Isnin, 29 April 2013

PANASS!! Exco Pas Kedah Kata Roboh Madrasah Salihiah Tu Satu Kejayaan?!! #TukarKedah #SaveKedah

Ini la muka Exco munafik tu..

Mc sangat tertarik dengan kata-kata si Exco munafik Amiruddin, berkenaan dengan kenyataan TPM  tentang 'E tolak' terhadap kerajaan negeri Kedah kerana gagal dalam segala-galanya termasuk menarik pelaburan luar.

Muhyiddin pada 23 April lalu dalam majlis yang turut dihadiri Mukhriz berkata, terdapat sedikit sahaja pencapaian Pakatan sepanjang mentadbir Kedah, malah kad laporan mereka tidak membanggakan.

Muhyiddin memberi markah "E tolak" kepada Pakatan yang didakwa gagal menunaikan janji, antaranya membantu petani, menyediakan kemudahan pendidikan, agama dan kemudahan sosial serta membawa pelaburan dan menyediakan peluang pekerjaan.

Disebabkan itu exco yang paling terasa adalah Amiruddin. Kerana dia bertanggung jawab untuk membawa masuk pelaburan dari luar.

Dalam pada itu, si Amiruddin juga memberikan contoh, usaha kerajaan negeri menyelesaikan pembinaan Kompleks Tunku Yaakob yang didakwanya gagal diselesaikan oleh kerajaan BN selama 30 tahun sekalipun bertukar ganti menteri besar.

Katanya, ekoran ketelusan dalam pentadbiran negeri, semua rundingan dibuat "di atas meja", dan kerajaan negeri membantu pemaju, maka bangunan tersebut dapat disiapkan.

Sebelum itu katanya, pemaju yang sama mengemukakan cadangan tetapi mengundur diri kerana didakwa berdepan dengan "terlalu banyak kos dan pintu tol".

"Zaman kita, (pemaju) masuk kertas cadangan dan kita bantu dia. Selesai Kompleks Tunku Yaakob. BN tak dak pasai projek selesai. No way. Tak ada jalan," katanya lagi.

Amiruddin juga menceritakan rekod kejayaan kerajaan negeri meningkat hasil balak dan kutipan zakat di negeri itu serta menyelesaikan isu perobohan Madrasah Salihiah untuk didirikan sebuah kompleks selepas mendapat persetujuan Jawatankuasa Fatwa Kedah. sumber kenyataan ni Mc ambil dari SINI.

Kita ketepikan soal dia tuduh BN buat urusan 'atas' atau 'bawah' meja. Sebab itu tak penting berbanding urusan merobohkan madrasah dan surau Salihiah. Sebab Kerajaan BN Kedah yang terdahulu, boleh kutip kenyataan Amiruddin ni dan saman dia atas tuduhan tersebut.

Dalam kenyataan Amiruddin kat atas yang Mc besarkan tu, dia seolah-olah berbangga Pas Kedah dapat menyelesaikan masalah Kompleks Tunku Yaakub. Apa yang boleh dibanggakan dengan kerajaan Pas Kedah merobohkan bangunan buruk dan Madrasah Salihiah?

Amiruddin bangga dapat merobohkan Madrasah Salihiah yang berumur 102 tahun tu? Sedangkan Pas Kedah dapat mengelakkan perobohan Madrasah terbabit jika mengubah plan bangunan. Tapi mereka tak berbuat demikian. Mereka lebih suka merobohkan Madrasah diatas tanah wakaf yang mereka anggap tak penting.

Apakah ini contoh terbaik sebuah Kerajaan Negeri yang kononnya berteraskan pentadbiran Islam?


Kemudian, si Exco munafik ni pula BANGGA dapat merobohkan Madrasah? Apa nak jadi dengan dunia zaman sekarang ni? Sama-sama kita umat Islam di Kedah berdoa, untuk selamatkan Kedah daripada Rejim Zionis Pas Kedah!!


McTheory:
Dah macam Israel, bangga nak robohkan Baitulmuqadis..

10 ulasan:

PKIK100 berkata...

Aku sedih :( inilah mereka yg kononnya hendak membela Islam?

Tanpa Nama berkata...

Tolak PR demi rakyat Kedah

Tanpa Nama berkata...

Bukan main ckp nak belaa Islam

Tanpa Nama berkata...

Salam, siapa2 silah pi ziarah tapak Madrasah tu.. amat menyedihkan JAHAT dan ZALIM nya PAS pd agama Islam..

dn paling jelas petunjuk Allah.. projek pusat maksiat PAS atas tapak tu dikhabarkanTERBENGKALAI tiba2.. sejurus selepas Madrasah itu dirobohkan..

kalau kita baca balik kronologi Madrasah itu ketika mahu dirobohkan, betapa sgt jelas PAS adalah parti sesat lagi zalim. Mereka sepakat dr MB Azizan dan EXCO serta pencacai2 PAS.. sama2 tolong tipu rakyat spy Madrasah itu akhirnya roboh... wpun sbrnya mreka berpecah.. tp krn WANG mrka berpakat..itulah PAS Laknatullah!!

TUKAR KEDAH
UBAH KEDAH

UNDI BN! Insya Allah kita ajar PAS-PR!!

