik Aziz kata boleh masuk syurga.. hehe

Ahad, 24 Mac 2013

TUDIAA!! Nabil Tak Gentar Dengan Ugutan Pencacai Pakatan Terhadapnya!



Cayalah bro Nabil, jangan risau, lu kena hentam kami back up, jangan diam diri, lawan balik, artis-artis tamat tempoh puak Pakatan pun tunjuk lagak. Inikan pulak lu bro.. rakyat Malaysia majoriti sokong BN bro, cuma geng Pakatan yang suka syok sendiri.

Perjuangan belum selesai, harus diteruskan..

Jumaat, 8 Mac 2013

PANASS!! Afdlin Shauki Terkilan Bila Kematian Anggota Polis Dikatakan Sandiwara Politik! #Pray4Sabah


Tak ramai artis dalam negara kita yang prihatin dengan isu semasa. Malah ada yang tak tahu langsung ada berlaku krisis di Sabah. Namun amat berbeza dengan Afdlin Shauki.

Afdlin Shauki ketika ditemui melahirkan rasa bimbangnya terhadap rakyat negara kita di kawasan yang diceroboh oleh tentera yang mengaku diri mereka Kesultanan Sulu itu. Dia juga kesal dengan pihak yang mengaitkan isu politik dengan pencerobohan ini.

"Saya secara peribadi merasa amat bimbang dengan apa yang terjadi di Lahad Datu, Sabah. Perkara ini sangat serius kerana ia melibatkan keselamatan orang ramai terutamanya penduduk di sana. Diharapkan kita semua dapat berdoa agar kadaulatan dan keamanan Malaysia terus dipertahankan dan rakyat kita dilindungi" komen Afdlin Shauki yang amat prihatin mengenai perkara ini.

"Isteri saya mempunyai keluarga yang tinggal di sana dan juga kenalan terdekat. Mereka memberitahu bahawa mereka berada dalam ketakutan dan tidak senang duduk kerana bimbang.

"Inilah perasaan yang dirasakan penduduk di Gaza. Pengalaman saya melihat sendiri keadaan di Gaza, hal ini bukanlah sesuatu yang boleh dipandang remeh. Kesemua dugaan ini datang daripada Allah SWT dan diharapkan doa dapat melindungi para pejuang negara dan rakyat Malaysia yang berada di sana," tambah Afdlin lagi.

Afdlin juga dengan tegas memohon kepada pihak-pihak tertentu supaya tidak mempolitikkan perkara yang serius seperti ini demi kepentingan individu kerana ia melibatkan nyawa serta anak bangsa kita  ada yang telah terkorban.

"Saya kecewa apabila terdengar pihak yang mengaitkan peristiwa yang telah pun mengorbankan beberapa orang anggota polis kita itu dengan politik. Mengapa sampai begitu sekali isu sebegini dipolitikkan sampai tragedi berdarah sedemikian kononnya turut didalangi politik.

"Tolong lupakan sebentar agenda politik masing-masing dan jangan pedulikan dakwaan-dakwaan tersebut. Yang penting sekarang kita perlu bersatu demi kedaulatan dan keamanan negara kita. Selain itu saya pohon supaya lebih banyak laporan serta informasi dapat diberikan mengenai situasi di Sabah untuk memberikan gambaran jelas tentang apa yang berlaku disana,"ulasnya lagi.

Afdlin adalah contoh rakyat Malaysia yang waras. Namun masih ramai rakyat Malaysia yang tidak waras dan menganggap semua ini hanyalah satu lakonan dan sandiwara. Bagi pendapat Mc, kita kumpulkan mereka semua yang tak waras tu hantar ke Lahad Datu.

Lepas tu kita tengok, apakah mereka masih fikit, krisis kat sana tu hanya sandiwara atau ianya benar berlaku!


McTheory:
Mau terkencing terberak dalam seluar!

Rabu, 6 Mac 2013

TUDIAA!! Zed Zaidi Hentam Abby Abadi 'Ostazah Jadian' yang Sesat!!


Bekas pelakon dan anggota kumpulan Elite, Abby Abadi dilabelkan sebagai 'Ustazah Jadian' dan mampu memesongkan akidah umat Islam di negara ini.

