Isnin, 27 Mei 2013

PANASS!! Anwar Pemimpin yang tak akan tunaikan janji!! #TolakPR


Anwar ni memang tak pernah nak tunai janji ke? Baik janji pada rakyat atau pada sesiapa saja dia tak pernah nak tunaikan, hatta tuhan sekali pun, Anwar tak tunaikan janji.

Baca apa pulak janji Anwar kali nih..

Bekas Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim memungkiri perjanjian rahsia untuk menghormati keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU13) Malaysia, yang diuruskannya sebagai orang tengah, antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan ketua pembangkang itu.

Akhbar The Wall Street Journal (WSJ) hari ini melaporkan Jusuf mendedahkan bahawa perjanjian bertulis dibuat antara Najib dan Anwar pada April iaitu menegah daripada melakukan serangan peribadi semasa berkempen dan menerima keputusan pilihan raya 5 Mei, yang dicadangkan sendiri oleh Anwar.

Menurut Jusuf, Anwar menemui beliau berhubung perjanjian itu dua bulan lepas dan meminta Jusuf menemui lawannya serta mendapatkan komitmen beliau berhubung keputusan pilihan raya yang aman.

Bagaimanapun, menurut akhbar itu Anwar mendakwa Jusuf yang menemui beliau untuk menawarkan bantuan dalam memastikan keputusan pilihan raya yang teratur.

WSJ juga melaporkan Anwar mengakui beliau telah membuat perjanjian bersama Najib, dengan Jusuf sebagai orang tengah, namun Anwar mendakwa Barisan Nasional (BN) telah membatalkannya melalui cara mereka menjalankan kempen. Jusuf juga berkata beliau menghubungi Anwar sehari selepas hari pengundian pada 5 Mei untuk meminta pemimpin pembangkang itu menerima keputusan tersebut.

“Kami ada komitmen,” Jusuf dipetik sebagai berkata. “Pada Isnin, saya meminta Anwar menerima (keputusan) dan melihat kepada realiti. Tetapi mereka berkata, tidak, tidak, tidak,”.

PRU13 menyaksikan BN yang diterajui Najib kembali berkuasa dengan memenangi 133 daripada 222 kerusi Parlimen, yang turut menyaksikan Anwar dan pakatan pembangkang yang tidak berpuas hati dengan keputusan itu mengadakan perhimpunan di seluruh negara sejak 8 Mei.

Tanpa mengkritik mana-mana parti, Jusuf berkata beliau berpendapat kedua-dua pihak menunjukkan komitmen mengelak daripada melakukan serangan peribadi semasa kempen.

Jusuf pernah bertindak sebagai orang tengah bagi perjanjian damai dalam pelbagai konflik di Kepulauan Indonesia yang bergolak semasa beliau menjadi naib presiden dari 2004 hingga 2009 dan berperanan dalam perjanjian damai di Thailand dan Sri Lanka. – BERNAMA

Senang cerita, Anwar ni orang gila meroyan.. Usah dilayan perangainya, kalau dilayan makin menjadi. Kita anggap cerita yang Anwar 'karut' kan tu, sebagai penglipurlara yang tak sudah, versi Anwar yang sanggap nak jadi PM.

Cuma yang sedihnya, ramai juga orang Malaysia yang termakan cerita karut marut Anwar ni.. biasa la Anwar pejuangkan segala kejahatan.. langgar kerajaan, hina institusi pihak berkuasa, maki sana. maki sini, demo dan macam-macam kejahatan lagi. Tu pun ada orang yang sanjung!

McTheory:
Tapi itulah Adat manusia, suka buat jahat dari baik..

2 ulasan:

kuang terbang tinggi berkata...

Bila masa dia janji nak tunai.....
Dasar pembelit....
Dasar penipu...
Hidup menyusahkan orang sahaja....

Tanpa Nama berkata...

Duduk tepi tingkap..dongak ke langit...tunggu malaikat maut buat temu janji dgn nuor..

Org lain nuor tak takut..usa israel nuor tak takut.. Pak syeikh arab manapun nuor tak takut..

Semua kena tipu..