Rabu, 10 April 2013

PANASS!! Bukti Pas Berlaku Kejam Pada Ulamak Pondok!! #TolakPAS


Akibat KELANTANGAN Abdullah Sa'amah MENGKRITIK PAS, Bangunan Lima Tingkat Di Pondok Geting DI SITA Majlis Daerah Tumpat

Dua puluh empat jam selepas Persidangan Pondok Ulama Pondok, Sekolah Agama Rakyat dan Tahfiz mengeluarkan deklarasi bahawa haram bagi umat Islam mengundi Pas dalam pilihan raya umum nanti, Kerajaan Pas Kelantan bertindak menyita Pondok Geting di sini.

Tindakan sita terhadap Pondok Geting yang diasaskan oleh tokoh agama, Abdullah Sa'amah itu dibuat oleh Majlis Daerah Tumpat (MDT) atas dakwaan membina bangunan tanpa kebenaran Yang Dipertua pihak berkuasa tempatan berkenaan.

Bagaimanapun, tindakan yang dibuat oleh MDT itu mencetuskan persoalan kerana bangunan tambahan yang dibina dalam kawasan pondok tersebut sebenarnya mengikut prosedur ditetapkan.

Malah pada masa yang sama, poster palsu yang menyatakan Abdullah adalah calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor ditampal pada batang pokok kelapa dan wakaf sekitar kawasan itu.

Abdullah yang ditemui di sini hari ini berkata, kedua-dua tindakan tersebut dipercayai bermotifkan politik kerana kelantangan beliau menentang Pas di atas pentas ceramah di seluruh negara.

Beliau bagaimanapun menegaskan, tidak gentar sama sekali dengan fitnah dan tekanan yang dibuat oleh Pas itu, malah akan meneruskan perjuangannya menyedarkan umat Islam mengenai perjuangan palsu Pas.


"Ini hanya keputusan politik untuk memberi tekanan kepada saya supaya berhenti berceramah, saya tidak hendak buat apa-apa, cuma hendak baca surah Yasin dan solat hajat supaya masalah ini dapat diselesaikan dan mereka yang terlibat diberikan hidayah.

"Saya berjuang atas UMNO dengan ikhlas dan akan berusaha bagi memastikan Barisan Nasional mengambil alih semula pentadbiran negeri ini, jadual ceramah saya akan diteruskan seperti biasa, pada 14 April ini saya akan berada di Kedah," katanya dalam sidang akhbar.

Abdullah memberitahu, MDT turut mengeluarkan saman semalam ketika beliau berada di Gurun, Kedah dengan memberi tawaran kompaun sebanyak RM500 kerana kesalahan membina bangunan tanpa kebenaran.

Katanya, sebelum itu pihak berkuasa tempatan tersebut telah menghantar empat notis amaran sejak Februari lalu.

"Bangunan lima tingkat ini dibina hasil sumbangan Kerajaan Pusat yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dahulu.

"Kita mengikut prosedur yang ditetapkan, malah ketika surat amaran yang pertama dihantar saya bertanya kepada penguat kuasa terbabit untuk apa surat ini, dia hanya berkata tidak ada apa-apa, boleh teruskan pembinaan.

"Tetapi hari ini apabila pegawai Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) ke MDT untuk bertanya mengenai saman tersebut, isu lain pula timbul. MDT menjelaskan bangunan tersebut akan hanya boleh diteruskan sekiranya mendapat persetujuan daripada 12 orang pemiliknya," kata beliau.

sumber : UTUSAN MALAYSIA

Kekejaman yang dilakukan Pas terhadap Ulamak Pondok! Ini yang dinamakan parti Islam? Mereka menganiaya pada sesiapa pun yang menentang mereka! Apakah itu ajaran Islam? Fikirkanlahh..

McTheory:
Haprak punya Pas!

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Inilah sikap PAS Laknatullah.. Munafik pergunakan sesuatu pihak bla menyebelahi mereka. Bila tk menyebelahi akan di zalimi.

Pondok gnting ni kawasan KG.. di negeri lain UMNN BN tk kcau pun nk pondok berpuluh tingkat.. selagi xancam nyawa.. spt pondok Hadi Bawang yg terbakar dulu.

Tiba2 PAS yg tadbir Kelantan mcm Lanun dan KOBOI mahu ckp pasal 'tidka ikut peraturan'? ayatnya sama macam Israel yg mahu rampas tanah2 Palastine!

Moga ini hikmah supaya ilmuan pondok sedar dan kenal siapa PAS.. dan kenangilah UMNO BN xpernah zalimi mereka spt ini..

Wallahulam

atas pagar berkata...

pukimak pnya pas..!! dr dlu aku benci pas ni..skrg ni lg btambah2 benci..memang dorg ni keturunan babi sial..!!