Ahad, 2 Jun 2013
PANASS!! Rombongan Pemangku Sultan Kedah Di Serang!!
ALOR SETAR: Serangan ke atas seorang anggota rombongan Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah Tan Sri Tunku Annuar Sultan Badlishah di Phuket, Thailand Rabu lepas, bermotifkan rompakan dan bukan ancaman terhadap Tunku Annuar atau anggota rombongan lain.
Ketua Setiausaha Sulit Sultan Kedah Datuk Syed Unan Mashri Syed Abdullah berkata, perkara itu dimaklumkan polis Thailand hasil siasatan awal.
"Siasatan awal polis Thailand mendapati insiden ini ada kaitan dengan sindiket mencuri pasport kerana harga pasaran pasport haram adalah tinggi," katanya dalam kenyataan, di sini Sabtu.
"Tunku Annuar yang juga Tunku Bendahara Kedah turut mengesahkan sepanjang percutian ke Phuket mulai 27 hingga 30 Mei lepas tidak menghadapi apa-apa masalah dan berjalan dengan lancar," katanya lagi.
Menurut beliau, pada malam kejadian Pembantu Khas Tunku Annuar, Mohd Sobri Said yang pulang ke biliknya di sebuah hotel mendapati ada empat individu di dalam bilik itu yang kemudian bertindak menyerangnya.
Mereka kemudian merampas pasport Malaysia beliau, telefon bimbit dan dompetnya tetapi tidak mengambil barangan lain, kata Syed Unan.
Media pada Sabtu melaporkan polis Thailand menahan dua lelaki rakyat Malaysia berumur 40-an bagi membantu siasatan kes tersebut.
Turut ditahan isteri mereka serta seorang rakyat Thailand. - BERNAMA
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
Life Long Learning
Bermula d sini :
http://www.khadijahmosque.org/Sitemap.htm
Catat Ulasan