Ahad, 16 Jun 2013

HOT INFO! Dato Najib dan Anwar Sekali Lagi ke Indonesia Kerana Perjanjian?



Sebelum ini, portal pro-pembangkang telah melaporkan dakwaan DS Najib Razak dan musuh politiknya DS Anwar Ibrahim berkemungkinan mengadakan pertemuan di Jakarta.

The Malaysian Insider difahamkan, pertemuan itu telah cuba diaturkan semenjak sekurang-kurangnya seminggu lalu, dikala Najib hampir pasti dicabar dalam pemilhan Umno tahun ini dan berkemungkinan akan berhadapan dengan usul undi tidak percaya selepas Parlimen mula bersidang pada 24 Jun.  


Walaubagaimana pun nampaknya, sumber portal pro-pembangkang ternyata tidak boleh dipakai apabila Anwar Ibrahim menafikan akan bertemu Perdana Menteri Malaysia di Indonesia.

"Tidak benar!" jawapan Anwar yang dipetik melalui Twitter beliau..

Siapa yang berbohong sekarang, The Malaysian Insider atau Anwar Ibrahim?
Jika tidak benar, apa gunanya portal pro-pembangkang itu menyiarkan laporan tersebut? 
Apakah ianya bertujuan untuk sengaja menimbulkan spekulasi kononnya 'Najib Razak berdepan dengan undi tidak percaya di parlimen'?

Atau, apakah ianya kena mengena dengan isu perjanjian Najib dan Anwar manakalanya moderatornya ialah bekas naib presiden Indonesia, Jusuf Kalla?

Ternyata persoalan yang di timbulkan oleh blog Dr MiM, ada kebenaranya. Sebab kalau nak di ikutkan, memang benar, Najib dan Anwar pernah ada perjanjian di Indonesia, mungkin mereka pergi ke sana untuk menyelesaikan perkara tersebut.

Sebab selepas BN menag PRU dan Anwar tidak mengikhtiraf keputusan tersebut, Najib menuduh Anwar sebagai mungkir janji dan melanggar perjanjian.

Apakah ada rahsia lain yang tersembunyi disebalik semua ini?


McTheory:
Sama-samalah kita saksikan, drama pasca PRU 13.

Tiada ulasan: