Sabtu, 15 Jun 2013

PANASS!! Pendedahan Berani Dari 'Bos' UMB @TunFaisal!!


Sebelum ini segala pergerakan UMB dalam operasi khas adalah rahsia. Bila ada puak PR turun buat demo untuk menghuru-harakan negara. Kami dalam UMB yang akan turun berdepan dengan puak-puak ni. Melaporkan perkara sebenar, tentang apa yang sedang berlaku dikawasan demo, rusuhan dan perhimpunan puak PR ni.

Tugas yang dibuat bukan mudah, jika tersalah langkah, 'kantoi' silap-silap boleh hilang nyawa. Tetapi budak-budak UMB ni teruskan juga demi perjuangan, demi Agama, bangsa dan Tanah Air. Mc tak pertikaikan kerja kumpulan lain, sebab masing-masing ada tugas tersendiri. Tapi adakah orang tahu kerja tangan budak-budak UMB?

Takkan kami nak dedahkan apa saja operasi khas yang kami buat, takkan kami nak laporkan dalam blog kata benda 'black ops' tu UMB buat! Grey ops tu UMB punya kerja. Cukuplah dengan laporan yang dihantar ke pemimpin atasan. Tapi bila ada 'mangkuk' yang dok pertikaikan kerja UMB, rasanya sampai masa UMB buat pendedahan, bagi Mc apa yang Tun Faisal dedahkan ini hanyalah sebilangan kerja yang UMB pernah buat.

Nak tau cerita lebih lanjut rasanya elok pembaca rujuk blog Tun Faisal, nak baca boleh klik kat SINI

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

yg pasti saya dpt byk info sebelum dan selepas pru di semua blogger pro kerajaan BN.
Sampai sekarang saya mengikuti. Teruskan