Khamis, 28 Mac 2013

PANASS!! Video Bapak Saiful Bukhari yang Bakal Cetus Kontroversi! #TolakPR



Pada 24hb Mac yang lepas, PKR Pulau Pinang telah mengadakan taklimat yang turut melibatkan Azlan bin Mohd Lazim, bapa kepada Saiful Bukhari. Ianya diadakan di Dewan Yayasan Aman, Penanti, Bukit Mertajam.

MiM difahamkan bahawa hanya lebih kurang 200 orang dari kalangan pemimpin PKR peringkat Cabang di Seberang Perai Utara dan beberapa lagi kawasan hadir  termasuk pemimpin-pemimpin kawasan.

Yang turut hadir ialah Johari Abdul, MP Sungai Petani. Beliau merupakan MP yang pertama melihat video China Doll yang dikaitkan dengan Anwar Ibrahim.

Selain daripada Johari Abdul, Mansor bin Othman, TKM1 Pulau Pinang turut hadir. Seperti yang kita semua tahu, Mansor Othman pernah kantoi apabila rakaman audio beliau mengutuk Lim Guan Eng DAP sebagai cocky, arrogant dan tokong didedahkan sebelum ini.

Dan sekarang, satu klip video terbaru telah diload didalam youtube yang menunjukkan omongan bapa Saiful Bukhari pada malam tersebut.

Di antara adegan tegak benang yang basah bapa Saiful Bukhari ialah sekali lagi memainkan skrip Anwar Ibrahim dengan mendakwa bahawa kes liwat Saiful Bukhari itu adalah 'konspirasi politik'.

Kita sudah tentu tidak lagi mempercayai Azlan Lajim yang dilihat hilang kredibilitinya apabila timbulnya artikel mendedahkan soal moral dan buruk laku Azlan Lajim. Dan artikel tersebut tidak disiarkan oleh media pro-UMNO/BN tetapi oleh CheguBard, pemimpin Pakatan Pembangkang sendiri!

Di antara artikel dalam blog pemimpin pembangkang itu :


Azlan Mohd Lazim (gambar kanan), bapa Saiful berasal dari Janda Baik, Pahang pernah bertugas sebagai General Manager di hotel Merlin Inn di Johor Baharu. Kemudian berhenti kerja kerana dia adalah seorang yang kuat berjudi. 
Ibu Saiful, Halina Alif terpaksa melakukan berbagai kerja untuk membantu keluarga, termasuk menjadi pelakon tambahan dalam bebarapa buah filem Melayu dan drama. 
Halina memohon cerai daripada Azlan, apabila Azlan cuba memaksa beliau menjual tubuh dan menjadi pelacur. Perceraian berlaku ketika Saiful berumur empat tahun. Azlan kemudiannya menghilangkan diri. seterusnya
Realitinya, kenyataan TS Musa Hassan, bekas Ketua Polis Negara telah mematikan dakwaan Azlan Lazim kononnya wujudnya 'konspirasi politik' kes Saiful. Seperti yang kita tahu, Anwar Ibrahim telah menarik balik kes saman beliau terhadap Musa Hassan sebelum ini.
PETALING JAYA: Former inspector-general of police Musa Hassan has reiterated that the Sodomy I and II cases were not part of a political conspiracy to bring down Opposition Leader Anwar Ibrahim. 
Musa who was the investigating officer of the 1998 case and was serving as the IGP when the more recent 2008 aallegation by Mohd Saiful Bukhari Azlan surfaced, told FMT that both were “straight forward cases. - seterusnya
Malah keputusan mahkamah membebaskan Anwar Ibrahim kerana technical fault daripada tuduhan liwat  menempelak sekali lagi bapa Saiful Bukhari itu. Dan jika anda lihat video eksklusif di bawah, anda sendiri tidak akan percaya dengan kenyataan yang mendakwa kononnya beliau diperalatkan ketika kes liwat Saiful Bukhari.

Bukti nyata ialah kehadiran Azlan Lazim bersama Saiful Bukhari di Masjid Wilayah Persekutuan. Jika segalanya ini 'konspirasi politik' kenapakah beliau merelakan anak beliau bersumpah laknat?

Azlan bersama Saiful ketika angkat sumpah muhabalah. 

Di antara sumpah tersebut :
"Bismillahir rahmanir rahim. Pada hari ini, 15 Ogos 2008, saya Mohd Saiful Bukhari Azlan, nombor kad pengenalan 850706-01-5687, sesungguhnya dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang berikrar dan bersumpah seperti berikut: 
“A'uzubillahi minas syaitanir rajim. Bismillahir rahmanir rahim. Wallahi, Wabillahi, Watallahi. Saya bersumpah bahawa saya telah diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 26 Jun 2008 iaitu pada tarikh tersebut Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memasukkan zakarnya ke dalam lubang dubur saya. 
“Jika saya berdusta atas pengakuan ini, maka saya berdusta terhadap Allah SWT dan saya sanggup menerima azab, dilaknat dan kutukan daripada Allah SWT sehingga kiamat. Wallahualam.”
Come on.... Azlan Lazim. Takkan anda juga mahu mendakwa bahawa sumpah muhabalah di Masjid Wilayah Persekutuan juga sebagai 'konspirasi politik'?
Dan MiM percaya rakyat tidak mempercayai pendedahan terbaru bapa Saiful Bukhari. Malah, tindakan beliau itu telah menimbulkan rasa simpati terhadap Saiful Bukhari yang teraniaya dek kerakusan politik pemimpin Pakatan Pembangkang.
Malah, penyertaan Azlan Lazim ke dalam Pakatan Pembangkang semasa isu 'pendedahan' beliau itu juga dianggap menjatuhkan kredibiliti beliau.


 Yang lebih memalukan ialah pendedahan KL Chronicle di bawah. Benarkah?
Keluarga Saiful Bukhari memberitahu bahawa bapanya hilang sejak 3 minggu yang lalau selepas mengalami masalah kewangan dan masalah keluarga. 
Bapa Saiful juga dikatakan pernah mengugut beberapa pemimpin Umno untuk mendapatkan wang perbelanjaan dan apabila tidak dihiraukan Azlan Mohd Lazim hilang dan tiba-tiba muncul dipentas parti keadilan Rakyat bersama Ahli Parlimen Sungai Petani Johari Abdul yang merupakan penyokong tegar Anwar Ibrahim, - KL Chronicle
Enough said. Kita saksikan klip video eksklusif ceramah kosong Azlan Lazim bapa Saiful Bukhari pada 24hb Mac yang lepas di Dewan Yayasan Aman, Penanti, Bukit Mertajam.

Lihat video di bawah :



Sumber DrMiM

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

mengikut cakap cekgu bard, cincin tu USD24 juta sebentuk....

Tanpa Nama berkata...

In politics anything can happen. There is no permanent enemy or permanent friend but only permanent interest.