Tanpa Nama berkata...

kalu macam ni jika kedah ditadbir pas selepas pru 13...aku tak kan wakaf hartanah...pemimpin tak amanah...pentingkan habuan dari pegang konsep wakaf dlm islam....bukan main hebat menonjol diri dng imej islam....rupanya isi hampas....kalu gitu gayanya kebajikan untuk tembolok sendiri...barangkali kepulangan aku ke kedah kali ini tak dapat lagi tengok madrasah warisan yg paling indah aku rasa...sedih hati bagai dicincang2....

Tanpa Nama berkata...

PAS nak roboh sebab nak buat Kompleks membeli belah dan siap dengan Surau yang lebih cantik dari sekarang,Cadangan ini perlulah kita sokong,aku sebagai orang UMNO sokong PAS 100% dalam isu ini,kerana Surau yang ada sekarang ini pun, orang yang datang sebahyang boleh dikira dengan jari,apa salahnya jika dipercantikan mudah-mudahan membuka hati orang islam yang membeli belah kat situ nanti,boleh mengamarahkan Surau ini,kan lebih baik.tak payah lah kita yang kurang tahu ujung pangkal dok tuduh macam-macam,saya rajin solat kat situ tahula macam mana,kadang2 tempat ini dijadi tempat doktor2 persendirian dok lepak siang malam?

Tanpa Nama berkata...

Surau dalam shopping kompleks boleh azan ke? itu hanya alasan. Sedangkan tapak wakaf tu, nak dijadikan taman untuk melepak, dan kemungkinan ada pulak maksiat berlaku diatas tapak tanah wakaf.

Sudah semestinya, setiap shopping kompleks diwajibkan ada surau atau masjid. Bolehkan kita azan, adakan mengaji atau masak bubur asyura disurau dalam kompleks nanti?

sememangnya Pas memang durjana, sudah la rampas tanah wakaf, berbohong pulak tu.

Tanpa Nama berkata...

Sanggup rampas tanah wakaf dan robohkan madrasah? Ini ke yg PAS laung2kan membela Islam? Kepada rakyat Kedah fikir2kan lah.. Astaafirullah .. Balasan Allah swt kutok dan caci UMNO. Kata kerajaan BN zalim jadi yg robohkan Madrasah ni apa?

Tanpa Nama berkata...

Anon orang UMNO penyokong pas (30april13 1.05)... bukan urusan kita nak ambil tahu hujung ke pangkal...persoalan utama adalah (i)pemerintah (parti islam?) tidak beramanah dng madrasah/tanah wakaf, (ii)bangunan warisan yg harus dijaga, dlll..... surau dlm bangunan perniagaan cantik macamana pun fngsinya tidak sama seperti surau/madrasah wakaf yg berdiri dng sendiri...adakah surau yg dimaksud itu lebih cantik dari surau d pusat dagangan dunia putra?...setiap bangunan memang disediakan surau....org masuk ke sana tujuan kedua kerna takut tak sempat sembahyang... tujuan utama adalah nak ke pusat beli belah itu sendiri....dikata surau/madrasah tersebut tak ada org... dikatakan jadi tempat doktor persendirian dok lepak...mungkin maksud tersirat penagih dadah lah kut.... itu terjadi kerana kegagalan pemerintah termasuk anon org umno penyokong pas itu sendiri mencari jln memakmurkannya....meruntuh madrasah wakaf kerana nak dijadikan pusat beli belah....adakah pusat beli belah itu keperluan yg mendesak? banyak lagi bangunan pernigaan yg masih kosong di sekitar alor setar tidak diguna....anon org umno penyokong pas tak nampak pasai dia sokong pemimpin pas yg ada agenda tersendiri....

Tanpa Nama berkata...

Sbb itu aku kata PAS sesat.. dhle pakai nama org UMNO.. mcm iblis pulak menyerupai org lain.

Mereka timbang akal nafsu jahat utk halalkan yg HARAM. Isu skrg bukan soal nk SURAU cantik.. isu besar skrg ialah MARUAH dan AMANAH tanah WAQAF.

Pencacai PAS, inilah petunjuk Tuhan, bila didatngkan masalah abrulah nampak rupanya Islam PAS hanyalah PALSU dan JAHIL MUROKAB.

Soal Mdrasah ini ialah AMANAH WAQAF. Status Surau dlm Shopping complex takkan dpt sama dgn Madrasah yg stand-alone, apatah lg di atas tanah waqaf khas, bersejarah 102 tahun, ini menghina maruah Islam.

Soal beberapa kerat yg hadir, itu bukan salah Madrasah, itu salah org Islam dan pihak Majlis Agama Islam yg tidak fikir utk programkan dakwah dan imarah.

Kalau ikut logik begitu.. esok2 masjid zahir juga kena robohlah bila makmum kurang? lepas tu buat surau dlm Karaoke Complex utk bg makmum ramai?? bila org ramai suka ke karaoke?

BODOH punya pemahaman pencacai PAS.. mau lingkuplah Islam klu puak PAS ni perintah sepenggal lagi..

Sama2 kita lawan KEZALIMAN PAS Laknatullah!