Jumaat, 10 Mei 2013

HOT INFO! Kaki Mantan MB Kedah Azizan Razak Bakal Di Potong! #HanyaDiKedah


Bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Razak akan menjalani pembedahan bagi memotong kedua-dua belah kakinya untuk mengelak jangkitan kuman, kata Setiausaha Akhbarnya Mohd Helmi Khalid.

"Doktor menasihatkan supaya kedua-dua belah kaki Azizan dipotong dari bawah paras lutut. Kedua-dua isteri dan anak-anak beliau akur dengan nasihat itu selepas perbincangan dilakukan," katanya hari ini.

Azizan, 69, yang juga pesuruhjaya PAS Kedah dan anggota Dewan Undangan Negeri Sungai Limau, dipindahkan ke Hospital Pulau Pinang dari Kedah Medical Centre selepas dirawat kerana jangkitan kuman pada kakinya sejak Isnin.

Keadaan beliau yang dilaporkan kritikal semalam kini stabil.

Anggota Parlimen Jerai Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang melawat Azizan di Hospital Pulau Pinang, meminta semua umat Islam melakukan solat hajat dan berdoa agar Azizan cepat sembuh.

Turut menziarah, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mahadzir Khalid dan bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Sebagai umat Islam, marilah kita bersama-sama doakan Ustaz Azizan selamat dalam menjalani rawatan.

McTheory:
Senjata utama Umat Islam adalah Doa..

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Amin..moga datuk seri azizan bertambah sihat.

Tanpa Nama berkata...

CAMNE NI? TERPAKSA BUAT PRK KE CAMNE?

APA2 PUN SEMOGA BELIAU SELAMAT DAN CEPAT SEMBUH. WALAUPUN BERLAINAN IDEOLOGI POLITIK, BELIAU TETAP SAUDARA SEAGAMA KITA.

Tanpa Nama berkata...

Harap MB Kedah baru dapat bagi bantuan kewangan untuk perubatan dan kerusi roda yang diperlukan oleh Ust Azizan...kekalkan hubungan silaturahim antara UMNO-PAS Kedah seperti sebelum ini.