 Sehubungan dengan itu, Presiden Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi menasihati selebriti yang kini menjadi penceramah Pas agar muhasabah diri sebelum sewenang-wenangnya mengeluarkan sebarang kenyataan.

 "Abby ibarat seorang ustazah tidak bertauliah yang sesuka hati mengeluarkan fatwanya sendiri seperti mana yang pernah ditunjukkan beberapa pemimpin Pas lain.

 "Jadi, bila seseorang 'Ustazah Jadian' ini berbicara, saya khuatir macam-macam perkara buruk akan terjadi ke atas anak bangsa Melayu kerana statusnya sebagai seorang artis mampu mempengaruhi sekali gus menggugat keimanan peminatnya," katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

 Zed Zaidi atau nama sebenarnya, Rozaidi Abdul Jamil mengulas kenyataan Abby yang menuduh artis negara ini sebagai golongan buta politik dan tersasar jauh dari landasan Islam serta mendakwa kebanyakan artis mempunyai ego yang tinggi sehingga lupa rezeki adalah pemberian Allah.

 Dalam ceramah anjuran Pas kawasan Permas, di sini semalam, Abby juga menyifatkan rakan-rakannya dalam dunia seni yang menyertai majlis anjuran UMNO atau Barisan Nasional hanyalah sekadar untuk menghiburkan penonton dan mendapat bayaran tanpa mengambil tahu perihal politik.

Khamis, 28 Februari 2013

GEMPAR!! Salleh Yaakub Bersara Dari Bidang Hiburan Kerana Ugutan Pencacai PR!! @Tunfaisal @KhairyKJ @MukhrizMahathir



Salleh Yaakub adalah satu nama besar dalam industri hiburan tanah air kita. Mc diantara salah seorang peminat Salleh Yaakub. Namun keputusan Salleh Yaakub untuk mengundurkan diri dari dunia hiburan adalah sangat mengejutkan.

Amat sedih apabila seorang OTAI lawak seperti Salleh Yaakub undur diri kerana dikecam oleh pencacai Pakatan yang tidak dapat menerima realiti sebenar lawak buku jingga yang dibuat oleh Salleh Yaakub dan Nabil.

Sebagai rakyat Malaysia, Salleh juga mempunyai hak menyuarakan hasrat dan pendapatnya. Video Bangkang dari Longkang mengenai Buku Jingga merupakan pendapat beliau mengenai janji Pakatan selama ini.

Namun bila beliau dikecam sedemikian, bermakna Pakatan berniat jahat dan menghapuskan semua artis yang mengkritik mereka.

Penyampai radio, pelawak serta pengacara terkenal, Salih Yaacob, 52, mengambil keputusan untuk menarik diri daripada dunia hiburan ekoran penyebaran cereka pendek di laman YouTube berjudul Bangkang dari Longkang .

Cereka pendek berdurasi kira-kira tiga minit yang memaparkan situasi di sebuah ceramah parti politik itu turut disertai seorang lagi rakan pelawaknya, Nabil Ahmad.

Kesannya, Salih mendapat kritikan meluas daripada pihak penyokong parti pembangkang, bahkan stesen radio Sinar FM turut diugut untuk diboikot.

"Saya sangat kecewa dan meminta maaf kepada peminat.

"Saya mengambil keputusan untuk tidak lagi terlibat di dalam bidang hiburan selepas ini. Soal kerjaya sebagai penyampai radio pula saya serah semuanya kepada pihak pengurusan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Para penyokong kerajaan perlu membuat sesuatu untuk membina semula semangat Salleh untuk teruskan hidup. Kenyataan yang Salleh Yaakub buat ni, menunjukan beliau sekarang seolah-olah berada dalam ketakutan dan membuat salah yang amat besar!

Video kontroversi boleh tengok kat bawah,



McTheory:
Mungkin UMNO boleh menghantar wakil berjumpa dengan Salleh?

Khamis, 17 Januari 2013

PANASS!! Afdlin Shauki Kata Patrick Teah BIADAP Sebab PAS!!


Sebelum ini Mc pernah terbitkan post Patrick Teoh hina Islam, nak baca klik SINI, kemudian komen itu di sambut oleh AC Mizal yang mengatakan Patrick KURANG AJAR dan BIADAP, post AC boleh baca kat SINI.

