Jumaat, 1 Mac 2013
TERKINI! Konflik Lahad Datu, 10 penceroboh Mati Di tembak!! #LahadDatu
LAHAD DATU: Jumlah individu yang maut atau cedera dalam insiden tembakan balas di antara pihak keselamatan Malaysia dan pemberontak Sulu dipercayai meningkat.
Selepas laporan pertama yang melaporkan dua pengikut Sulu terbunuh dan tiga anggota polis Malaysia cedera, maklumat yang diperoleh dari Kampung Tanduo di sini mendakwa sekurang-kurangnya 10 lelaki Sulu bersenjata mati dan empat lagi cedera.
Namun, tiada laporan mengesahkan mengenai empat anggota keselamatan yang cedera atau berlaku sebarang kematian.
Bagaimanapun, wartawan di pintu masuk Felda Sahabat 17 menuju ke Kampung Tanduo melihat dua mayat diusung menaiki jip oleh kakitangan perubatan pasukan keselamatan Malaysia.
Keluarga Sultan Kiram mengesahkan di Manila bahawa sekurang-kurangnya 10 anggotanya maut manakala empat lagi cedera.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib enggan memberi komen dan memberitahu satu sidang media akan diadakan kemudian.
Sejak itu, pelbagai laporan mengenai bilangan individu yang cedera atau maut mula tersebar. - MStar
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
9 ulasan:
MACAM TU LAH BRO..BARU ADA CLASS.PATUTNYA HARI PERTAMA LAGI,JANGAN KASI CHANCE..
Kenapa perkampungan yang ada disana tidak diperiksa terlebih dahulu. Beranak pinak suda tu
Kalau di ingat kan balik peristiwa sipadan inilah. Mereka juga tu yg nembuat masalah.
ya allah kau selamatkan semua wira negara yg sekarang ni di ambang perang disana.dah terlalu lm di bagi peluang .ni lah balasanya org yg tak dgr nasihat . sampai bila semua ni belaku.kita tak perlu tunduk pada permintaan meraka.kita ada maruah.....halau ja mereka dari negara kita ni.
Berjuanglah wHai pejuang dan perwiraku sekalian.... buat pengkhianat bangsa.jgn politikan isu ini... ini bukan isu politik ini isu kedaulatan negara kita...
andu bha org suluk kalah kasian nya .....org suluk ada kuat nya ugak
kenapa lama sgt nk brtindak??..bila ade yg trkorban baru nk kalut..kpd parti pmbangkang jgn pndai ckp..klu berani prgi sndri n selesaikn masalah ni..
kita guna taktik kotor je.kita buat2 baik dengan mereka.bagi makanan taruk racun lalang.lagi senang ma.
bilakah semua ini akan berakhir..
Catat Ulasan