Rabu, 17 April 2013

PANASS!! Pas Ni Jenis Kulit Muka Khinzir kot? #TukarKedah #SaveKedah


Sungguh hairan apabila terbaca di blog cacai Pas, bahawa Kerajaan Negeri Kedah yang berhasrat menjadi Belanda Timur mengaku projek yang dibiayai oleh Kerajaan Persekutuan melalui Northern Corridor Implementation Authority (NCIA) berjumlah RM4 juta untuk Makmal Tissue Culture adalah merupakan realisasi salah satu dari hasrat Kerajaan Negeri Kedah.

Sungguh tidak malu PAS mengaku mereka yang buat semua ini. Haji Sobri, selaku peneraju utama KTPC, syarikat pengurusan Kulim Hi-Tech Park (KHTP) juga telah menyalurkan maklumat salah kepada pihak atasan Kerajaan Negeri Kedah, iaitu Exco Negeri.


Apa yang gagal diberitahu ialah idea ini sebenarnya datang dari sebuah syarikat bernama Orchid Life Sdn Bhd, dari KL, yang telah berbincang dengan Kerajaan Negeri dan Kedah BioResources, dan berusaha membuat kertas kerja kepada NCIA dan seterusnya diberi geran berjumlah RM4 juta.

Yang menghairankan lagi ialah mengapa Y.Bhg Datuk Redza Rafiq, CEO NCIA atau pun wakil tidak dijemput sebagai salah seorang wakil untuk memotong riben seperti dalam gambar dalam blog cacai Pas tu, malah tak nampak pun batang hidung pegawai NCIA dalam gambar di atas. Yang nampak potong riben hanyalah YB Taulan dan rakan2 iaitu Dr Zhari Ismail, USM (Pengarah KBio Corp), Hj Sobri dan Datuk Hj Amirudin, tapi takkan towkay (NCIA) yang kasi duit kat KTPC tak jemput langsung kot?

NCIA sepatutnya mengambil iktibar dari Malaysia Productivity Centre (MPC) yang menjemput Datuk Mukhriz merasmikan majlis penyerahan sijil 5S KTPC kerana MPC adalah agensi kerajaan pusat. NCIA juga agensi kerajaan pusat, jadi mengapa tak jemput sekurang-kurangnya Menteri EPU, YB Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, yang berada berdekatan iaitu di parlimen Tasek Gelugor ke majlis perasmian Makmal Tissue Culture ini?. Inilah masanya untuk tunjuk kepada PAS siapakah towkay sebenarnya di KHTP dan Kedah. Towkay ialah selalunya orang yang mempunyai wang manakala PAS pula ada hati nak jadi towkay KHTP, tapi tak ada wang, hanya mampu mengharap ehsan Kerajaan Pusat melalui MITI, NCIA, MoF, EPU dan MIDA.

Tu pun dak, Pas dok mengaku depa yang cari duit. Sedangkan ini hasil dari Kerajaan Pusat. Haprak sungguh puak ni. Muka taktau malu sungguh! Muka tebai macam kulit khinzir kot?? Sumber asal dari Aloq Staq Blog

McTheory:
Kalau Pas, kes ayaq KHTP pun tak settle-settle lagi..

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

lohh ksian ustaz tidoq?