Lepas pada tu, kat bawah ni komen dari Afdlin Shauki yang patut kita baca, pasal Patrick, sebab Afdlin ni dulu agak rapat dengan Patrick Teoh.

Afdlin Shauki:
Patrick Teoh adalah seorang yang sudah saya kenal lama (dahulunya berkawan dgn bapa saya dan kemudian dgn saya) dan dalam persahabatan kami, saya mendapati beliau adalah seorang yg baik hati, periang dan amat menghormati orang dari pelbagai bangsa dan agama. Jadi apabila insiden ini berlaku saya amat terkejut. Walau pun dah berberapa tahun kami tak berkomunikasi, takkan begini jadinya org yg saya kenali dulu.

Setahu saya beliau ada banyak kawan muslim, takkanlah dia tak sensitif tentang perkara ini? Basically you can say anything you want in this country but NEVER MESS with our BELIEFS. No matter what religion. Masaalahnya for Patrick, apa pun jawapan yg diberikan sekarang ini oleh beliau tak akan dapat meredakan api yg tgh membara didada setiap org islam di malaysia yg mengikuti perkembangan ini

The FACT IS WHAT HE SAID ABOUT ISLAM IS WRONG! and i think Patrick realised that now, because he has retracted the remarks and have apologised. Sadly some things can be forgiven but not easily forgotten so soon by the general public. But that is the gravity of the matter.

Bila membaca facebook patrick, saya sedar yg some people have accepted the apology , ramai yg tak accept dan itulah fitrah manusia.

Aku marah dan aku mahu penjelasan dari patrick. AKu takde masaalah untuk memaafkan dia jika dia jujur terlanjur kata. Secara jujur aku rasa patrick tak faham mengenai islam. Ramai yg bukan islam berpendapat islam ni opressive religion, kerana mungkin kita tak cuba menerangkan kepada kawan-kawan betapa indahnya islam ini.

Jika dia mahukan penerangan mengenai islam aku sanggup bawa beliau untuk jumpa ustaz-ustaz yg sanggup membantu beliau mengetahui dan memahami yg apa yg beliau kata yg muslims "has no individuality and follow like sheep? pray 5 times a day? cover all the women".....sebenarnya itu tak menjadi satu masaalah bagi kita org islam. kita tak dipaksa melakukan semua itu, sebagai org islam kita MAHU dan WAJIB mengikuti ajaran AL Quran, hadis dan sunnah.


I believe patrick made a mistake out of his ignorance of Islam. I think as muslims kita kena berkongsi dgn kawan kawan bukan islam kita tentang islam dan tunjukkan keperibadian islam sebenar. Bersabar. Tak payah celupar. pasal bukan kah itu pun haram di sisi islam. Dalam nak membuat kebaikan pun kita tak dibenarkan melakukan yg dilarang. Marah tetap marah tapi jgn sampai langgar akidah kita. itu pesan guru-guru saya.

Sila tengok video ni oleh ustaz Nouman Ali Khan tentang cara kita patut react dgn keadaan sebegini bila islam atau pun nabi Muhammad SAW di caci. SANGAT PENTING

Ini masa bagi kita untuk bagi orang kenal betapa tingginya keperibadian orang islam menghadapi sesuatu insiden dengan waras, bukan react, tapi berfikir kemudian act dan action yg kita ambil mesti menunjukkan akhlak kita sebagai seorang Muslimin yg penuh dgn tertib, pengampunan dan kasih sayang sepertimana diajar oleh junjungan kita Rasullulah SAW.

Kita tegur beliau dan beri beliau penerangan tentang agama kita... Saya tahu ramai tgh marah ttg posting patrick, jadi tujuan status saya sebelum ini tadi adalah untuk meminta agar sebagai umat islam kita di Malaysia sama-sama bersabar.

Beliau memang patut di tegur dan itu sesuatu yg beliau mesti terima. Tapi Patrick telah meminta maaf dan saya rasa dia betul-betul menyesal atas apa yg dia lakukan. Saya kenal beliau, walaupun mulut dia lancang di adalah seorang yg jujur. Sincere or Not Apology dia, saya anggap itu percakapan org tua yg mempunyai sedikit ego... tapi saya ambil positif yg dia jujur.

