Sabtu, 9 Mac 2013

PANASS! Sultan Sulu Celup Si Kiram, Marah Di Panggil Penganas! #Pray4Sabah


Mc agak tertarik dengan cerita pasal label penganas terhadap penceroboh. Malah Sultan Celup si Kiram tu marah bila Malaysia panggil dia dan pengikutnya penganas.

Sultan Jamalul Kiram III yang mendakwa dirinya Sultan Sulu menolak dakwaan Malaysia yang melabelkan pengikut-pengikutnya sebagai pengganas di Sabah, menurut beberapa laporan.

Menurutnya, para pengikutnya yang diketuai adiknya, Raja Muda Azzumuddie hanya cuba pulang ke tanah air mereka.

"Adakah orang di tanah air sendiri pengganas? Adakah orang di kediaman sendiri di tanah air sendiri pengganas," kata Jamalul Kiram dalam satu temu bual bersama stesen radio dzMM.

Menurut portal berita ABS-CBNnews.com, Jamalul Kiram menyatakan tujuan melabel penggikutnya sebagai pengganas adalah untuk menghalang campur tangan antarabangsa di Sabah.

Sebelum ini, media Malaysia memetik Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman sebagai berkata bahawa Setiausaha Luar Filipina, Alberto Del Rosario bersetuju kumpulan yang menceroboh Sabah itu dianggap sebagai pengganas.

Para pengikut Jamalul Kiram menceroboh Lahad Datu, Sabah sejak 12 Februari lalu kerana menganggap ia merupakan tanah milik Kesultanan Sulu.

Tanah milik Kesultanan Sulu kepala hotak Kiram! Ko sendiri pun Sultan palsu, nak mengaku tanah Sulu macam mana? Dapat tampar muka Kiram ni sekali, terus jadi Karim kot! he he..

McTheory:
Tak pun terus jadi Karom.. hehe

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Hang ingat hang tu sapa, Dunia tak kenai hang....tetiba mengaku Sabah tu hang punya....mamai punya org tua nyanyuk...pirahhhh!!!

Tanpa Nama berkata...

Klu kena penampar bkn jad karim admin..jadi TIRAM la jwb nya si penyamun ni..

Tanpa Nama berkata...

Dahlah masuk negeri orang berkumpulan secara haram,bawa senjata lagi,bunuh orang secara kejam dan cara menipu.Patut pun digelar pengganas.Lepas tu si kiram tu cakap macam nuar putar alam,confident ye..

juju berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
jujur berkata...

kah2 kene kuar..