Rabu, 3 April 2013

PANASS!! Nurul Izzah Di 'BAHAN' Penyokong Lembah Pantai Sendiri!! #MPmalas #TolakPR


Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar hari ini dibidas dan dikecam oleh pengikut twitternya selepas beliau mengemas kini laman sosial itu dengan kenyataan berhubung Pusat Khidmat Lembah Pantai hari ini.

Menerusi twitter tersebut, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu membuat pautan ke laporan sebuah akhbar mengenai lawatan beliau ke kawasan Parlimen tersebut.

Bagaimanapun, beberapa pengikutnya kemudian memberikan maklum balas negatif terhadap tindakan beliau yang baharu sekarang berusaha untuk turun padang melihat kawasan yang dimenangi pada pilihan raya umum 2008 lalu.

Seorang pengikut twitternya, Abol (@AbolROY) mempersoalkan Nurul Izzah kerana baharu sekarang beliau mahu bercakap mengenai pusat khidmat ketika Parlimen akan dibubarkan bila-bila masa sahaja.

"Parlimen dah nak expire (tamat tempoh) baru nak cakap pasal pusat khidmat. Memang sah Ahli Parlimen yang tak servis (berkhidmat). Waktu nilah LLB:look-like-busy (buat-buat sibuk).

"Sibuk fitnah kapal selam, bergambar sana-sini. Dekat-dekat PRU-13 baru nak cakap pasal khidmat. A day a late a dollar shot sungguh," kecam beliau.

Katanya, inilah entri paling kelakar yang dibuat oleh Nurul Izzah menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dan menganggap anak ketua pembangkang itu "ketinggalan bas" untuk berkhidmat di kawasan Parlimennya.

Abol dengan sinis berkata, ramai rakyat Lembah Pantai yang menangis kerana misteri wujudnya pusat khidmat di kawasan itu akhirnya terbongkar hari ini dan tidak kurang juga yang menangis kerana menahan tawa kerana ia melucukan.

Pengikut lain, Quoris Ghani (@quorisghani) turut menempelak Nurul Izzah. Katanya, Ahli Parlimen Lembah Pantai itu lebih layak menyertai Maharaja Lawak Mega berbanding menjadi wakil rakyat kawasan tersebut.

Dax Muhamad (@daxmuhamad) pula berkata, semuanya sudah berlalu dan pusat khidmat tersebut kini bersiap sedia untuk dirobohkan.

Bagaimanapun, sehingga kini Nurul Izzah tidak memberikan sebarang maklum balas terhadap komen-komen yang diberikan pengikut twitternya itu. (SUMBER)

McTheory:
kah kah kah.. lawak-lawak..

11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

YB umngok pun sama je, malas nak mampus.

Tun Teja berkata...

Teruskan memberi info2 yg sgt berguna kpd rakyat.teruskan juga perjuangan anda demi tanahair tercinta ini.kami 'the silent follower' akan sentiasa memberikan sokongan padu sehingga ke titisan yg terakhir...

Tun Teja berkata...

Teruskan memberi info2 yg sgt berguna kpd rakyat.teruskan juga perjuangan anda demi tanahair tercinta ini.kami 'the silent follower' akan sentiasa memberikan sokongan padu sehingga ke titisan yg terakhir...

Tanpa Nama berkata...

baru nak buat2 sibuk ke... rakyat bukan bodoh la.. lain lah mcm anon atas sekali tu.. penjilat tegar.. he3

Tanpa Nama berkata...

Kawan2 edar2kan untuk semua berwaspada
http://www.youtube.com/watch?v=B7jgw9AlurY&feature=youtube_gdata_player

Tanpa Nama berkata...

Pembongkaran suasana huru hara yg akan cuba di lancarkan...

Tanpa Nama berkata...

maka ko mengaku lah YB ko amat pemalas..betul kan?

Tanpa Nama berkata...

Dia bukan nak berkhidmad untuk rakyat..cuma nak pastikan papa dia dapat main punggung dengan bebas

Tanpa Nama berkata...

Haha.sekurang2nya yb umno tak dkecam dlm twiter oleh pnyokg sendiri

Anak Watan berkata...

Aq spnjg MB Mahdzir Khalid. Langsug x pernah nmpk batang hidunh dia....

Biar Benar.... berkata...


Kita pilih mereka yg berkata benar & suka buat kerja dgn kerelaan hati & bukan cakap kosong.