Sebagai kawan saya memaafkan dia, kerana itu yang dituntut oleh Allah SWT kepada setiap manusia . Macammana kita nak mengharapkan kemaafan dari Allah SWT jika kita sendiri tak boleh memaafkan sesama manusia.

Kita mesti ingat yg Allah SWT akan mengampunkan apa saja dosa jika umat islam bertaubat dan beristighfar meminta pengampunannya. Kecuali seseorang itu mendua kan Nya (yakni berlaku Syirik). Takkanlah kita sebagai manusia tak boleh mengampunkan kut?

forgive boleh cepat. forget lambat sikit. kita manusia yg lemah.

Wallahhualam


McTheory:
Maaf tu boleh, lupa tu lama la sikit noo..

Rabu, 26 Disember 2012

PANASS!! Zed Zaidi Nafikan Artis Sokong Pembangkang Akan di GAM!! Abby Abadi Penipu!!


Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa artis yang menyatakan sokongan secara terbuka kepada pembangkang akan digam.

Sebaliknya menurut beliau, perkara tersebut hanyalah helah yang digunakan pihak tertentu di dalam mengelirukan rakyat selain untuk menarik golongan artis memberikan sokongan kepada parti-parti pembangkang.

Sekiranya benar ada artis yang pernah digam kerana perkara tersebut katanya, beliau meminta supaya mereka mengemukakan surat yang menyatakan sedemikian kerana berdasarkan kepada prosedur, surat akan dikeluarkan kepada seseorang artis itu sekiranya mereka digam.


“Saya pernah diajukan persoalan mengenai artis yang sertai pembangkang kena gam. Saya jawab siapa kata dia kena gam? Ini persepsi anda, persepsi masyarakat..kalau kena gam, mesti ada surat..mana suratnya?

“Ini persepsi sahaja..Sebenarnya tidak ada orang pun kena gam (kerana menyertai parti pembangkang)..Ini sengaja, ini helah cuba mengelirukan rakyat supaya artis akan lebih pergi kepada pembangkang. Jadi saya rasa itu tidak betullah. Jadi tugas saya adalah untuk membetulkan kembali keadaan,” kata Zed ataupun nama sebenarnya Rozaidi Jamil ketika ditemui Antarapos semalam.

Menegaskan hak untuk menyertai mana-mana parti politik sebagai hak individu, beliau bagaimanapun menegur sikap sesetengah artis yang dilihat kerap menghina kerajaan di dalam ceramah-ceramah politik mereka.

Menurut beliau, pihaknya tidak mempunyai masalah sekiranya seseorang artis itu mahu membantu parti mereka tetapi mengingatkan mereka supaya tidak menjurus sehingga melanggar peruntukan undang-undang negara.

“Dalam undang-undang negara kita pun kalau anda nak menyertai mana-mana parti politik pun tak kisah, itu hak individu. Dan dalam masa yang sama, bila anda membantu parti politik yang menaungi anda itu, tak kisah nak bercerita pengalaman mengapa anda menyertai parti politik itu..kita tidak ada masalah.

“Tapi bila dia menyertai sesuatu parti politik itu, dia pergi menghina kerajaan. Maknanya, dalam peruntukan undang-undang pun sudah jelaskan tak kira samada pembangkang ataupun kerajaan, kalau membuat apa-apa ceramah, tidak boleh melibatkan sensitiviti agama, kaum, dan juga tak boleh hina kerajaan,” tegas Timbalan Pengerusi Biro Kebudayaan dan Kesenian Pergerakan Pemuda Umno Malaysia itu.

Islam juga tegas beliau menegah umatnya daripada mengutuk sesama Islam. Justeru, pelakon Sembilu Kasih ini menyeru mana-mana artis supaya tidak mengelirukan rakyat dan menghina sesama Islam di dalam membantu parti mereka.

“Islam sesama Islam tidak mengajar Islam untuk mengutuk Islam..Dia tidak mengajar Islam untuk berperang dengan Islam. Kalau anda (sokong) mana-mana parti politik pun, kalau anda fikir parti itu memang dekat dengan anda dan anda bercerita tentang sejarahnya, perjuangan anda dengannya, jangan kutuk dan hina sebab Islam tak mengajar kita untuk mengutuk dan menghina.

