Khamis, 18 Julai 2013

HOT! Amoi Cute ni dalami Islam dan Berpuasa?


J SZE adalah gadis cina, berumur 21 tahun. Bukan Islam. Beliau menceritakan pengalaman berpuasa ramadhan dan menerangkan hikmah-hikmahnya. Beliau juga bersolat terawih bersama umat Islam. Beliau adalah salah seorang dalam team Najasyi / Abu Talib yang terdiri dari mereka yang bukan Islam tetapi berusaha menghayati Islam secara positif.

Beliau sedang belajar berhujah pro-Islam dengan Xifu Naser (pensyarah pemikiran kritis cfs, iium). J Sze telah muncul di pentas KONVENSYEN FIQH UMMAH di Johor bersama barisan para ustaz terkenal seperti dr.zaharudin, dr maszlee, ustaz zahzan, ustaz zamri mantop, imam muda asyraf dan lain-lain.

Di sana beliau menakjubkan ramai orang bila beliau berhujah mengapa Islam itu agama yang rasional. Kini beliau sedang belajar bahasa Arab dengan Xifu Naser dan giat menghafal hadis, ayat al-qur'an.

Kalau tak percaya boleh tengok video kat bawah ni,



Inilah cina sahabat kita yang memahami Islam, walaupun tidak memeluk Islam, tapi J SZE amat menghormati Islam. Mc tak rasa, J SZE ni mendalami Islam disebabkan tarbiah dari Pas. J SZE mengkaji dan dalami Islam disebabkan persekitaran yang wujud dalam negara sekarang dan minatnya untuk mengkaji.

Amoi ni patut kita hormat, dan ambil jadi IKON berbanding 'namewee dan alvivi prono tu'. Agak-agak Dap suka tak dengan tindakan amoi sorang ni?

Orang baik macam amoi ni, Kerajaan taknak sumbang apa-apa ka? heh..

McTheory:
Kena jadi jahat, baru orang nampak.. kadang-kadang rugi jadi baik.. kan?

5 ulasan:

Muslim berkata...

Amatlah ruginya bila dah tahu kebenaran tp tak mengikutinya. Segeralah memeluk Islam, takut tak sempat, kerana kematian boleh dtg bila bila, tak kira usia. Hidayah dah sampai, dah di depan mata, diterima atau tidak sahaja. Tuhan dah berpesan, disampaikan oleh para nabi a.s. jgn sesekali mati kecuali dlm Islam.

Tanpa Nama berkata...

Belum dapat hidayah. Jgn dipaksa....insya allah. Elok juga ada cina muslim, boleh la diajar dakwah ke cina non muslim lain. Nak harap kan melayu 24-7 berpolitik la. Nak tunjuk sapa lebih islam n sapa lebih arab

Tanpa Nama berkata...

encik muslim. la iqra' hafiddeen. hidayah tu milik Allah, sedang rasulullah s.a.w. sendri puas memujuk pakcik dia yg tercinta tak juga memeluk islam smpi nafas trakhir.
inshaaAllah kita doa la hidayah diberi dihati nya. xde makna hidayah da smpi tapi x trima. silap tu. sebenarnya lebih kepada yang benar dah smpai tapi hidayah tak terbentuk dihati lagi.

Tanpa Nama berkata...

Jangan cepat sangat puji Amoi ni .... Ingat pesan Allah dlm al quran . Kita x tau apa niatnya dan ilmu yg ada pdnya akan digunakan utk apa ? Walaubagaimana pun semoga Allah beri hidayah pdnya.

Tanpa Nama berkata...

Kalau betul dia nak masuk Islam alhamdulillah, kalau tidak macam mana, mungkin dia ada muslihat dia,banyak dah peristiwa berlaku angkara Yahudi hendak jatuhkan islam.