Ahad, 12 Mei 2013

PANASS AIHH!! Sampai Bila Penguatkuasa dan SPR Nak Biar Fitnah PR? #TolakPR


Dari sebelum mengundi sehinggalah selepas mengundi. Pelbagai fitnah dah tohmahan puak Pakatan pada Kerajaan. Kalau disertakan bukti tu takpa juga, ini main tuduh saja. Kemudian fitnah berluas-luasa.

Fitnah kalau tak ditangani, dia akan jadi betul. Sebab perkara yang tak betul, kalau diulang-ulang, lama-lama orang akan percaya. Sebelum ramai orang percayalah, kerajaan Malaysia kena tangani dengan cepat.

Rakyat Malaysia dah bosan dengan pemfitnah tegar ni..tolonglah ambil tindakan. Sekarang ni puak PR dok merusuh, kami rakyat Malaysia naik menyampah tengok puak ni dok merusuh berdemo sana-sini.

Rakyat Malaysia pilih BN sebab nak kan keamanan, tolong jaga amanah kami ni. Jangan sampai rakyat dah tak yakin dengan penguatkuasa. Sekarang dah ada bunyi-bunyi minta Polis atau KDN buat kerja lebih tegas.

SPR sampai sekarang tak pernah bertindak bila dituduh dengan pelbagai fitnah, SPR hanya diam saja. Apa benda ni? Sepatutnya SPR bingkas bangun, tepis fitnah atau saman pada penuduh. Ini tidak, buat tak layan saja. Cybertroopers cacai BN ni la yang dok backup sama ada Kerajaan, polis atau SPR.

Inilah kelemahan Kerajaan dan penguatkuasaan di Malaysia. Apakah Kerajaan mahu, pejuang pro BN ni keluar pergi ketuk kepala pendemo-pendemo PR tu sendiri? Kami dah tak tahan tengok, sabar pun ada had!!

Kami boleh menepis fitnah dan terangkan kembali pada rakyat tentang dakyah dan fitnah cai PR tu. Tapi tuan punya diri juga perlu bertindak. Sampai bila kita nak telan semua tuduhan dorang tu? Mc bagi pihak rakan-rakan yang lain merayu supaya pihak penguatkuasa lebih tegas dan pantas dalam mentangani fitnah dalam media siber.

Lebih-lebih lagi SPR, tolong laa.. sampai bila nak biar? Sampai negara huru-hara ka?

McTheory:
Naik menyampah dengan cai-cai PR kaki fitnah tuu.. melampau sangat!

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Negara hura hara?! aduh, tak naik lagi la gaji aku tahun ni..! Cikgu je profesion yg paling beruntung. Naik gaji 2 - 3 kali dlm masa 5 tahun.

Tanpa Nama berkata...

Itu pun Cikgu tak syukur masih jilat bontot PKR

cengkerik berkata...

rezki di tangan allah bkn dia tangan kerajaan..petanda kiamat akhir zaman ialah org jahil menjadi pemimpin..

Tanpa Nama berkata...

Setuju tu cengkerik...antara contoh pemimpin jahil tu ialah yg asyik buat projek batu asas dan berceramah siang malam...

Tanpa Nama berkata...

Setuju cengkerik pemimpin yang jahil adalah yang nak jual kalimah allah dan yang suka nak buat huru hara bila dh kalah demi nak tutup jnji nak jadi pensyarah kt amerika

Tanpa Nama berkata...

Isu yg dibangkitkan penulis adalah hal; keluhutan perlembagaan, kedaulatan undang-undang dan kesopanan dan kesusilaan. Semua undang-undang perlukan penguatkuasaan oleh pihak-pihak yang dipertanggungjawabkan. Jangan biarkan berterusannnnnn.... kami bosan!

Harap kerajaan BN berubahlah dalam hal ini. Hargailah kami yang memberikan undi untuk BN terus mentadbir negara tercinta.

Maklumkan tindakan yang telah dilakukan kepada rakyat. Biar kami tahu dan faham. Bukan ambil pendekatan 'politik' yang harapkan rakyat hukum mereka di peti undi. PRU14 lama lagi oiiii....

Cukuplah dengan gaya bertahan yang ternyata tidak menguntungkan kerajaan BN dan rakyat.

Tanpa Nama berkata...

Betul tu cengkerik. Rezeki memang hak Allah SWT tetapi cara rezeki disampaikan tentulah melalui sesuatu. Jadi jgn kita lupa terdapat perkara kecil yang boleh menjerumus kita menjadi kufur nikmat. Wallahualam

Hakimi Hashim berkata...

betul rezeki ditangan allah.... tapi allah xhulur rezeki guna tanganNYA