“Jadi bawa perjuangan yang sebenar supaya anda dapat membantu parti anda dan tidak mengelirukan rakyat dan tidak menghina sesama Islam itu sendiri,” gesanya.

Selain itu, Zed turut menegaskan yang beliau tidak mempunyai sebarang masalah dengan artis-artis yang menyokong pembangkang walaupun dirinya mempunyai kedudukan di dalam Umno.

“Hak untuk menyertai mana-mana parti itu hak individu, saya tidak boleh halang..Tapi yang saya pasti, artis saya (Seniman) tetap Umno (sejak) dulu, kini dan selamanya,” katanya. -antarapos

McTheory:
Tapi kalau Abby, memang patut kena BAN.. sebab teruk!

Rabu, 28 November 2012

TUDIAA!! Artis-artis Cun Ni Nak Masuk UMNO ke? #PAU2012



Dalam ramai - ramai manusia yang datang ke Majlis Perasmian Perhimpunan Sayap Wanita, Pemuda dan Puteri semalam, terperasan pulak gelagat awek tiga orang ni.

Mula - mulanya Mc sikit pun tak cam siapa mereka. Tapi awal petang tadi seorang sahabat Mc mengesahkan bahawa mereka ni merupakan selebriti.

Hah! Selebriti? Apa pulak kaitannya selebriti ni dengan Politik? Bukan ke selebriti dan Politik ni merupakan dua perkara yang berbeza?

Jadi, kenapa pulak diorang datang ke Majlis Perasmian semalam? Bukan ke itu menunjukkan bahawa selebriti sekarang pun dah celik dengan Politik?

Dan tak semua selebriti ni kena sokong puak - puak Pakatan Pembangkang yang bangang tahap Gila Gaban tu sahaja. Hak diorang la nak sokong sapa pun kan.

Haha... agak - agaknya, korang kenal tak dengan tiga orang awek kat atas tu? Kalau sekali pandang, mesti korang pun tak perasan macam Mc jugak. Perhatikan lama - lama. Baru korang kenal siapa diorang. Tengok... jangan tak tengok. Hehehe...

Ps: Dari kiri, Darling Ngasri, Fara Fauzana dan Anne Ngasri. Amacam? Betul tak?

Sumber Semut Hitam

Isnin, 12 November 2012

PANASS!! Orang UMNO Pilihan Anne Ngasri Untuk Bertunang?


 Selepas drama percintaan yang tidak kesampaian dengan Aliff Aziz, nampaknya kekosongan hati aktress ini sudah pun terisi selepas sah bergelar tunangan orang.

Hari ini Anne Ngasri sah bergelar tunangan kepada seorang ahli politik berstatus duda yang identiti'nya masih di"rahsiakan. Namun, ianya telah di bongkar oleh blog kulaan Niring. Jejakan pilihanya ialah Setiausaha Kerja Pemuda UMNO Malaysia, Mohd. Sumali Reduan.

"Bagaimanapun, majlis pertunangan ini diadakan membabitkan ahli keluarga kami sahaja, cukuplah orang tahu, saya sudah bergelar tunangan orang," ujar Anne Ngasri.

"Kalau tiada aral, Disember 2012 ini menjadi pilihan kami untuk nikah," tambah beliau yang bertunang di kediaman keluarga Anne Ngasri di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.

"Dia bukan suami orang dan paling penting keluarga merestui hubungan ini," ujar beliau lagi. Tahniah buat Anne Ngasri juga pasangan, semoga berbahagia hendaknya.


McTheory:
Moga bahagia dan kekal hingga ke jinjang pelamn

Rabu, 5 September 2012

FUYOO!! Sorang Lagi Atlet Popular Negara JOIN UMNO!!


Ahh.. ahli sukan negara yang tengah popular. Mc ulang, SEDANG POPULAR!! masuk menyertai UMNO! Bukan artis suam kuku, ahli sukan pancit, atau polis pencen yang masuk UMNO. Tetapi Atlet negara yang sedang naik!

Pemain skuasy negara, Mohd Azlan Iskandar mengambil keputusan menyertai Umno, sekali gus menjadi atlet ternama pertama menyertai parti politik.

Penyerah borang menyertai Umno Segambut diadakan pada Mesyuarat Perwakilan Pemuda Umno Bahagian Segambut Ahad lalu.

