Isnin, 4 Mac 2013

TERPANASS! Mai Tengok Ni, Kerajaan Kedah Pun Kejam Macam Sultan Sulu Juga!! #TukarKedah



Dua tiga hari ni blog Mc hanya fokus kepada Krisis di Lahad Datu, sampai terlupa kisah di Kedah. Jom kita tengok apa yang berlaku di Kedah!




Baling  - Akibat tidak tahan dengan masalah air yang di alami lebih dari 100 buah rumah, lebih kurang 100 lebih penduduk Kampung Bukit Hijau telah mengadakan himpunan bagi menyuarakan bantahan kepada pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah yang di lihat mengambil sikap lepas tangan dengan permasalahan yang sedang di hadapi penduduk kampung akibat pembalakan yang tidak terkawal.

Menurut penduduk kampung terbabit yang di kenali dengan gelaran Pak Su, Pihak Kerajaan Negeri pernah berjanji sebelum melakukan pembalakan akan mengambil balak di bahagian bawah dari kawasan takungan air masyarakat Kampung Bukit Hijau. Namun apa yang terjadi selepas pembalakan adalah sebaliknya .

Janji hanya tinggal janji apabila pembalakan tetap berlaku di bahagian atas yang menjadi tempat takungan air Masyarakat yang di gunakan seharian penduduk kampung tersebut.

Apabila di tanya soalan " Apakah wakil Kerajaan Negeri kedah atau YB di kawasan tersebut yang mewakili PAS Kedah pernah tampil menyelesaikan permasalahan yang di hadapi penduduk kampung berkenaan ??

" Wakil dari Kerajaan Negeri tidak pernah tampil menyelesaikan permasalahan ini. Malahan Wakil Rakyat kawasan tersebut yang mewakili PAS tidak pernah mengambil tahu permasalahan air yang sedang di hadapi penduduk kampung " katanya.

Melalui tinjauan yang di buat pihak Team Media Kedah. Kawasan tersebut telah di penuhi dengan kayu-kayu balak lama di kawasan takungan air masyarakat Kampung Bukit Hijau setelah gagal di bawa keluar dan di percayai kayu balak terbabit gagal di lesenkan Jabatan Hutan.

Selain dari permasalahan air, beberapa penduduk kampung juga tampil di perhimpun terbabit adalah di sebabkan kegagalan pihak pentadbir Kerajaan Negeri menunaikan janji mereka akan memberi geran tanah kepada penduduk kampung yang mengusahakan tanah di kawasan kaki Gunung Inas seperti yang di janjikan. Pisau Kedah


 


Gambar diatas adalah gambar penduduk kampung yang ditipu oleh pejabat adun Pas Kupang kononnya bayaran untuk ukur tanah bagi geran. Namun 4 tahun sudah berlalu, apa pun tarak. Modus operandi mereka sama macam penduduk Kampung Iboi yang juga ditipu.

Inilah pemerintahan contoh kerajaan ISLE Pas Kedah. Kerja mereka hanya menipu rakyat, membohong dan mengadai segala harta negeri. Sampai bila kita rakyat Kedah nak tengok saja semua ini?


McTheory:
Tak reti-reti nak TUKAR Balik Kerajaan Negeri? #TukarKedah

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tak sabaq nk undi BN ehh. bosan tgk muka jijan.