Rabu, 5 Jun 2013

GEMPAR!! Kumpulan Ajaran Sesat, Ekploitasi Budak-Budak Untuk Kutip Duit!! #HanyaDiKedah



Perkara ini adalah serius! Isu kanak kanak (pelajar) menjadi mangsa eksploitasi oleh pihak sekolah Maahad Tahfiz bukan perkara baru.. Dari dulu sampai sekarang kanak kanak ini terus dipergunakan untuk kepentingan individu..

Pusat Tahfiz Amal yang terletak di Kangkong Jalan Yan Kuala Kedah tidak asing lagi bagi penduduk setempat dan rakyat Kedah khususnya.. Pada tahun 2006 Pusat Tahfiz Amal ini juga pernah mengemparkan negara dimana 5 pelajar yang baru pulang dari mengutip derma disekitar bandaraya maut dalam nahas jalan raya..



Selepas 7 tahun tragedi hitam itu berlaku, pihat pengurusan sekolah sesekali tidak pernah menyesal.. Terbaru, sindiket menghambakan pelajar untuk jalankan kerja kerja kutipan derma ini kembali memenuhi ruangan kaki lima sekitar bandar bandar besar..

Sindiket ini bukan saja tertumpu di bandar Alor Star, malah hingga ke Kuala Lumpur dan Johor Bahru..

Gelagat gelagat pelajar yang dikerah untuk membuat kutipan derma ini diterbitkan dalam entri terbaru laman Blog Mazidul Akmal

Namun, yang menjadi tanda tanya adalah produk jualan yang digunakan untuk mengutip derma ikhlas itu sebenarnya dimiliki oleh pengasas ajaran sesat. ( Klik SINI )

Imej dibawah adalah label botol losyen panas kononnya ubat tradisional yang dirumus khas untuk sengal sengal otot, gigitan serangga dan lain lain.. Tak tahulah betul atau tak kandungan tu.. Kalau ikut pada bau, sama ja macam krim panas yang boleh beli difarmasi pada harga RM2 sebotol..

Paling menarik pada label botol ini adalah wajah wajah saudagar minyak tengah berpelukkan dengan wanita, barangkali isterinya kot.. Label sebegini tak tumpah seperti ubat peransang keintiman suami isteri.


Hairan kan, kata jualan amal tapi letak harga RM 20

Jualan Amal tapi letak harga RM 20

Siapa lelaki ini sebenarnya??

Anda kenal dengan Syarikat Al Mansur Holding Sdn Bhd ?? Syarikat ini pernah popular satu ketika dulu kalau tak silap pada tahun 2000-2004.. Syarikat ini mempunyai berpuluh rangkaian.. Pada mulanya syarikat ini adalah sebuah pusat refleksologi yang dikenali sebagai Pusat Rawatan Cinta.

Kumpulan ini telah diwartakan sebagai ajaran sesat

Jabatan Hal Ehwal Agama Pulau Pinang (JHEAPP) hari ini mengesan kegiatan ajaran sesat yang dikenali sebagai ajaran Azhar bin Wahab mula berkembang ke negeri ini dengan berselindung di sebalik pelbagai perniagaan termasuk membuka pusat refleksologi di sini.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Dakwah JHEAPP, Ghazali Saad berkata, jabatannya menerima aduan daripada orang awam yang mendakwa kumpulan itu membuka sebuah pusat refleksologi yang dikenali sebagai Pusat Rawatan Cinta.

Katanya, dalam proses rawatan mengurut itu, tukang urut yang juga dipercayai ahli kumpulan ajaran sesat itu akan membaca mentera tertentu dan menyebut: “Ya Allah dengan barkat dan karamah guruku Tuan Azhar, sembuhkanlah penyakit…”.

“Kita dapati ajaran mereka mula berkembang dan bergerak secara sulit kerana apabila disoal siasat, pekerja di pusat urut itu tidak mengaku bahawa mereka adalah ahli kumpulan ajaran Azhar bin Wahab,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, Azhar yang menggunakan gelaran sebagai Yang Mulia Raja Azhar ibni Raja Wahab, Presiden Persatuan Kerabat Raja Sakti Kedah, turut menggunakan kanak-kanak berusia antara 8 dan 11 tahun untuk mengutip derma di pusat membeli-belah untuk menjana pendapatannya.

Ghazali berkata, siasatan yang dijalankan oleh jabatannya mendapati kanak-kanak itu meminta derma daripada orang awam kononnya untuk pembinaan sebuah pusat tahfiz di Yan, Kedah dan penderma akan dihadiahkan cakera padat lagu dakwah.

“Cakera padat lagu dakwah kotemporari itu adalah nyanyian S.M. Amin dan Sharly dan kita sedang menyiasat apakah kaitan antara lagu-lagu itu dengan kegiatan ajaran sesat kumpulan berkenaan,” kata beliau.

Katanya, antara percanggahan akidah yang terdapat dalam ajaran Azhar bin Wahab ialah beliau mengaku mengamalkan Aurad Muhammadiah, mengadakan kuliah tertutup untuk ahli dan kakitangan serta mendakwa didampingi oleh ‘Pak Syeikh’ atau wali Allah.

