Ahad, 28 Julai 2013

PANASS!! BN Menang PRK #KualaBesut Sebab Rasuah?

atas ni apa, rasuah ka sedekah?

Mc tergelak bila baca komen Pas setelah kalah di Kuala Besut. Sudah tentu Pas tak akan mengaku kalah dan mengaku kekalahan mereka tu disebabkan kelemahan sendiri. Pas akan mencari alasan untuk mereka menuding jari kekalahan mereka.

Mulut 'rasmi' Pas Haramkah menuduh BN gunakan 'rasuah' untuk menarik undi penduduk Kuala Besut. Kemudian Pas juga memberi alasan bawa Che Long terpaksa berhadapan dengan kerajaan Malaysia ketika PRK baru-baru ini atas sebab demikian Pas kalah.

Alasan berhadapan dengan kerajaan Malaysia tu paling kelakar. Sudah tentu menteri-menteri akan turun berkempen sebab yang jadi menteri tu semuanya orang UMNO/BN!

Bila Najib turun berkempen, Najib sebagai Presiden UMNO, juga Perdana Menteri Malaysia. Begitu juga dengan Muhyidin Yasin, Timbalan Presiden UMNO, juga sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Bila Presiden dan Timbalan Presiden turun, sudah tentu Naib-Naib presiden, Ketua Pemuda, MT dan lain-lain turut turun membantu. Sama juga dengan Pas, hampir seluruh struktur parti Pas turun membantu Che Long, soo apa salah UMNO mengunakan jenteranya membantu Abe Ku.

Rasuah? membuat projek membantu rakyat Terengganu bukan rasuah. Projek tu memang dalam perancangan, namun bila ada PRK, kerajaan Malaysia 'highlight' projek terbabit besar-besar untuk buka mata penduduk Kuala Besut. Biasa la, rakyat Malaysia ni alpa dan mudah lupa, kena 'bising-bising' sikit baru depa buka mata dan nampak apa kerajaan buat.

Pemberian rumah tu juga Mc sokong, sebab rumah penduduk di Kuala Besut agak 'daif' dan banyak yang perlu BN Kuala Besut lakukan. Bukan hanya penuhkan poket sendiri.

Walaupun Mc turun kesana untuk membantu jentera BN, namun Mc agak terkejut dengan keadaan 'KUBU' kuat BN di Terengganu tu.

Sepatutnya KUBU kuat BN mempunyai rumah yang cantik-cantik, moden serta infrastruktur yang lengkap. Ini tak, ada rumah penyokong kuat BN yang hampir roboh, senget, ini kisah benar! Kalau nak marah Mc, marah la tapi Mc boleh keluarkan gambar rumah-rumah di Kuala Besut yang hampir roboh tu!

Jadi jika keadaan ini berterusan, Mc tak terkejut jika PRU ke 14 nanti Kuala Besut jatuh ke tangan Pas! Ini teguran ikhlas dari Mc.

Cuma Mc agak kagum dengan semangat orang Kuala Besut yang tetap menyokong BN walaupun mereka seolah tidak dijaga dengan baik oleh 'wakil' mereka tu.

Mc harap 'wakil' baru dari BN iaitu Abe Ku mampu membuat perubahan besar dan membantu penduduk Kuala Besut yang kesusahan.

Jangan bila dekat PRU baru nak pulun buat kerja. Masa tu, rasanya dah lambat kot.

McTheory:
Tolong jaga 'KUBU' kuat, sebab itulah penyumbang utama BN jadi kerajaan!

2 ulasan:

Anak Kijal Kemaman. berkata...

Mc.
Betul kupasan kamu tu.Kenapa dalam kawasan kubu UMNo dimana rumah penyokong dan pendokong UMNO teruk sekali.
Inilah zalim namanya.Manakala rumah pemimpin UMNO diKL,KTrengganu hebat dan mewah.
Pemimpin UMNO kaya raya.Penyokong tegar mereka hidup dalam rumah usang.
Harap tuan jangan selindung lagi.Tunjukkanlah pada umum keadaan rumah penyokong UMNO dan tunjukkan pula banglo rumah pemimpin UMNO.
Sampai bila pemimpin UMNO hidup dalam doublr standard.
Pro Pas pun hidup selesa.

Idris Jusoh dan Ahmad Said jangan pandang ringan isu ini.
Mc tolong bela nasib penyokong UMNO ini habis-habisan.

TQ.

Tanpa Nama berkata...

Betul dalam UMNO sendiri pun geng mereka yang dapat, ahli biasa sorilah.