Ahad, 9 Jun 2013

PANASS!! Pas Kedah Nak Bagi Duit RM1000 Pada Seluruh Rakyat Kedah?!! #5Tahun3Billion


Kelantan dah lingkup, Kedah pun hampir nak lingkup di tangan Pas, selamatlah rakyat Kedah cepat sedar dan bangkit untuk menolak Pas. Kalau dibiarkan lama lagi, pasti Kedah pun jadi macam Kelantan juga.

Seperti yang semua sedia maklum, Kerajaan Pas membuat pinjaman bank berjumlah RM 330 juta untuk membina kompleks KUIN dimana tidak mempunyai fasiliti lengkap seperti hostel, masjid, kediaman kakitangan serta beberapa lagi keperluan untuk pelajar dan kakitangan, walhal jumlah kontrak bernilai RM 330juta itu meliputi semuanya..

Jumlah yang perlu dibayar setiap tahun  kepada bank berjumlah RM 42.6 juta  bermula dari tahun 2013 hingga 15 tahun seterusnya. Jumlah itu belum termasuk kos pengurusan dianggarkan sebanyak 20juta..

Selepas Pas mentadbir Kedah jumlah pinjaman jangka panjang anak syarikat kerajaan negeri Bina Darul Aman (BDB) sehingga 31 September 2012 mencecah RM 255 juta dengan liabiti RM434 juta.. Sedangkan di zaman kerajaan BN dahulu pinjaman itu hanya sekitar RM 40 juta dengan liabiti RM 185 juta..

Menurut laporan Audit Negara 2011 baki tunai kerajaan negeri hanya tinggal RM 193.22 juta.. Manakala baki hutang awam mencecah RM 2.6 bilion..

Selama Pas mentadbir 5 tahun di Kedah, hasil balak merupakan hasil utama kerajaan negeri dan kononnya dengan hasil itu Pas mampu mentadbir dan menjana ekonomi dengan baik.. Walhal projek projek pembalakkan sebenarnya untuk kayakan kroni kroni Pas.. Benarkah Pas mentadbir negeri dengan baik selama sepenggal ?? Jika wang hasil balak diwar-warkan banyak, kenapa Kerajaan Pas Kedah waktu itu terpaksa berhutang untuk membina kampus KUIN ?? Itu persoalannya..

Sekarang ini kerajaan BN terpaksa mencari jalan untuk melunaskan segala hutang hutang tinggalan kerajaan Pas Kedah.. Pertama kali dalam sejarah dimana dalam masa sepenggal hutang kerajaan sebanyak RM 3 bilion.. Tahniah kepada Pas kerana merosakkan ekonomi negeri Kedah dengan beban hutang yang begitu besar..

Bayangkan jumlah RM 3 bilion dimanfaatkan untuk rakyat Kedah seramai 1,910,174 orang (statistik), setiap seorang bakal memperolehi RM 1361 mengikut kiraan tunai .. Tetapi sekarang ini setiap seorang rakyat di Kedah perlu menanggung hutang sebanyak RM 1361, jumlah yang sama untuk lunaskan hutang tinggalan kerajaan Pas.. Adakah ini satu keadilan bagi rakyat Kedah??

Apa kata rakyat Kedah paksa Pas Kedah bayar RM3 billion tu kepada semua rakyat Kedah. Sebab selama Pas perintah Kedah, rakyat Kedah tak dapat pun. Dok tengok Pas dan kroni tebang balak sampai habis, kemudian duit bawa lari buh dalam poket masing-masing.

McTheory:
Pas Menang, Kroni Senang, Balak Hilang!!

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum semua,

Mulakan perniagaan dengan menjual apa saja atau membeli serta iklankan produk dan perniagaan anda

di laman web www.produkmuslim.info

Sokongan anda amat dihargai

Terima kasih

ahlee berkata...

bila hutan kayu balak di POTONG maka ganti galasnya KAKI DIPOTONG tu pon taksedoq lagi?

Tanpa Nama berkata...

duit bro.. tok lebai berjanggut pun kelabu bijik mata... sakau sepuas2 tok lebai oi dah kenyang lepak rumah goyang kaki..