Rabu, 22 Mei 2013
TUDIAA!! Undi Dua Kali, Cerita Dongeng Zaman Moden Ciptaan Pakatan! #TolakPR
Diatas adalah keratan akhbar yang menunjukkan seorang pengundi muda mengakui bahawa dia boleh mengundi sebanyak dua kali dalam Pilihan Raya Umum yang lalu.
Seorang sahabat Mc bertanya, budak tu mengundi siapa? Dia mengundi Pakatan atau dia mengundi BN? Dari gambar dalam keratan akhbar tu, nampak macam dia undi Pakatan.
Jika tidak, kenapa pulak Si Fuziah tu boleh turut serta dalam sidang media yang dibuat? Jelas, dari apa yang digambarkan, penyokong Pakatan pun boleh undi dua kali.
Sebelum ini, puak - puak Pakatan tu mendakwa bahawa wujud kemungkinan bahawa BN upah orang untuk mengundi sebanyak dua kali.
Tapi dalam kes ini, nampak gayanya semua dah jadi terbalik. Penyokong Pakatan pun boleh mengundi sebanyak dua kali. Dan ianya tidak mustahil. Si Fuziah tu dah membuktikannya.
Yang seterusnya, kenapa hanya buat laporan Polis? Bukannya Polis boleh ambik apa - apa tindakan pun terhadap perkara tersebut. Lain la kalau buat petisyen.
Sepatutnya, Fuziah memfailkan petisyen dan mempertikaikan perkara tersebut. Itu pun kalau dia benar - benar nak memperjuangkan Kebenaran.
Dengan cara itu, SPR boleh kira semula dan menyemak dakwaan yang telah dibuat. Hakikatnya, Fuziah tau mengenai perkara ini.
Tinggal lagi, tujuan dia bukannya nak menegakkan Kebenaran dan mencari jawapan bagi isu tersebut. Sebaliknya Si Fuziah tu hanya nak memburukkan imej SPR.
Satu lagi persoalan yang ditimbulkan oleh sahabat Mc, ialah mengenai Polling Agent Pakatan yang berada di Pusat Pembuangan Undi. Apa yang diorang buat?
Adakah diorang pun berpakat dengan budak tu dan membiarkan dia melalui semua petugas SPR tanpa sebarang halangan dari mana - mana pihak?
Kenapa dia boleh terlepas sedangkan pencacai - pencacai Pakatan bersepah - sepah dekat luar pintu pagar bagi menghalang 'Pengundi Hantu'?
Kalau diorang boleh tahan 'Bangla' yang kebanyakkannya terdiri dari masyarakat orang India Malaysia, kenapa diorang boleh lepaskan budak ni begitu sahaja?
Nampak sangat wujud pertikaian dari kalangan petugas - petugas Pakatan dalam isu ini. Adakah mereka dah berpakat dalam isu 'Undi Dua Kali' ini?
Tidak mustahil kalau Si Fuziah tu cari 2000 orang penyokongnya untuk melakukan perkara tersebut. Dan perkara ni didedahkan bukan oleh orang lain. Tapi oleh Si Fuziah sendiri.
Maka saranan Mc kepada Si Fuziah. Buat la petisyen membantah keputusan PRU yang telah dimenanginya bagi membuktikan bahawa dia menang bukan sebab penyokong dia mengundi sebanyak DUA KALI!!! Kalau setakat cakap je, baik tak payah!!!
Sumber dari Semut Hitam
McTheory:
Siapa yang tipu siapa ni?
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
5 ulasan:
Giliran BN/UMNO pulak ambil tindakan tu baru kena...hentam jangan tak hentam.
Tak perlu bn/umno nak ambil tindakan pasai bn/umno tak pernah nafi kewibawaan spr...hanya pakatan dap/pas/pkr saja yg tuduh macam2...jika pkr & pas bawa budak tuduh spr tak betul kena depa bawa bukti....fail petisyen kat mahkamah...cerita dari a sampai z di mahkamah...semua boleh dengar...aku pun minat nak tahu juga....kwn yg buat kajian phd tentang kewibawaan spr tentu tunggu cerita gini....
aku niihhh klu berita dr pakatan rakyat..mampos aku tak percaya...dah banyak kali pakatan rakyat menipu dan membelit...
cuma bezanya...ada pengundi benci BN.pengundi yg benci BN niihh akan undi parti apa pun.
lepas ni puak2 dogs and pigs dan sekutu2nya akan terus menerus mencipta provokasi pru itu ini. Yang paling menghairankan, ada pulak org2 berkuilt sawo matang ikut menyokong. Sudahlah sombong, bodoh lagi. sebelum pru13 ni, parti dogs and pigs ada juga buat ballot tp memang nyata menipu org ramai. anak khir johari x dipilih tp bila kira2 semula, dia pun dipilih. senyap je geng2 pembontot ni. majoriti pas lebih d selgor tp pilih org pkr. apa ke bangangnya mentaliti.takkan tu pun x paham...
Aku heran ceita undi 2x tu berbelit2. Aku tgk sistem SPR semas mengundi cukup kemas dan susah nk tipu, bkn semata2 dakwat tp daftar pemilih tu boleh disemak serentak oleh SEMUA wakil calon.
Petugas SPR akan jerit dgn kuat NAMA dan NO IC pegundi.. cukup CLEAR, kalau org yg sama dtg mengundi.. macam mana nama telah dipotong boleh wujud lagi?
Petugas SPR bukannya org UMNO.. tp pegawai2 kerajaan yg diambil bertugas.. kbykannya guru2 yg 2/3 menyokong PR.. pelik.. adakah wakil calon PR tidor semasa mamat berok ni dtg undi '2x'? pakai pelesit kot?
nampak sgt cerita2 saraf ini nk menipu supaya rakyat sangsi dgn SPR.. tggulah balasn Allah bg si penipu!!
Catat Ulasan