Azlan ketika dihubungi berkata, penyertaannya dalam politik kerana percaya dengan kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan percaya dengan sistem kerajaan sedia ada.

“Penyertaan ini adalah dari saya sendiri dan tidak dipengaruhi siapa-siapa, malah pada orang yang mengenali saya, mereka tahu saya bukan jenis yang mudah dipengaruhi,” katanya, kepada Sinar Harian.

Dalam pada itu, Azlan turut mengakui akan mengundi buat pertama kalinya pada PRU akan datang setelah kembali menetap di Malaysia awal tahun ini.

Katanya, dia menetap di England sejak berumur 16 tahun, dan tidak mendapat pendedahan yang sewajarnya dalam memberi kesedaran untuknya melaksanakan tanggungjawab mengundi.

“Sekarang umur saya 30 tahun dan saya rasa lebih baik saya mulakan sekarang daripada langsung tidak,” katanya.

Sementara itu, Ketua Umno Bahagian Segambut, Datuk Kamarudin Ambok, berkata, pihaknya amat mengalu-alukan penyertaan golongan muda dalam Umno terutamanya golongan profesional.

“Pihak Umno tidak menawarkan apa-apa, kerana penyertaan Azlan ini atas dasar dia sendiri mahu berkhidmat dalam Umno. Jadi saya harap ia dapat menjadi ikutan golongan muda,” katanya. - Sinar Harian


McTheory:
Setakat yang suam-suam dan pencen tak main la bro.. hehe..

Ahad, 2 September 2012

PANASS!! @YanaSamsudin Sokong Pakatan Haram?


Yana perlu menjelaskan semua ini kepada semua peminatnya dan rakyat Malaysia yang membenci Pakatan Haram. Jika Yana gagal menjelaskan pada kita semua, rasanya memang benarlah Yana menyokong dasar dan ideologi Pakatan Haram. Mc dan peminat Yana yang lain, akan berasa begitu kecewa jika itu yang berlaku.

Bagaimana seseorang artis yang selalu mencari makan dengan program kerajaan, akhirnya menolak kepimpinan dan dasar kerajaan yang sedia ada. Malah Yana juga terbabit dengan program TwtUpMerdeka yang berlangsung dengan jayanya tempohari. Program yang dibuat oleh kerajaan bersama rakyat untuk menyambut hari kemerdekaan dan memecah rekod dunia twitt paling banyak dalam masa 1 jam.

McTheory:
Rasanya ramai yang menunggu penjelasan dari Yana mengenai perkara ini!!

Rabu, 22 Ogos 2012

HOT!! Gambar Siti Nurhaliza Di Mekah Bersama Naib Presiden UMNO?!!


Mc tahu mengenai Naib Presiden UMNO, DS Zahid Hamidi Ke Mekah untuk menunaikan umrah. Namun tak pula kita tahu bahawa Siti Nurhaliza penyanyi tersohor negara pun ke Mekah juga pada waktu yang sama bersama suaminya. Apakah mereka dalam satu rombongan? Atau rombongan Zahid dan Siti hanya bertemu untuk menjamu selera dalam satu majlis.

Tapi rasanya gambar ni takkan buat puak Pakatan meroyan seperti mana gambar Ustaz Nasharuddin dengan PM tempohari. Namun untuk pengetahuan pembaca semua, suami Siti ni memang orang kuat UMNO pun..tak heran la kalau Siti Nurhaliza mempunyai semangat patriotik yang kuat, anak polis memang sepatutnya macam tu. he he..

McTheory:
Kalau selitkan Siti sebagai calon kan bagus.. bagi lawan Mak Lampir.. dah tentu menang besar.. ha ha..

Rabu, 15 Ogos 2012

PANASS!! Natasha Hudson Pakai Tudung Sebab Nak Masuk Pas??


He he.. saja nak bagi puak Pas seronok lebih sikit.. sebenarnya Natasha tak masuk mana-mana pun. Ini sebenarnya program TV yang memerlukannya memakai tudung. Comel Natasha bertudung.. sama-samalah kita berdoa agar Natasha terbuka hatinya untuk memakai tudung.

