Rabu, 17 Julai 2013

HOT INFO! Cerita Menarik Disebalik Mukhriz Lawat Azizan di Hospital! #HanyaDiKedah


Dua hari lepas Menteri Besar Kedah, Datuk Paduka Mukhriz Mahathir melawat Bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Razak di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pulau Pinang. Rasanya dah 2 kali Datuk Mukhriz Mahathir melawat Tan Sri Azizan selama 67 hari Tan Sri Azizan menerima rawatan selepas melakukan pembedahan memotong kedua-dua kakinya akibat kencing manis.

Terharu dengan keperihatinan Menteri Besar Muda Kedah ni terhadap Tan Sri Azizan. Rajin beliau datang jenguk dan melihat keadaan kesihatan Tan Sri Azizan. Masa mula-mula masuk wad di Kedah Medical Centre (KMC) dulu , Datuk Mukhriz lah antara terawal datang melihat keadaan Tan Sri Azizan sebelum Tan Sri dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang.

Tak semua orang boleh datang selalu melawat Tan Sri Azizan tapi pantang terluang sikit masa semestinya Datuk Mukhriz datang melawat tambah-tambah dibulan puasa ni bagi memberi semangat kepada Tan Sri Azizan walaupun berbeza fahaman politik tapi semangat persaudaraan sesama Islam tetap kuat. Sepatutnya itulah contoh yang harus semua orang lihat dan ikut, politik tidak boleh memutuskan hubungan silatulrahim sesama kita.

Bila disoal Isteri Azizan mengenai keadaan beliau, Puan Sri Faekah Sheikh Hamzah berkata, keadaan Tan Sri Azizan bertambah baik dan sering dilihat tersenyum setiap kali ahli keluarga dan sahabatnya datang melawat.

"Tan Sri sekarang dalam tempoh pemulihan namun ia mengambil masa untuk beliau kembali pulih sepenuhnya.

"Beliau sudah mampu berkomunikasi namun tidak boleh bercakap dengan lancar sebaliknya akan menggunakan pen dan kertas jika mahu berinteraksi dengan ahli keluarga,"

Bersyukur dengan keadaan kesihatan yang semakin baik, Azizan dikatakan berhasrat untuk membuat kenduri dan menyumbangkan seekor lembu kepada HPP.

"Sebelum ini setiap kali Ramadan beliau akan membuat perkara yang sama (menyumbangkan seekor lembu) kepada mana-mana hospital di Kedah namun kali ini beliau memilih memberinya kepada HPP," katanya.

Faekah berkata, Azizan tidak dibenarkan menjalani ibadah puasa tahun ini berikutan keadaan kesihatannya yang memberlukan pemberian ubatan-ubatan secara berterusan.

Beliau berkata, suaminya kini masih lagi makan dan minum menggunakan tiub dan tidak mampu berpuasa sehingga hari ini.

Mc berdoa agar kesihatan Tan Sri bertambah baik dan pulih bagi meneruskan perjalanan kehidupan. Semoga beliau tabah menghadapi dugaan.

McTheory:
Rajin MB kita pi lawat Tok Jan..

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Mb Mukriz lawat Tok Jijan dh 3 kali.. 1 kali di KMC dan 2x di GH republik Penang.. Pencacai PAS anggap Tok Jijan bkn dr mereka lg...

Tanpa Nama berkata...

pencacai umno dan lembu BN suka buat spekulasi bodoh macam orang atas ni..mana ntah sumber dapat kata macam tu.

Tanpa Nama berkata...

al hamdulillah MB contoh tauladan kesayangan rakyat kedah seluruhnya

Tanpa Nama berkata...

kenapa pencacai PAS 9.45pg nk mengamuuk? Bodoh weii.. hang lupa ka apa Sanusi habaq mcm mana puak2 haramjadah PAS buat pd Tok Jijan semasa PRu13?? Tok Jijan bkn susah hati pasal UMNO nk lawan PAS.. tp susah hati dgn pencacai PAS yg dh pakat jadi setan & penjilat Anwar + DAP!

Tanpa Nama berkata...

lu tu yg barua.., tu la asyil dok baca haramkah , lu dgn mahfud kaki siam tu pun sama je.. dah byk sgt minum air kencing cina.