Azhar yang berasal dari Kulim Kedah, pernah mendakwa rohnya berada di Gunung Jerai bersama Wali Songo dan Nabi Khaidir sedang tubuhnya berada di Damansara dan setiap ahlinya diwajibkan bersumpah setia mengikut segala arahan guru dan merahsiakan kegiatan mereka daripada orang ramai.

Beliau juga mendakwa mempunyai bala tentera dan pesawat ghaib, mempunyai masjid jin Gunung Jerai di samping mengaku selalu bermesyuarat dengan golongan jin di gunung-gunung tertentu seperti Gunung Santubung di Sarawak.

Ghazali berkata, selain itu, Azhar juga dikatakan tidak pernah solat Jumaat dan membolehkan sembahyang jamak pada setiap waktu walaupun bukan dalam musafir.

Beliau berkata, orang ramai tidak seharusnya terpengaruh dengan dakwah Azhar kerana dia sebenarnya tidak mempunyai kelulusan agama dan hanya tamat tingkatan tiga dari Sekolah Menengah Padang Serai, Kedah.

Azhar pernah bekerja sebagai pemandu dengan Bank Simpanan Nasional di Kuala Lumpur sebelum beliau menyertai kumpulan Al Arqam dan kemudiannya menyertai kumpulan Al Mansur.

Katanya, JHEAPP sedang mengesan Azhar dan ahli-ahli kumpulan ajaran terbabit dan mereka yang mempunyai maklumat mengenai kegiatan kumpulan itu diminta menghubungi jabatannya menerusi talian 04-2637200. – BERNAMA

Paling menghairankan, walaupun Ajaran Azhar Wahab ini di ishtiharkan sesat, namun sehingga sekarang masih lagi terdapat aktiviti mencurigakan yang dijalankan..

Kepada sesiapa yang ingin kenal siapa pemilik Pusat Tahfiz Amal tu boleh tengok video kat bawah ni..




Kutip jualan amal macam ni? he he.. kelakar la sangat!!

Bawah video budak-budak dipergunakan..kesiann..



Tak cukup satu video? ada lagi kat bawah ni..



Kutipan amal untuk beli rumah mewah? Kereta mewah? atau tambah isteri baru banyak-banyak? Kesian laa budak-budak dipergunakan!!

Sumber asal Mc ambil dari SINI boleh rujuk klik SINI dan SINI untuk baca selanjutnya

Lihat FB SM AMIN di SINI

McTheory:
Jahanam SM AMIN ni.. memang jahanam gila..

4 ulasan:

Pa'Shaik berkata...

kat Melaka budak budak ni dari Kedah belambak kat depan bank ...family store ...petronas ....R&R sampaii tengah malam ....resit semua alatmat Kedah .

kan lebih baik budak ni belajar benda yg betui bila besak boleh jadi usahawan mcm ni :

http://m.youtube.com/watch?v=UEPDgSUCVbw&feature=related

recycle pesawat ...

Tanpa Nama berkata...

Yg ni bkn salah MB Mukriz (mcm Mazidul TV3 tu mintak MB tgk).. ini salah ostad2 Haramhadah PAS dlm MAIK- Majlis Agama Islam Kedah.

Kalau bab Madrasah depa bolehpulun sama2 dgn Bellaview utk roboh.. tp bab mcm ni depa tk minat. Depa syok duk dlm pejabat dlm bagunan aircond Wan Mat Saman.. main politik PAS utk pejatuh UMNO.. pi ceramah cucuk rakyat bg benci kerajaan..

tp kerja hakiki depa buat dak? Maksiat depan pejabat depa malam2 kt dataran masjid dan balai besar depa peduli dak?

Ini la perangai2 Ostad2 MUNAFIK PAS dlm jentera krjn.. depa hanya tau mentakdedarah duit.. cari salah krjn. tp depa lagi PELAQ..

lama dh kes ni berlaku tp depa puak MAIK buat PEKAK BODO.. tendang sana tendang sini..

Tanpa Nama berkata...

McThoeri aku mintak hang gali sikit parasit2 PAS dlm Pentadbiran KEDAH cukup2.. depa ni punya hasutan pd kakitangan MUDA.

Aku mintak hang dgn kawan2 bloggers Kedah lain serang depa ni.. tunjuk muka depa besag2 termasuklah ostad2 haramjadah dlm MAIK, Jabatan Mufti Kedah yg punca Islam xbrapa nk elok di Kedah.. puak haramjadah ni bkn nk HUDUD tp nk penuh temolok depa dgn duit.

Hng tgk la ostad2 PAS dlm MAIK.. rumah dpa besar mana? tu pulun ceramah mengajaq duit masyok oii.. klu free puak haram jadah ni tkdk nk tebiang pi mengajaq aihh!!

Tanpa Nama berkata...

buat entry berterusan bantu pentadbiran MB Mukhriz utk selak satu persatu parasit penjahanam PAS dlm pentadbiran Kedah.

Yang ni sgt penting. Org atas duk buat dasar.. puak2 celaka ni yg pelingkup.. mcm anai2 makan dr dalam.

AKu mintak sgt hangpa siasat.. di Pejabat2 DAerah.. di Wisma Darul Aman.. di Yayasan Kedah, KUIN.. depa ni mcm anjing lapaq.. hati2.. pemkiran Anwarinas+Nik Najis.. jd bapak besar Munafik!