Kalau dah pakai tudung nanti, jangan pula masuk Pas! Kononnya nak insaf.. masuk Pas bukan untuk bertaubat atau insaf, masuk Pas tu umpama sertai parti politik biasa. Malah Pas lebih sesat, kerana pergunakan Islam untuk menang kuasa politik.

Pas hanya jadikan Islam tu sebagai jenama, dan hudud tu sebagai barang promosi.. kalau tak buat macam tu, Pas confirm tak laku..

McTheory:
Jangan la masuk Pas.. masuk Pas lagi sesat ada la..

Jumaat, 10 Ogos 2012

PANASS!! Semakin Ramai Artis Bertudung Lain Tak Suka Abby!!


Sekarang ni, makin ramai golongan artis yang dah bertudung. Gambar-gambar kat atas ni adalah sebahagian dari golongan artis yang sudah bertranformasi imej ke arah yang lebih sopan, beradab dan lebih penting, menutup aurat...

Tapi, setahu aku dalam ramai-ramai artis yang bertudung ni, hanya 2 orang yang dah declare "memeluk agama PAS" iaitu Aishah dan Abby Abadi, dan seorang lagi terpengaruh dengan doktrin agen Yahudi Asia Tenggara iaitu, Dayangku Intan...

Alhamdulillah...pertamanya aku puji semua artis, termasuk Aishah, Abby dan Dayangku Intan. Sekurang-kurangnya mereka bertiga bertudung meskipun transformasi mereka sangat-sangatlah diragui kerana terlebih sudah ke arah politik...

Pada aku, aku lebih memuji golongan artis dan selebriti kita yang bertudung kerana Islam. Namun, aku harap, bukan saja bertudung, mereka juga perlu tahu mengenai kaifiyyah menutup aurat yang telah ditetapkan oleh Sunnah Wal Jamaah...

Dalamilah ilmu agama dari mereka yang ahli Islam dan bukannya mendalami "ilmu politik" yang menjual dan memperdagangkan Islam atas dasar kepalsuan serta nafsu gilakan kuasa...

Alhamdulillah...dari ramai-ramai artis, hanya 3 orang saja yang agak "tersesat" sedikit dari landasan Islam yang sebenar, manakala majoriti yang lain tidak berminat untuk berhijrah ke arah politik dan memberikan fokus terhadap Islam...

Misalnya, Farah Asyikin yang baru-baru ni menghadiri forum di Markaz PAS Taman Melewar. Tapi, Farah sedikit pun tidak goyah dan menjawab dengan yakin bahawa dia tidak memilih mana-mana parti politik (termasuk PAS), dan hanya memilih Islam sebagai cara hidupnya...

Itulah yang terbaik. PAS bukan Islam dan Islam bukan PAS. Rasanya, Farah sedar tentang hakikat itu dan mungkin ramai lagi artis kita yang berhijrah sependapat dengannya...

Islam atau tidak, bertaqwa atau tidak, ia sama sekali tidak terletak kepada PAS. Sama ada menyokong PAS atau tidak, ia tidak akan menjamin kita masuk syurga dan digolongkan di dalam golongan yang beriman...

"Inna akramakum 'aindAllahi Atqaakum.." Sesungguhnya golongan yang paling mulia di sisi Allah itu adalah taqwa yang ada pada mereka...

Jadi, apa yang diajar PAS bahawa menyertai PAS dapat pahala, undi PAS/PKR/DAP masuk syurga dan pelbagai dakyah lain yang terpesong adalah palsu dan tidak benar sama sekali.

Kalau nak tahu, sertai persatuan belia pun kalau kena dengan niat kerana ibadah, insyaAllah dapat pahala. Beri undi seumur hidup kepada PAS/PKR/DAP pun belum tentu masuk syurga kerana syurga itu bukan harta mak bapak mereka..

Aku fikir, majoriti umat Islam berbangsa Melayu dan bukan Melayu akan setuju dengan pandangan aku ni. Bukan mahu meletakkan diri dipihak yang benar pun, tapi memang hakikatnya Islam begitu...kan? Heh!

Jadi, jangan dan tak payah la terpengaruh dengan "depa-depa" tu...heh! Kita sayang Islam dan UMNO/BN tidak sempurna, tapi kita lebih meluat kat PAS/PKR/DAP yang memang hampehhhh..!!! Heh!

