Sabtu, 2 Mac 2013

TUDIAA!! Saham #FGVH Boleh Buat Mazlan Aliman Jadi Mereng!


Mc rasa dalam 2, 3 hari ni, Mazlan Aliman mesti sakit jiwa. Sebab saham FGV semakin meningkat. Biasa la orang dengki macam Mazlan mana suka tengok saham tu naik. Dia lebih suka saham tu jatuh dan semua orang rugi, dari semua orang senang.

Malah saham FGV mencapai keuntungan berlipat ganda di luar jangkauan para penganalisa saham sebanyak RM904 juta. Wow! tentu Mazlan boleh hantuk kepala kat dinding lepas ni.

Menurut analisa pakar pelaburan, Earnings Before Interest and Deductible Allowances (EBITDA) menjangkakan bahawa perkembangan syarikat FGV akan berkembang tinggi sehingga mencapai nilai RM1.35 bilion, namun jangkaan mereka meleset, kerana saham itu naik lebih tinggi sehingga mencapat jumlahnya, RM1.44 bilion!

Dua hari lepas saham FGV mengumumkan keuntungan sebelum cukai mereka berjumlah RM1.13 bilion di mana ia mencatat keuntungan tersebut dari perniagaan utamanya hasil peningkatan penjualan minyak sawit yang berjumlah sebanyak 73%.

Nampaknya FGV kini sedang berada di atas landasan yang betul. Penyenaraian FGV di Bursa Malaysia benar-benar mendapat limpahan rahmat dari Allah SWT yang memberikan rezeki yang lebih kepada syarikat perladangan kelapa sawit ketiga terbesar di dunia itu.

Mujurlah Datuk Seri Najib itu sabar dan bertindak lebih bijak dengan memberikan saham percuma kepada para peneroka. Kalau tidak, sudah tentu warga Felda “melopong” melihat keuntungan yang diperoleh menerusi saham FGV itu.

Yang “period”nya sekarang mungkin Mazlan Aliman. Jangkaannya meleset sama sekali. “Analisa saham” yang dibuat oleh AJK PAS yang bagaikan “pakar saham dunia” itu tidak menjadi kenyataan, malah bercanggah dengan realiti semasa.

Sedang harga minyak sawit yang lembab pada tahun 2012, pelaburan FGV mencatat keuntungan yang besar. Memang hebat, bukan? Mazlan Aliman boleh beri hasil pada Felda sehebat itu? Tapi kalau bab memperlekeh Felda, dialah juara!

Tak sabar nak tengok muka Mazlan Aliman menangis dalam kekesalan dan kekecewaan.



McTheory:
Jangan sampai dia masuk wad gila sudah laa..

Tiada ulasan: