Dok kata 1 juta, rupanya 3 juta bro.. hehe.. |
Tenyata kuasa Allah tidak siapa boleh mengatasinya. Kebenaran akhirnya terbongkar mengatasi kemungkaran. Nyata wang bukan segala-galanya.
Bapa Saiful Bukhari waktu ini memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia diatas keterlanjuran beliau menerima suapan dari Anwar Ibrahim untuk menafikan anak beliau diliwat oleh Anwar Ibrahim.
Dalam kenyataan Bapa Saiful Bukhari tadi beliau akan terus membela Saiful Bukhari walau apa pun yang berlaku dan beliau amat menyesali keterlanjuran beliau yang gagal melawan nafsu menerima habuan wang yang ditawarkan oleh Anwar Ibrahim.
Azlan juga takut dengan sumpah Laknat yang telah dibuat anak nya Saiful Bukhari mengenai insiden diliwat Anwar Ibrahim.
Untuk makluman semua Bapa Saiful Bukhari ditawarkan habuan wang RM 3 Juta oleh Anwar Ibrahim untuk menafikan Anwar Ibrahim meliwat Saiful Bukhari. Harus kita ingat Anwar Ibrahim penuh dengan wang dan beliau mampu membeli siapa sahaja bagi menampakkan kepada rakyat Malaysia bahawa Anwar Ibrahim adalah manusia yang bersih dan layak diangkat sebagai pemimpin negara.
Untuk berita penuh baca berita kat bawah ni,
Dalam perkembangan mengejutkan menjelang hari mengundi 5 Mei, Azlan Mohd Lazim hari ini meminta maaf kepada anaknya, Saiful Bukhari, yang mendakwa diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, kerana telah mendakwa dia telah dipergunakan oleh pihak tertentu, pada satu sidang media 8 Mac lalu.
Azlan berkata permohonan maaf itu dibuat atas kesedaran dan keterlanjuran beliau mengkhianati anaknya, bukannya kerana desakan mana-mana pihak berkepentingan politik.
"Kepada seluruh ahli keluarga saya terutamanya ibu saya, adik-beradik saya, keluarga arwah ibu Saiful dan lebih-lebih lagi anak saya yang telah saya khianati, Saiful Bukhari, saya ingin memohon ampun dan maaf yang tidak terhingga kerana tindakan saya telah membuat keputusan yang salah," katanya kepada pemberita pada sidang media tergempar di sebuah hotel di sini, hari ini.
Beliau juga menarik balik permohonan maafnya kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim awal Mac lalu, yang menafikan kelakuan jenayah pemimpin itu terhadap anaknya.
Sebaliknya beliau mempertahankan pendirian semasa membuat sumpah laknat bahawa bekas Timbalan Perdana Menteri itu terlibat dalam kejadian liwat dan beliau mengakui ia bukan satu konspirasi politik untuk menjatuhkan pemimpin itu.
Dalam pada itu, Azlan juga menarik balik semua kenyataannya termasuk pada majlis ceramah di Pulau Pinang dan Sungai Petani, Kedah pada 23 dan 24 Mac lalu yang menyatakan anaknya dipergunakan oleh pihak tertentu.
"Salah seorangnya Khairil Anas Jusoh untuk memfitnah DSAI (Datuk Seri Anwar Ibrahim) dalam kes liwat 2008.
"Dengan kenyataan akhabr ini diharap dapat menyelesaikan kekeliruan yang timbul daripada kenyataan saya sebelum ini.
"Keutamaan serta tanggungjawab saya pada ketika ini adalah kembali kepada anak saya seperti sedia kala dan hidup dalam keadaan harmoni," jelasnya.
Sementara itu, Azlan turut mengumumkan beliau keluar PKR berkuat kuasa serta-merta.
"Saya akan mengemukakan notis keluar parti (PKR) selepas ini, masuk keluar parti itu perkara biasa, ramai juga ahli parti pembangkang buat begitu.
"Sekarang saya rasa lega lepas keluar parti, dapat tidur lena kerana tindakan sebelum ini telah sulitkan keluarga," katanya sambil menafikan keputusan keluar PKR itu disebabkan kekangan dalam parti itu.
McTheory:
Anwar nak kata apa pulak lepas ni?
3 ulasan:
Sekali tak apa ini dah berkali2 nak jadi saksi pun tak boleh ni.
Tapi selagi bn boleh guna sure dia ni berharga hahahahaha
Isunya Anwar dgn Saiful. Bergantung kepada kedua-duanya. Your words against mine. Your steps and mine. Your integrity against mine.
Azlan hanya seorang manusia lain, dia tidak penting. Even Hadi Awang pun tak penting.
Hahahahah
Aik bukan azlan pun di panggil
Saiful pun kaki penipu gak, tak jujur
Dia punya kata pun boleh sangsi
Dia jenis tak jujur pasal dia kenal pm pernah junpa
Hang nak jadi saksi biarlah telus ini kaki kencing
Siapa nak percaya
Hang kata sumpah laknat manusia tak boleh buat main
Hang tgk eskay sumpah laknat
Bila tanya dek wartwan dia kata bila pulak saya kata dia zina
Jadi sumpah ni orang buat main2 aja
Abu lahab and abu jahal pernah sumpah depan kaabah tuduh nabi ahli sihir dan pendusta
Agaknya kalau hangpa orang umno time tu ada mesti hangpa sokong abu jahal ni kot.,
Sebab dia sumpah depan kaabah
Apa pendapat hang????
Catat Ulasan