Khamis, 18 April 2013

PANASS!! Pulau Bapak Pujuk Anak, Haprak Punya Pas!! #TukarKedah #SaveKedah


Inilah anak Ustaz Taib Azzamuddin yang bakal bertanding di Kepala Batas..menurut info yang Mc dapat, gerakan untuk menjatuhkan Ustaz Taib di Baling sudah lama berlaku. Selepas Ustaz Taib masuk ke hospital tempoh hari akibat serangan stroke, nama beliau tidak dimasukkan dalam senarai calon baru bagi mempertahankan kerusi yang dimenanginya pada pru 2008.

Disebabkan itu, akibat kecewa dengan tindakan Pas, dikhabarkan Ustaz Taib merajuk dan mahu keluar parti. Disebabkan itu, sebagai balasan, Pas terpaksa mengantikan anak Ustaz Taib untuk bertanding di Kepala Batas dimana kubu kuat BN sejak berzaman lagi.

Hantar calon muda ke kawasan yang sememangnya putih bagi UMNO/BN? hmm..

Persoalannya sekarang, adakah orang orang ustaz Taib di Baling puas hati jika Ustaz Taib tidak dicalonkan? Sudah tentu ada undi sabotaj dari ahli pas di sana. Malah Mc dimaklumkan, sudah ada markas Pas pro Ustaz Taib yang sudah tutup!

Puak Pas sibuk pepecahan dalam UMNO, tapi dalam parti sendiri apa cerita? Jangan risau, banyak cerita kontroversi pasal Pas ni akan dimainkan kelak. Semboyan telah bermula, masa untuk berjuang!

Apa yang penting, Pas di Baling sudah berpecah kepada beberapa puak, sudah tentu ia akan menjejaskan kempen pilihanraya disana.

Mc harap Datuk Azeez Rahim dapat gunakan peluang ini untuk 'tanam' terus Pas di Baling bagi memastikan Parlimen Baling, Dun Bayu, Dun Kupang dan Kuala Ketil milik Barisan Nasional pada PRU kali ini!

McTheory:
Ini kalilah, Baling milik BN!!

Tiada ulasan: