Isnin, 1 April 2013

PANASS!! Senarai Calon Pakatan Haram Kedah Bocor? #TukarKedah #TolakPas




Semalam Mc ada baca kenyataan Menteri Besar Kedah paling malang dalam sejarah, si Azizan Razak. Katanya dia taknak bubar awal dan nak buat kejutan.
Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak tidak berhasrat membuat pengumuman awal calon-calon Pas yang akan bertanding di negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).


Katanya, beliau mahu membuat kejutan pada hari pengumuman kelak.



“Kenapa harus saya umumkan lebih awal. Biar ia jadi kejutan,” kata beliau pada sidang media selepas majlis penyampaian watikah pelantikan ahli-ahli Lembaga Rayuan Negeri Kedah (2013), hari ini.



Azizan yang juga Pesuruhjaya Pas Kedah berkata, perkara itu tidak perlu dibuat tergesa-gesa, selagi pihaknya belum mendapat arahan pusat.



“Selepas senarai calon Kedah sudah dimuktamadkan di peringkat pusat, baru saya akan umumkan. Selagi belum mendapat perkenan pusat, saya tak akan umum,” katanya.



Menurutnya, walaupun bahang PRU13 semakin terasa, namun semua pihak harus bersabar dan menunggu waktu sesuai untuk pengumuman senarai calon.



“Tunggu kejap, macam mana pun sekarang dah sarat mengandung, sama ada bayi lelaki atau perempuan, tunggu lahir dahulu. Selepas itu, tahu lah kita nak letak nama apa, bertengkar sekarang buat apa,” katanya bersahaja.



Azizan lebih selesa merahsiakan nama-nama calon di negeri ini berbanding pendekatan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memilih mengumumkan nama calon ketika siri jelajah ke seluruh negeri melalui ceramah politik.
Mc nak tambah sikit la, sebenarnya bukan kejutan sangat pun. Sebenarnya list calon Pakatan Haram Kedah ni tak siap lagi pun yang betu-betul punya. Sebab ramai yang komplen kali ni. Azizan 'Kerat' habis  geng-geng yang derhaka padanya tu.
Sebab tu ramai yang komplen, siap ada geng Kedah hantar rombongan pi jumpa dengan Mustapha Ali untuk buat bantahan. Kiranya calon Pakatan Haram Kedah ni akan ada campur tangan pusat. Sebab kalau ikut Azizan saja, habis semua dia 'kerat'.
Untuk pengetahuan pembaca, Mc dan TMK sudah ada senarai calon tak rasmi puak Pakatan Haram Kedah ni. Dap sudah dapat lebih kerusi dari dulu, PKR takdak masalah, kekalkan bertanding kerusi yang lepas, walaupun kerja haram satu tak buat.

Cuma ada dua,tiga tempat yang Pas masih lagi pening dan ada yang masih lagi melobi untuk jadi calon. Caranya, pegawai penerangan Pas berkempen, melobi orangnya dari satu tempat ke satu tempat. Sapa penerangan Pas tu? Taknak sebut, tapi dia aktif juga la dalam blogger ni. he he..

Lepas ni Mc akan cerita kisah calon Pas dan PKR untuk PRU ke 13 ni.. stay tune, bersama McTheory.. he he


McTheory:
PKR banyak buat kacau di Kedah.. he he..

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ore umngok ni bengong ko gapo?

Tanpa Nama berkata...

tak baik itu...jaga akhlak ..org Pas kan Akhlak tinggi Dan mulia