Khamis, 23 Mei 2013

PANASS!! Bukti Pakatan Menolak Ilmuan Islam yang Menyeru Kebaikan!! #TolakPR


Berita kat bawah ni Mc ambil dari Utara News. Pemimpin Pas yang mengajar kita untuk kembali kearah kebaikan kini ditolak oleh penyokong sendiri. Dunia sudah terbalik!

Seorang pemimpin Pas secara terbuka menolak usaha Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjatuhkan Kerajaan Persekutuan yang dipilih secara sah oleh rakyat dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 melalui siri perhimpunan jalanan dengan menyifatkan tindakan tersebut sebagai gopoh.

Malah, Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas, Nik Mohd. Abduh Nik Abdul Aziz mengajak orang ramai memikirkan kemenangan melalui kesabaran, bukannya melalui ledakan di jalan raya. "Anda terfikir untuk 'spring' dan memperolehi kerajaan melalui ledakan di jalan raya? Itu adalah gopoh.

"Fikirkan kemenangan melalui kesabaran. Kesabaran adalah kunci yang membuka. Apa perlu kemenangan yang isinya belum ranum," katanya menerusi laman Facebook beliau. Niat pembangkang mencetuskan huru-hara bagi menggulingkan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang dipilih secara sah oleh rakyat pada 5 Mei lalu semakin jelas selepas melakukan beberapa siri demonstrasi sebelum ini selain merancang siri demonstrasi lain pada masa depan.

Kenyataan Nik Abduh tersebut membuatkan Khalid Ismath tidak bersetuju dan terus menyerang anak kepada Nik Aziz ini.Siapakah Khalid Ismath?Khalid Ismath adalah pendokong Syiah Melayu yang berselindung disebalik perjuangan politik. Beliau merupakan pelajar jurusan Undang-Undang, UiTM Shah Alam. Bagi yang mengenali, manusia ini sangat jijik kerana mulutnya kerap mengeluarkan kata-kata sesat, cemuhan dan menghina para Ulama' Islam. Seluruh Mahasiswa dan Mahasiswi Islam wajib bersepakat menentang fahaman ganas dan nafsu Syiah.

McTheory:
Ulamak yang menyeru kebaikan ditolak.. Syabas Pas!!

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tak leh pakai nik bodoh...ingat lagi apa dia cakap..ALLAH MENGARAHKAN KITA KE PUTRAJAYA...bullshit u bodoh