Selasa, 28 Mei 2013

TUDIAA!! Bila Tun Daim Bersuara Kenapa BN Kalah Di banyak Tempat?


Baca apa yang Tun Daim katakan, hampir semuanya tepat! Malah ulasan yang beliau berikan juga bagus.

Barisan Nasional (BN) kalah dalam pilihan raya 5 Mei kerana kesilapan strategi digunakan oleh penasihat Datuk Seri Najib Razak dan pergaduhan dalaman parti, kata bekas menteri Umno Tun Daim Zainuddin.

Menjelang pilihan raya, pemerhati mendapati Najib telah menggunakan populariti peribadinya untuk membantu BN mendapatkan semula majoriti dua pertiga di Parlimen — mereka hilang pada 2008, yang mana Daim mengatakan sebagai pendekatan salah.

“Betul, anda perlu tanya BN. Tetapi pada pandangan saya, ia adalah strategi salah. Seperti yang saya katakan sebelum ini, ini adalah pilihan raya Parlimen dan bukannya pilihan raya presiden.

“Penasihat PM kena dipecat. Jika anda menyamakan undi untuk BN sama dengan undi untuk dia, kelemahan keputusan BN berkait dengan dia juga,” kata Daim dipetik dari transkrip temuramah dengan China Press, yang disiarkan dalam blog wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin.

“Saya sentiasa mengingatkan kepada mereka, angka besar menghadiri ceramah BN tidak diterjemahkan kepada undi. Jangan cuba melawan angka dia (Anwar) dengan angka lebih besar hadirin yang kamu dapat. Biar Anwar jadi penghibur (meminjam istilah Financial Times).

Kita bukan penghibur, kita tak tahu macam mana nak menyanyi, menari dan buat lawak. Memilih kerajaan adalah urusan serius, jadi tinggalkan strategi pelawak ini dan jangan main permainannya.”

Daim juga menyalahkan kegagalan BN untuk menang majoriti dua pertiga mengenai salah peruntukan sumber dalam usaha untuk menguasai kerusi bandar serta kerusi majoriti Cina.

“Jika saya tahu, sudah tentu BN tahu yang kawasan majoriti Cina sudah kalah. Kenapa buang masa dan wang? Sebagai strategi, anda seharusnya tumpukan di kawasan yang BN kalah dengan tipis pada 2008. Terdapat juga persoalan pemilihan calon, contohnya Pandan, mengapa ambil mudah?”

“Mari terima hakikat tiada tempat dalam dunia ini mudah untuk dapatkan majoriti dua pertiga. Pengundi bandar di seluruh dunia adalah anti kerajaan. Kekuatan BN terletak di kawasan luar bandar. Tapi tetap banyak masa dan wang dibazirkan di kawasan bandar dimana keputusannya hampir pasti,” kata beliau kemudian.

Daim diminta untuk memberi komen tentang Pulau Pinang, dimana NGO politik Kelab Kebajikan 1Malaysia Pulau Pinang yang berbelanja banyak menyediakan makan malam percuma dan konsert dengan bintang besar beberapa minggu menjelang hari mengundi.

“Orang-orang ini adalah amatur. Mereka adalah orang gila. Mereka fikir mereka pandai dan buang duit merata. Lebih baik beri kepada kebajikan.

“Kenapa BN benarkan acara bodoh seperti ini? Rakyat rasa diperbodohkan kerana mereka tahu anda fikir mereka boleh dibeli dengan wang, konsert dan makan malam. Jadi mereka datang untuk bersantai, makan free dan dihiburkan. Ini adalah pilihan raya. Ini perkara serius. Biarkan Anwar jadi penghibur.

Di Pulau Pinang, BN hanya menang 10 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) selepas Pakatan Rakyat (PR) menang besar apabila mendapat 30 kerusi DUN.

Dalam respon kepada soalan lain, beliau mengatakan BN seharusnya memberikan tumpuan untuk memperjuangkan isu yang dekat dengan hati rakyat seperti rasuah, pentadbiran baik, keselamatan, pendidikan, inflasi, miskin kota dan graduan muda.

“Kerajaan sebaliknya memfokuskan tentang memberi bantuan. Anda beri makan malam sekali, rakyat akan berterima kasih. Beri mereka lima kali mereka fikir anda mahu membeli undi,” katanya.

Daim mengatakan kekalahan BN di Selangor disebabkan oleh pergaduhan dalaman, mengatakan ini disebabkan gabungan itu memilih calon yang salah dalam pilihan raya 5 Mei.

