Ahad, 23 Jun 2013

PANASS!! Tak Bayar Air, Kerajaan Kedah Nak Tawan Semula Pulau Pinang?! #HanyaDiKedah


Memang patut pun Kerajaan Kedah terus desak Kerajaan Pulau Pinang agar membincangkan isu penjualan air mentah yang disedut bejuta juta gelen setiap hari oleh Kerajaan Pulau Pinang..

Sebelum ini Guan Eng mendakwa kerajaan Pulau Pinang tidak perlu membayar caj air kepada kerajaan Kedah kerana air Sungai Muda yang mengalir itu adalah hak milik mereka juga..

Namun harus diingat, Kerajaan Kedah terpaksa belanja berjuta juta setiap tahun untuk memastikan air yang mengalir dari hulu Sungai Muda hingga ke hilir itu bersih.. Sudahlah sebarang aktiviti di hulu tak dapat di jalankan semata mata untuk memastikan air mentah sentiasa bersih..

Kerajaan Pulau Pinang tanpa perlu berbelanja 1 sen pun untuk menjaga kualiti air memandangkan sumber air yang mengalir di Sungai Muda terletak di negeri Kedah.. Sepatutnya Guan Eng harus bertanggungjawab untuk membantu Kedah dengan membayar setiap liter air mentah yang disedut dari negeri ini.

Pulau Pinang satu negeri yang mendapat faedah cukup banyak untuk membangunkan sebuah negeri industri dengan menggunakan air dari Kedah yang disedut percuma.. Sepatutnya Pulau Pinang perlu membalas dan menghargai sumber berkenaan dan bukannya menuduh kerajaan Kedah mempolitikkan isu..

Ini bukan soal politik, atau nak mempolitikkan isu air tapi ini satu adalah satu tanggungjawab yang perlu diberikan oleh Pulau Pinang kepada Kedah. Kalau Kerajaan Kedah nak politikkan isu air ini dah lama boleh buat.. Lencongkan saja air yang mengalir tu masuk ke dalam sempadan Kedah..Habis cerita..

Sebelum ini Datuk Mukhriz Mahathir pernah berkata, Pulau Pinang pernah menulis surat kepada Kedah untuk meminta dilepaskan air dari empangan di Kedah ke Sungai Muda untuk meningkatkan bekalan air yang semakin berkurangan disebabkan kemarau pada suatu ketika dulu.

Ini menunjukkan surat itu adalah bukti pengakuan bahawa bekalan air itu sememangnya berpengkalan di Kedah.


Dari konteks sejarah pula, Kedah masih lagi mempunyai hak keatas Pulau Pinang dimana sehingga sekarang kerajaan Pusat masih membayar ufti kepada Sultan Kedah seperti yang termaktub dalam perjanjian Sultan Kedah dan British pada 1786.. Pulau Pinang adalah hak milik Kedah sebelum berlakunya perjanjian 1786..

Setelah negara kita merdeka pada 1957, Pulau Pinang yang dijajah sepatutnya dikembalikan kepada Kedah sepertimana Dinding dan Pangkor dikembalikan kepada Perak. Tetapi Pulau Pinang tidak dikembalikan kepada Kedah dan terus dijadikan sebuah negeri yang berasingan..

Dalam perjanjian yang dibuat antara Sultan Kedah waktu tu, Sultan Dhiauddin Mukarram Shah dan Leftenan Gabenor Pulau Pinang, Sir George Leith Baronet pada tahun 1800, Pulau Pinang dipajak untuk menampung keperluan ekonomi pada masa itu.

Pada ketika itu, Pulau Pinang dipajak dengan harga 6,000 manakala Seberang Prai dipajak dengan harga 4,000 dan pihak British membayar wang tersebut kepada Sultan Kedah dengan menggunakan mata wang Sepanyol.

Pulau Pinang dan Seberang Perai disifatkan masih hak milik Kedah kerana duit pajakan masih dibayar oleh Kerajaan Pusat dengan nilai RM10,000 setiap tahun kepada kerajaan negeri Kedah pada masa ini.

