Isnin, 20 Mei 2013

TERKINI!! Keadaan Kesihatan Terbaru Ustaz Azizan? #HanyaDiKedah


Dah lama Mc tak update pasal kesihatan mantan menteri besar kita tu. Ada orang tanya Mc, Ustaz Azizan dah sehat ka? Mc pun taktau, jadi Mc pun hubungi orang yang mengetahuinya.

Apa yang Mc tau, kesihatan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak semakin baik dan beliau sedang dalam proses mencuci lukanya. Namun begitu beliau masih belum boleh bercakap. Walaupun keadaannya pun lemah tetapi stabil.

Azizan juga menunjukkan respons yang baik apabila sudah mengenali orang yang berada di sekelilingnya. Beliau juga masih belum makan, cuma bergantung kepada ubat diberikan melalui suntikan. Azizan dijangka berada di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Pulau Pinang (HPP) sehingga rawatan selesai. Tambahan pula, beliau kini dipantau 10 doktor pakar. Jadi tiada masalah dengan rawatan di HPP.

Azizan juga boleh mengunakan reaksi mata untuk menjawab dan cara beliau mengenali seseorang.

Azizan kehilangan kedua-dua belah kaki melalui pembedahan yang dijalankan akibat komplikasi penyakit kencing manis. Kami semua terus mendoakan semoga beliau sembuh sepenuhnya secepat mungkin.


McTheory:
Semoga cepat sembuh Ustaz.. Insyallahh..

4 ulasan:

ahlee berkata...

pabila dengan RAKUS semua Bukit Gunung Hutan Pokok PohonKayu diPOTONG maka tibalah masanya pula untuk manusia yang membenarkan semua itu pula di POTONG..........

Tanpa Nama berkata...

Astaghfirullah... patutnya doakan kesejahteraan org lain. Tak perlu celupar; nanti Allah bayar cash utk anda.

Tanpa Nama berkata...

Semoga cepat sembuh dan bermunajadlah memohon keampunan dari ALLAH dan mohon petunjuk, ingatlah sakit itu KIFARAH DOSA, terhapusnya dosa2 kecil ... ALLAH mengetahui segalanya ... semoga banyak bersabar ...

Tanpa Nama berkata...

Ustaz azizan hanya menyambung kerja pembalakan yg dilakukan oleh MB yg sebelum itu...