BN menang 12 daripada 56 kerusi DUN di Selangor, kurang daripada 20 kerusi yang mereka perolehi semasa 2008, akan tetapi mempertahankan lima daripada 22 kerusi Parlimen.

Beliau juga menyalahkan keputusan Selangor kepada pengarah pilihan raya negeri Datuk Seri Mohd Zin Mohamed yang beliau katakana telah tidak menghiraukan tindak balas dari bawah dengan memberikan jaminan kepada Daim kemenangan BN di kerusi di sana.

“Saya rasa Zain adalah pilihan yang salah. Dia digugurkan dari Kabinet oleh Najib kerana jelas dia tidak memikirkan beliau berkebolehan dan kemudian lantik dia sebagai setiausaha Umno Selangor. Saya tidak faham logik Najib,” kata Daim membangkitkan Ketua Pemuda Umno Sepang Datuk Suhaimi Mohd Ghazali telah melawan Mohd Zin dan ramai pemimpin Umno bahagian dikatakan berkempen menentangnya.

“Apabila anda bertanya kepada saya dalam wawancara lepas, saya kata terdapat masalah kesilapan calon. Ketua bahagian tidak gembira. Di kalangan (ahli) Umno sabotaj di mana-mana. Saya beritahu Zain senarai kerusi DUN bermasalah. Zain kata ya terdapat masalah tetapi BN boleh menang. Semua kerusi yang berada ditangan saya, BN kalah.

“Dengan calon salah yang tidak turun ke bawah, tidak menghiraukan ketua bahagian, tidak melawat ahli dan pengundi, anda tidak boleh menang,” kata Daim.

Daim mengaitkan pandangannya dengan bagaimana BN kalah di kerusi DUN Bukit Selambau dalam Parlimen Merbok, Kedah dimana dikatakan terdapat pergaduhan dalam BN berhubung dengan pemilihan calon.

“Mereka masih lagi bergaduh tentang kerusi DUN itu walaupun sehari sebelum pengundian. Saya kata kepada mereka mereka gila. Hanya undi BN. Beritahu mereka mereka hanya tinggal separuh hari untuk berkempen dan mesti dilihat bersatu.

“Mereka kalah dengan 500 undi kerana mereka tutup pondok panas mereka menjelang 4 petang, yakin mereka sudah menang. Saya SMS anda pada tengah hari bahawa BN telah menang Merbok akan tetapi masyarakat India di sana perlu bergaduh sehingga saat akhir mengenai calon dan kita kalah. Kita adalah musuh kita paling bahaya.”


McTheory:
Selangor banyak pemimpin hipokrit, sebab tu kalah!

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Org lain bekerja...org lain dpt nama
Org lain bekerja...org lain dipilih jadi calon
Org lain bekerja 3.4.5 tahun...org tunjuk muka saat akhir jadi calon

Yg penting jadi kroni...bodek...cari muka..tunjuk baik tunjuk bagus kat boss. Putar sikit cakap belit sikit isu..buat cerita bla bla bla..terlalu percaya cakap org. Akhirnya yg bagus dibuang diketepikan...yg hampehhhh diambil

Begitulah juga berlaku di semua bigg boss dlm co.kerajaan. Dr atas sampai peringkat level
eks...sama aje.....

Tak kira pm menteri bigg boss...majoriti menadah muka ke cina... Dlm co kerajaan bigg boss bukan semua pro kerajaan bersepah pro pembangkang sama aje memberi tender kat cina lepastu heboh kat org kerajaan bla bla bla

Dah kaya dah byk duit bla bla bla...heboh la org bawah takde projek..gaji kecik...itu la lawak boss di co.kerajaan. Salah UMNO lagi.......

Nak dpt sokongan mudah aje...naikkan gaji org bawah..beri kemudahan..buat rumah layak harga berpatutan..
Terbalik pulak...kenaikan eks jgn melampau termasuk bonus jgn melampau..cuba tengok menjerit ke tidak puok ni...dia org ni la yg selalu menyalahkan kerajaan dan tidak bersyukur gaji besar...puok ni juga yg menyebabkan org bawah marah kat kerajaan kerana gaji disusun oleh eks level.....mereka menyangka semua dtg dr ...........................jawab sendiri.

Yg pasti cukuplah menadah kat cinaaaaaaaa bersepah org Melayu yg mampu..itu boleh diuruskan....

CINA TAK PEDULI APA YG BERLAKU KAT MELAYU. PEMIMPIN MELAYU YG WAJIB PEDULI KAT MELAYU. MEREKA MENGUNDI ANDA

Tanpa Nama berkata...


