Rabu, 6 Mac 2013

TUDIAA!! Zed Zaidi Hentam Abby Abadi 'Ostazah Jadian' yang Sesat!!


Bekas pelakon dan anggota kumpulan Elite, Abby Abadi dilabelkan sebagai 'Ustazah Jadian' dan mampu memesongkan akidah umat Islam di negara ini.

 Sehubungan dengan itu, Presiden Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi menasihati selebriti yang kini menjadi penceramah Pas agar muhasabah diri sebelum sewenang-wenangnya mengeluarkan sebarang kenyataan.

 "Abby ibarat seorang ustazah tidak bertauliah yang sesuka hati mengeluarkan fatwanya sendiri seperti mana yang pernah ditunjukkan beberapa pemimpin Pas lain.

 "Jadi, bila seseorang 'Ustazah Jadian' ini berbicara, saya khuatir macam-macam perkara buruk akan terjadi ke atas anak bangsa Melayu kerana statusnya sebagai seorang artis mampu mempengaruhi sekali gus menggugat keimanan peminatnya," katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

 Zed Zaidi atau nama sebenarnya, Rozaidi Abdul Jamil mengulas kenyataan Abby yang menuduh artis negara ini sebagai golongan buta politik dan tersasar jauh dari landasan Islam serta mendakwa kebanyakan artis mempunyai ego yang tinggi sehingga lupa rezeki adalah pemberian Allah.

 Dalam ceramah anjuran Pas kawasan Permas, di sini semalam, Abby juga menyifatkan rakan-rakannya dalam dunia seni yang menyertai majlis anjuran UMNO atau Barisan Nasional hanyalah sekadar untuk menghiburkan penonton dan mendapat bayaran tanpa mengambil tahu perihal politik.

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Alahai Abby, dulu bukan main lagi berjoget sana sini. Pastu main cinta dengan artis muda lagi. Sdah..sudah la tu Abby, bertaubat dan perdalami ilmu agama dulu baru nak hentam orang lain. Bila Abby ludah orang lain ludah tu akan kena kat diri sendiri sebab dia tu pun macam tu jugak.

Tanpa Nama berkata...

Sapa yang tauliah dia seorang ustazah.....Manusia yang kurang ilmu tapi dah rasa dirinya terhebat akan cakap apa saja yang sedap ikut mulut....semua orang tak betul kecuali dia saja penoh dengan ilmu...cuba sedarkan diri sendiri apa yang kita buat ada fakta. Dr Zakir Naik ilmunya tinggi itu dia kata masih belajar lagi...Dia rasa kumpul paha tapi dosa banyak....ingat ALLAH.Dosa dgn Allah blh taubat dgn manusia camna...''Sedarkan diri....

Tanpa Nama berkata...

Pencacai makan dedak yg up minah senget ni ke tahap serupa ustazah padahal br 2-3 hr pakai tudung masuk pas dpt lesen besar nk tarbiyah kan owg.. Dgn nick mencari redha Allah walaupn kebanyakan tweet cm longkang dok kutuk kerajaan umno/bn itu x betul ini x betul apa yg betul aku pon x tau.. Sapa yg lepaskn minah ni dr dapur aku pon x tau.. Yg aku tau ramai yg nk ludah muka dia.. Harkk tuihh

Tanpa Nama berkata...

Rasanya norman buat keputusan yg tepat dulu.

Tanpa Nama berkata...


Penyokong PAS patut marahkan Abby, kerana menunjukkan sikap yang tak mencerminkan Budi pekerti orang2 Pas..Mulut celupah dan Bacul tak tentu pasal..memang layak diGelar Ustazah Jadian..dalam PAS TIADA USTAZAH Jadian..