Selasa, 9 April 2013

PANASS!! Apa dah Jadi Janji Kerajaan Negeri Kedah Pada Masalah Air Kulim Hi-Tech? #TukarKedah #SaveKedah


Dah lama Mc tak sentuh cerita pasal Kulim Hi-tech. Dengar cerita ada masalah yang berlaku 5 tahun lalu pun masih lagi tidak dapat diselesaikan oleh Kerajaan Negeri Kedah. Contohnya masalah kadar harga air yang di kenakan bagi setiap meter padu untuk kegunaan kilang-kilang di KULIM Hi-Tech Park ( KHTP ) berbeza dari satu kilang dengan kilang yang lain setelah pengumuman Kerajaan Negeri pada 2010 menaikkan tarif harga air.

Malahan maklumat yang di perolehi juga mengatakan kilang-kilang yang memperolehi bil air dari SADA tidak tertera jumlah harga air yang di gunakan. Apa yang tercatat atas bil air dari SADA hanyalah jumlah meter padu air yang digunakan.

Menurut maklumat, permasalahan ini sudah berlarutan sudah hampir 3 tahun walaupun pada 2011 Kerajaan Negeri melalui Menteri Besar, Azizan Razak berjanji akan selesaikan masalah perbezaan harga air di antara kilang-kilang KHTP dengan secepat yang mungkin. Namun sehingga sekarang permasalahan tersebut tidak dapat di selesaikan lagi.



Dah berapa tahun ni? Rasanya Azizan nak suruh Kerajaan BN Kedah yang selesaikan kot, sebab Kerajaan Pakatan Kedah tidak mampu untuk tunaikan janji dengan depa buat.

Kononnya kisah tarif air yang berbeza ini telah menyebabkan pertelagahan diantara dua orang EXCO Kerajaan Negeri yang berbeza pendapat setelah isu perbezaan harga air di KHTP di masukkan kedalam Mesyuarat EXCO Kerajaan Negeri

Seorang EXCO yang memegang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan Kedah mahukan tarif air perlu di selaraskan (diturunkan) dan SADA perlu menanggung kos bebanan harga air yang di selaraskan.

Manakala seorang EXCO lagi yang memegang jawatan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Bekalan Air menolak kehendak EXCO yang memegang jawatan sebagai Pegerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan Kedah dengan meminta kos penyelarasan harga air untuk kilang-kilang di KHTP di tanggung Kerajaan Negeri.

Akibat pertelingkahan itu, menyebabkan masalah tersebut, masih belum dapat jalan penyelesaian serta keputusan berkenaan isu tarif air yang berbeza untuk pelabur-pelabur di KHTP masih lagi tertangguh. Apakah pertelingkahan itu hanya wayang Kerajaan Negeri Kedah untuk tidak 'menunaikan' janji mereka?

Sebut bab janji ni, kita kena ingat PAS Kedah pernah berjanji untuk tidak akan menaikkan tarif air sekiranya diberi mandat mentadbir negeri Kedah pada PRU 12 yang lalu.

Namun selepas setahun mentadbir, Azizan Razak gagal tunaikan janji dan naikkan tarif air, walaupun kualiti air yang dibekalkan tetap sama dan tidak pernah ada sebarang penambahbaikan. Sebab tu, kalau bab janji ni, kita tak payah la nak percaya. Puak Pakatan ni, menipu untuk menang undi saja, dah jadi Kerajaan, semua tu akan dilupakan kelak.

Puak ni nama saja Kerajaan dibawah parti kononnya pejuang Islam. Tapi fitnah, caci, maki, menipu dan mungkir janji, memang makanan depa. Orang suka menipu ni tergolong dalam kumpulan mana? Bukankah ianya 'munafik'?

Boleh percaya dengan orang munafik? heh..

McTheory:
Orang gila pun tak percaya golongan munafik ni..

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

YB Amirudin ni kita kena siasat sebab dia ada membuat pengubahan pengundi ahli PAS dari Jitra dan kawasan lain ke Anak Bukit. Buatla siasatan, depa ni lagi bapak pengundi hantu