Dalang-dalang pengkhianat dari PKR/DAP macam ular berbisa, menyelinap masuk membelit UMNO dari dalam UMNO atau BN. Patutlah ada pemimpin UMNO yang sampai puji melangit dan sanggup tunduk kepada cadangan Gerakan nak 1Bangsa parti BN - yang sebenarnya asas perjuangan DAP yang amat rakus nak hapuskan hak, warisan dan identiti Melayu, dan Bumiputera lain, dan Islam (sebab itu Cina DAP terutamanya, amat benci 1Malaysia yang masih mempertahankan pelbagai bangsa, warisan dan hak termasuk untuk Melayu dan Bumiputera lain, dan Islam). Yang hairannya, World Street Journal (WSJ) yang dikuasai sekutu kuat Zionis yang amat anti-Islam, Rupert Murdoch News Corp beriya memuji Jusuf Kalla dan rancangan perjanjian damai yang tak masuk akal, bahaya dan palsu antara Anwar dan PM kita (lihat bahayanya WSJ di http://www.guardian.co.uk/media/2006/jul/28/citynews.broadcasting, Bono and Blair to join Murdoch on the beach, Stephen Brook, Friday 28 July 2006) – sudah tentu ada muslihat yang bahaya (PM dan KDN mesti lantik pakar Intelligence yang amat cemerlang). Bahkan Jusuf Kalla adalah ketua pelajar yang turut aktif menjatuhkan Allahyarham Presiden Sukarno - pejuang Kemerdekaan nasionalis Indonesia yang digulingkan oleh CIA-MI5-Zionis, melalui rejim boneka Pres. Suharto – General-jeneral Pres. Sukarno dan satu juta rakyat Indonesia dibunuh dengan kejam (apalagi setelah Pres. Sukarno menubuhkan syarikat petroleum negara Indonesia).

Bahkan, di Malaysia sendiri, Allahyarham PM Tun Abdul Razak Hussein, adalah musuh utama Cina DAP dan penajanya, penjajah Barat-Zionis, kerana Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein begitu TEGAS menjatuhkan Cina DAP yang merusuh dengan ganas dalam Mei 1969. Dan juga kerana BAPA KEMERDEKAAN/PEMBANGUNAN tercinta kita ini melancarkan DEB dan menubuhkan syarikat petroleum negara, Petronas dengan amat BERANI. Maka kerana itulah, besar kemungkinan, Allahyarham bersama TPM, Allahyarham Tun Dr. Ismail Abdul Rahman, diracuni CIA-MI5-Zionis (kedua Allahyarham meninggal dengan ganjil dan tiba-tiba di tahun 1973 dan 1976 di usia muda 50an) seperti Allahyarham Presiden Sukarno (juga di tahun 1970 di usia 69 tahun setelah dipenjarakan dan ditumbangkan oleh CIA-MI5-Zionis, melalui rejim boneka Suharto, apalagi selepas Pres. Sukarno menubuh syarikat petroleum negara Indonesia) – ini adalah “modus operandi” utama penjajah Barat-Zionis menumbangkan pejuang Kemerdekaan nationalis.

Maka, UMNO perlu tubuhkan pasukan tetap yang amat TANGKAS dan BIJAK; di Internet sebagai “Bilik PENDEKAR”, yang MENYATUKAN idea-idea bernas, bukan hanya dari golongan muda yang ramai buta sejarah, tapi dari semua golongan, termasuk penasihat dari NGO Melayu/Islam yang setia seperti Perkasa, GPMS dan PPIM dan banyak lagi, para akademik yang setia, pahlawan Siber setia seperti Sungai Rapat Online, MIK, Darul Ehsan, Kedah ke KL dan banyak lagi, serta Utusan Melayu, untuk terus membidas di Internet dengan tangkas, bijak dan tegas tentang fakta sejarah, termasuk tidak tunduk kepada angkara durjana pengkhianatan Cina DAP/PKR terhadap hak dan warisan berzaman nenek moyang kita, dari sebelum dijajah British lagi! Dan saya cadangkan parti Bumiputera lain dari BN, MCA dan MIC juga buat serupa, terutamanya dalam bahasa Ibunda. Juga perlu dalam bahasa Inggeris. Tengoklah Cina DAP durjana yang banyak menyemarakkan api perkauman dalam blog Cina dan Inggeris.

MAKCIK Tempurung.

(PERHATIAN: ada PENYAMUN penakut disyaki dari DAP/PKR durjana yang sekarang meniru gelaran saya tetapi sebagai "Pakcik Tempurung" untuk mengelirukan pembaca)