Jumaat, 10 Mei 2013

PANASS!! Azmin Takdak Teloq Kembali Sujud Kaki Anwar!! #TolakPR




Sudah dijangka Sidang Media yang Azmin Ali lakukan pagi tadi, tidak ada kejutan pun. Akhirnya Sidang Media tersebut menjadi tempat sanjung Anwar sampai mati.

Tapi Sidang Media yang sepatutnya berlangsung pukul 11 pagi ditunda ke 12, atas sebab-sebab yang tidak boleh dielakkan. Dipercayai, Azmin dihubungi Anwar untuk 'memujuknya' supaya tidak melakukan sesuatu yang luar tindakan.

Sidang Media dibuat apabila Azmin meluahkan perasaan tidak puas hatinya terhadap Anwar dalam 'tweet' peribadi beliau.

Timbalan Presiden PKR Azmin Ali berkata 'tweet' yang dibuatnya sebelum ini bukan bermaksud untuk menyerang Anwar Ibrahim atau mana-mana pemimpin parti.

Sebaliknya beliau menjelaskan tindakannya itu hanyalah untuk menyatakan pandangan dan kritikan bernas demi kepentingan parti.

"Dalam Keadilan kita diberikan ruang untuk memberikan pandangan dan kritikan bernas.

"Saya bukan menyerang Ketua Umum atau mana-mana pemimpin Parti Keadilan Rakyat...tidak," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR dekat sini, Jumaat.

Menurut Azmin, sebagai timbalan presiden beliau membuat satu kritikan yang jelas dan berasas untuk dirinya sendiri dan pimpinan lain.

Beliau berkata, ia merupakan satu teguran yang didakwa tidak berlaku dalam Umno yang mana pemimpin tidak boleh dikritik.

"Saya tak kritik tanpa asas. Saya kata 'terima keputusan rakyat, mari bermuhasabah, mari kita maju ke hadapan.

"Saya tidak anggap itu satu kesalahan. Sebagai timbalan presiden saya juga bertanggungjawab mengingatkan diri saya dan pimpinan untuk segera turun ke bawah berkerja sekarang dan jangan terlalu banyak berpolitik kerana pilihan raya jauh lagi," katanya.

Beliau mengulas mengenai 'tweet' beliau sebelum ini yang didakwa menggambarkan kekecewaan beliau terhadap Anwar dan pimpinan parti yang membuat bantahan terhadap keputusan pilihan raya.

Beliau telah menulis: "Laungan reformasi harus bermula dengan bisikan dalam hati sendiri. Jangan heret rakyat kalau kita sendiri gagal.

Mengulas lanjut Azmin berkata apa yang penting pada masa ini ialah melihat mandat yang diberikan oleh rakyat.

"Mandat telah diberikan di Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan. Ayuh kita laksanakan dulu mandat yang telah diberikan oleh rakyat.

"Pada masa yang sama bantahan diteruskan. (Jika) Ada penyelewengan, sebarang bukti yang kita dapat kita kena himpunkan," katanya.

Dalam Twitter miliknya lagi, Azmin turut meminta supaya keputusan rakyat pada PRU-13 diterima.

"Terima keputusan rakyat. Maju ke hadapan dengan dasar peduli rakyat bukan membuli rakyat demi kesejahteraan dan kemakmuran negara.

"Rakyat letih dengan asakan politik melampau. Terima hukuman. Muhasabah diri. Akui kelemahan. Maju ke hadapan. Tumpu rakyat bukan kerabat.

Bila ditanya adakah beliau akan keluar dari parti,

Katanya, dakwaan beliau akan keluar parti hanyalah fitnah dan khabar angin.

"Kepada 'saudagar-saudagar khabar angin' ini, saya ingin menegaskan bahawa saya akan meneruskan perjuangan dengan lebih gigih lagi.

"Saya tidak berhasrat untuk meletakkan jawatan dari jawatan parti dan wakil rakyat apatah lagi meninggalkan perjuangan rakyat ini," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR, di sini, Jumaat.

Azmin berkata dakwaan ini timbul apabila nama beliau dikaitkan dengan isu pelantikan Menteri Besar Selangor.

Malah, beliau juga percaya khabar angin ini ditiupkan oleh Umno dan Barisan Nasional (BN).

"Mereka telah berkerja bersungguh-sungguh untuk membina persepsi bahawa saya terlalu kemaruk untuk menjadi Menteri Besar Selangor dan saya akan menyertai Umno sekiranya tidak mendapat jawatan tersebut.

"Fitnah ini adalah satu penghinaan terhadap integriti saya," katanya.

Mengulas mengenai pelantikan Menteri Besar Selangor, Azmin berkata namanya tidak harus menjadi isu sebaliknya yang menjadi isu ialah proses pemilihan calon.

"Isunya adalah proses pemilihan calon tersbut untuk dipersembahkan kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah mestilah melalui rundingan yang telus seperti dituntut al-Quran dan urusan dijalankan secara bermesyuarat sesama mereka," katanya.

Dalam pada itu pengerusi PKR Selangor ini turut menyatakan pendirian menolak amalan nepotisme dalam parti.

Katanya PKR merupakan sebuah parti reformasi dan milik rakyat.

"PKR bukan milik individu atau keluarga tertentu. Parti ini milik rakyat.

"Oleh itu setiap kesilapan yang berlaku harus ditegur demi kepentingan parti secara keseluruhannya," tegasnya.

McTheory:
Pergi Mampus la sama lu Assmin..

12 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Jibby got ball or not??

Tanpa Nama berkata...

Sudah di jangka Azmin pandai main sandiwara,seperti An War- mahukah dia keluar dari PKR,jangan harap, semua pemimpin PKR/PR adalah golongan opportunist...hebat mereka kan-
janganlah terpedaya dgn mereka

Tanpa Nama berkata...

Mereka semua BERLAKON je....lepas PRU13 macam pratonton filem baru.. memperkenalkan pelakon-pelakon sebelum di tayangkan kepada umum..

JANGAN SAMPAI TIPAH TERTIPU.......

Tanpa Nama berkata...

Gempaq saja nak tengok telatah lawan

Tanpa Nama berkata...

TN 3:11 where got balls...if got also they must be hiding between the legs...

Tanpa Nama berkata...

Azmin tu 'kekasih' Nuar.. mana boleh curang..heheh

PRU 13 berkata...

anak betina, kalau anak jantan, balun saja la, x payah 2,3 kali sidang akhbar. X kan nak cari merkit untuk jadi menteri kut!. Ni sampai hirat Al Quran apa nya!!!

Quantum Metal Consultant berkata...

Azmin mengharap umno hantar wakil untuk menawarkan bulan dan bintang - tunggu sampai pukul 11.30 tak ada siapapun datang, no SMS no call - frust.

Dalam masa yg sama tunggu juga kot2 anwar atau zizah dtg pujuk, sama juga, bayang pun tak sampai, no SMS no call - frust

Jalan terbaik - bertahan

Tanpa Nama berkata...

Alahai, kesiIan Min. Kena tunggu 5 tahun lagI lah untuk jadi MB. Lain Kali lah, LOL!

hangkedee berkata...

Rekod book khalid di mata pak sheikh A++.Azmin tungguuuuuu next train 5 tahun lagi...kak..kah...melopas jang.

Awang melayu berkata...

lidah biawak punya orang

Tanpa Nama berkata...

tweet laen time pc cite lain!!! stakat nk cite jilat bontot nuar ari2 dgr kat fb muak dah xyah wat pc pon xpe...