Khamis, 25 April 2013
TUDIAA!! Haron Din dan Karpal Singh Bergaduh Lagi!! #TolakPR
PILIHAN RAYA Umum ke-13 akan berlangsung beberapa hari lagi, tetapi nampaknya hubungan ‘dua sahabat’ iaitu Pas dan DAP mula menampakkan keretakan yang cukup serius.
Semalam Pas bertegas untuk melaksanakan hudud jika pakatan pembangkang berjaya pada PRU-13 walaupun DAP menentangnya.
” Ada yang mengatakan pemimpin pakatan pembangkang terutama DAP tidak mahu melaksanakannya. Namun, itu sudah beberapa tahun berlalu dan ia bukan lagi ketetapan terbaru pakatan pembangkang, ” kata Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din.
Haron yang juga calon Pas bagi kerusi Parlimen Arau, yakin perkembangan terkini dalam pakatan pembangkang membuktikan DAP semakin bersetuju dengan dasar yang dikemukakan Pas berhubung isu hudud.
” Lihat apa yang berlaku ketika DAP mahu menggunakan logo Pas dalam PRU-13 selepas mereka mempunyai masalah tentang penggunaan logo mereka. Kita tiada masalah dan boleh bersetuju dengan itu.
” Jika mereka (DAP) sanggup menggunakan logo Pas untuk calon mereka, sudah pasti mereka akan menyokong dasar kita termasuk dalam soal hudud. Soal bila dan bagaimana hudud akan dilaksanakan, itu bergantung kepada mesyuarat yang akan diadakan kemudian.
” Kadang-kadang ada masa kita mengalah dan ada juga masa kita memberi. Dalam hal ini mereka patut menerima perkara yang termaktub sebagai dasar Pas. Sebagai contoh, DAP perlu menghormati keputusan Pas mengenai isu kalimah Allah apabila dasar serta ketetapan yang dibuat Pas bahawa kalimah Allah tidak boleh diterjemah ke bahasa lain, katanya.
Namun seperti yang diduga, DAP membidas kenyataan tersebut!
Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh menegaskan, keputusan awal parti itu untuk menggunakan logo PAS pada PRU-13 tidak sama sekali bermakna yang mereka bersetuju untuk menerima Hukum Hudud yang hendak dilaksanakan oleh Pas di negara ini.
Kebenaran yang diberikan oleh Pas itu, kata Karpal tidak mengambarkan yang DAP telah berganjak daripada pendirian mereka untuk menolak Hudud.
Karpal sekali lagi menegaskan yang Malaysia adalah sebuah negara sekular dan bukannya sebuah negara Islam sebagaimana yang diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan pada tahun 1988.
“Pengenalan Hukum Hudud di negara ini akan menyebabkan sistem perundangan kita terbahagi kepada dua dan ini kita dapati sangat sukar untuk dilaksanakan dalam sebuah masyarakat majmuk,” ujarnya.
Menurut Karpal lagi, walaupun Pas telah menjelaskan yang Hukum Hudud hanya akan digunakan ke atas masyarakat Islam sahaja tetapi pelaksanaan dua sistem perundangan khususnya berkaitan jenayah akan mencetuskan konflik dan huru-hara apatah lagi jika ia melibatkan dua orang bukan Islam dan Islam dalam kes yang sama tetapi dibicarakan dalam dua sistem yang berbeza.
Malah Karpal turut mengingatkan Pas yang Perlembagaan Persekutuan juga tidak memperuntukkan undang-undang untuk pelaksanaan sebuah negara Islam.
“Jika sekali pun Pas mahu meminda Perlembagaan Persekutuan, DAP atau PKR tidak akan sama sekali membenarkannya,” ujarnya lagi.
Kesimpulannya, apa yang digambarkan oleh para pemimpin Pas dan DAP selama ini di depan rakyat dan para penyokongnya adalah sandiwara semata-mata.
Mereka berpeluk, berpegang tangan bersama sampai ke peringkat menyambut hari jadi dan memotong kek bersama, namun semua itu adalah DRAMA paling hebat yang dilakonkan mereka.
Malangnya ramai penyokong kedua-dua parti tertipu dengan apa yang berlaku.
Mereka ingat apa yang berlaku BENAR-BENAR TERJADI, hakikatnya ia semua penipuan tahap dewa demi untuk meraih undi.
Sebab itu kita nak muntah apabila tengok orang Cina kibar bendera Pas, kita rasa meluat bila tengok orang Pas kibar bendera DAP.
Kita nak muntah dan kita rasa meluat kerana kita tahu apa yang berlaku itu adalah sebuah cerita dongeng moden.
Kita cukup kesian kerana para penyokong tegar kedua-dua parti tidak dapat membezakan antara intan dan permata.
Sokongan mereka membuta tuli tanpa mengkaji senario sebenar yang tercetus di antara kedua-dua parti tersebut.
Akhirnya bagaikan luncai, kedua-dua puak terpaksa terjun dengan labu-labunya.
Kesian, cukup kesian!
-MynewsHub
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
3 ulasan:
Biar le mereka gaduh...itu pilihan mereka...apa nak heran kan Dato' Nik Aziz kata kalau syaitan nak tolong pun dia terima..Allah dah kabulkan apa yg dia mintak...hehehe
pas nak tipu penyokong dia lah tu kononnya akan buat hudud dan strateginya nak pancing undi org islam...hakikatnya sampai bila pun hudud x kan dilaksanakan.x geti bahasa betul pas ni...teruskan lah bersandiwara dan bermimpi.. penyokong pakatan akan pekak kan telinga dan butakan mata...x guna betul
kest Musatafa Ali tu dah laksanakan hududnya?
Catat Ulasan