Pembayaran pajakan masih wujud sehingga kini dan ini bererti, keadaan tersebut masih wujud dan tidak salah untuk Kedah membuat tuntutan.

Sumber Medan Tempur

McTheory:
Kita mintak dua-dua sekali laa..

5 ulasan:

Unknown berkata...

cadang isytiharkan pulau pinang jadi wilayah persekutuan. jangan sampai jadi singapura ke2

Tanpa Nama berkata...

Cepat la sikit buat tuntutan keatas p.p.Ia adalah hak sultan kedah.Mohon tuanku campur tangan.Jangan bagi muka dekat Lahanat guan eng ni.Bukan tahu bersyukur dn berterima kasih pada org Melayu pun.

Tanpa Nama berkata...

korang rasa2 kalau bergabung BN boleh perintah pulau pinang + kedah apabila digabungkan, cuba kira berapa adun BN Kedah + penang dengan adun PR kedah + penang.

yang bolah caj Air dan bayaran 10k tu, tapi patut minta dinaikkan sebab spanyol guna euro, jadi 42K lah.

Tanpa Nama berkata...

Membagunlah terus negeri kedah,jangan tiru mcm iskandar malaysia,dah mcm masaalah di kuala lumpur jer.Dengan jemnya.Tak best.Lebih pada tema green dan teknologi hijau.Ada nilai2 pelancongan.Kalau utk kawasan perindustrian,tiru mcm kat sabah,dekat dgn pelabuhan dan masih boleh terapkan konsep green utk pekerja kilang ke tempat kerja.Tak payah bas2 kilang.Laluan utk lori kargopun berasingan.Tapi,kalau dah ramai org lelaki dan perempuan bujang bekerja di kilang berkelompok,takut jadi mcm kat danok thailand ler.Kena wujudkan laluan berasingan dan safety utk penginapan ke tempat kerja,mungkin kena wujud zon pekerja kilang utk orang perempuan.Matlamatnya, menjadi trendmark zon tempat kerja yg mampan,kos hidup yg murah dan selamat serta menyakinkan ibubapa pekerja.Kesannya,kedah menjadi hab sedut tenaga kerja tempatan di wilayah utara dan semenanjung malaysia.Lepas tu,barulah pesongkan sungai muda,atas alasan keperluan air mendadak yg tinggi(mengikut kajian majlis ekonomi negeri) dan di jangka menghasilkan nilai pendapatan yg besar melebihi RM 30 juta dgn adanya aktiviti2 ekonomi dlm negeri dari peringkat perancangan,pembinaan sehinggalah siap projek.Kalau projek lagi grand,lagi kuat demam LGE.Fakta di atas,cuma tipu shj,tetapi perlu ada perancangan dan tindakan awal utk di war2kan secara gempak dgn model perancangan yg teliti utk mengerunkan P.Pinang sehingga ada ura2 utk mewujudkan kesepakatan,di antara BN dan PR ttg hak air mentah kerajaan negeri,hak manusia berkaitan air bersih dan perlaksanaan serta kerjasama yg baik bagi program air bersih utk rakyat malaysia atas nilai2 kemanusiaan utk memenuhi kehendak jangka masa panjang dan meningkatkan aktiviti ekonomi kerajaan negeri.

Tanpa Nama berkata...

UMNO buat apa sebelum ni?????,
tanah melayu banyak tergadai masa BN perintah Penang,

nak salah dap jgk????????

sbb ada org bodoh mcm hangpa umno bn masih wujud,

hak melayu konon,
tanah melayu dia tibai sampai tingal berapa ja pastu laung hak melayu TUIIH!!!!!!!!!!!

Raja2 pulak,lepa ni bkn pewaris sah pon

org bengong ja terus taat dan sembah lepa,

duit rakyat perah habeh pastu kena sembah lepa lgi,

lindung agama islam konon,
adat sembah tu mcm dlm islam ka???

melayu bodoh mcm angpa ja tak nampak,

terusla jdi macai umno dan sultan2
hidup melayu !!!!!!!!!!!!