Duke Of UMNO

Sabtu, 4 Ogos 2012

HOT!! Rumah Aznil Di ROMPAK!!


KUALA LUMPUR: Rumah yang didiami pengacara televisyen popular Aznil Nawawi di Taman Yarl di sini dipecah masuk penjenayah malam kelmarin menyebabkan selebriti itu kerugian kira-kira RM40,000.

Memetik laporan akhbar Kosmo! kejadian tersebut berlaku pada pukul 10 malam ketika ibunya dan dua orang amah berada di dalam rumah tersebut. Bagaimanapun, semasa kejadian Aznil tiada di situ.

Menurut sumber, penjenayah itu melarikan sejumlah barang-barang kemas berupa cincin, gelang emas, anting-anting dan rantai kaki. Turut hilang ialah komputer riba dan beberapa helai pakaian.

Menurutnya, kejadian tersebut berlaku tanpa disedari sesiapa. Penjenayah terbabit dipercayai memasuki rumah tersebut dengan cara mengumpil besi jeriji tingkap.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid mengesahkan kejadian tersebut dengan memberitahu rumah milik adik Aznil itu turut didiami selebriti tersebut bersama ibu dan adiknya. - Mstar

Untuk pengetahuan pembaca, Aznil merupakan penyokong kuat UMNO dan juga antara artis yang selalu menyokong kempen dasar kerajaan.

McTheory:
Turut bersimpati atas kecelakaan Aznil

Jumaat, 3 Ogos 2012

PANASS!! Lisa Surihani Nafikan Promosi Barisan Nasional!!

Lisa Surihani menafikan bahawa beliau membuat iklan mempromosikan Barisan Nasional. Kata beliau, iklan itu sebenarnya daya penarik bagi rakyat Malaysia turun mengundi. Iklan 'Saya Pilih Malaysia' telah menjadi kontroversi apabila ada pihak yang menyatakan iklan itu lebih kepada mempromosi BN.

Sila baca laporan portal pencacai pro-pembangkang dengan Lisa Surihani :

Pelakon Lisa Surihani mendakwa beliau tidak tahu siapa penerbit kempen misteri 'Saya Pilih Malaysia' yang mula kelihatan dalam akhbar arus perdana dan saluran TV nasional bulan lepas.

Menurut Lisa, iklan kempen itu ditawarkan kepadanya menerusi agensi dan beliau menerimanya kerana mesej berkenaan hak mengundi daripada sudut demokrasi yang disampaikan iklan tersebut.

"Secara jujurnya, saya tidak tahu (siapa penerbitnya). Itu diuruskan pihak agensi."Bagi saya, saya OK kalau kita kongsi dengan rakyat yang kita punyai hak demokratik dan mengamalkannya.

"Itu sebab saya lakukan (terima iklan itu)," kata Lisa sewaktu ditanya tentang penglibatannya dalam iklan itu.


Pertengahan Julai lalu, iklan setengah muka dan iklan penuh warna 'Saya Pilih Malaysia' menghiasi akhbar arus perdana dan ditayangkan pada waktu perdana di semua saluran TV utama.

Bagaimanapun, iklan itu tidak jelas menyatakan kecenderungan kepada mana-mana parti politik.

Mengulas penggunaan perkataan 'keamanan', 'kemajuan', 'kestabilan' dan 'perpaduan' dalam iklan itu yang dilihat senada dengan kempen BN, Lisa menegaskan peranannya hanya menggalakkan penonton keluar mengundi dan bukan siapa yang perlu diundi.

"Bahagian saya, saya beritahu mereka (penonton) yang mereka ada kuasa untuk bersuara. Anda ada hak itu, dan gunakannya.

"Tetapi, saya tak akan beritahu secara langsung siapa yang anda perlu undi.

"Kerana saya sendiri pun tak beritahu siapa yang saya undi," katanya sewaktu ditemui selepas majlis Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) bersama menteri di Kuala Lumpur malam tadi. seterusnya

Puak Pembangkang ni takut sebenarnya.. kalau tak takut takkanlah mereka sebegitu risau. Hinggakan iklan untuk promosi mengundi pun dorang kata nak pancing undi BN. Akai ada ka?



McTheory:
Seperti anjing yang takut dengan bayang-bayang sendiri!!