Rabu, 31 Julai 2013

PANASS!! Mahfuz Omar buat lawak Bodoh Tahap Terencat!


Dalam kecoh-kecoh tentang syiah, wartawan Utusan Malaysia menghubungi Pesuruhjaya Pas Kedah yang baru, si Mahfuz Omar atau lebih dikenali sebagai Mr Bean.

Bila di tanya tentang syiah dalam maklum balas melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), Ahli Parlimen Pokok Sena itu secara sinis turut melontarkan soalan berhubung apa itu Syiah.

"Syiah itu benda apa? Kuih berbuka puasa? Saya pun tak tahu apa Syiah. Ingat kuih buka puasa. Kawasan saya buat bubur lambuk sahaja,'' katanya ringkas.

Baru-baru ini kerajaan mengisytiharkan Pertubuhan Syiah Malaysia sebagai pertubuhan yang menyalahi undang-undang.

Tindakan tegas itu adalah rentetan daripada gerakan aktif pertubuhan berkenaan sehingga memudaratkan ketenteraman awam serta mencetuskan keresahan dalam kalangan umat Islam di negara ini yang majoritinya berfahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Perisytiharan tersebut dibuat oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berpandukan kepada peruntukan Seksyen 5, Akta Pertubuhan 1966.

Ahmad Zahid turut mengesahkan terdapat beberapa pemimpin dari sebuah parti pembangkang secara aktif terlibat menghebahkan fahaman Syiah di beberapa negeri.

Sabtu lalu, Utusan Malaysia melaporkan dua pemimpin sebuah parti politik dikenal pasti sebagai orang yang bertanggungjawab menyebar dan memberi sokongan politik kepada gerakan fahaman tersebut.

Kemudian Pas juga telah memberi amaran kepada semua ahlinya, jika menganut fahaman syiah maka mereka akan digugur dari parti.

Walaupun jelas dalam Pas disyaki beberapa pemimpin utamanya menganut syiah namun Pas tetap menafikan bahawa parti itu terlibat!

Takpalah, sama-sama kita tengok permainan pemimpin syiah dalam Pas. Lama mana lagi dorang nak sembunyikan diri.

McTheory:
Orang Pas pun tahu si Mat Sabu tu 'Bapak Syiah' tapi macam mana Pas boleh nafikan lagi?

4 ulasan:

Megat Alam Gempita berkata...

Saja buat tak tau sebab sikap dan amalan taqiyah (berpura-pura) adalah sifat semulajadi yang wajib dalam agama Syiah.

PAS dan Syiah tidak boleh dipisahkan!

Tanpa Nama berkata...

sebab tu PAS selalu cakap orang tak masuk pas kafir sebab pas adalah syiah...ajaran syiah mengatakan ahli sunnah itu adalah sesat Dan halal Di bunuh...
nauzubillah...

Tanpa Nama berkata...

Kalau dahulu al arqam bolih di hapuskan pergerakan nya maka syiah juga wajib di hapuskan penyebaran fahaman nya.

Tanpa Nama berkata...

elok sangatlah jawapan mahfuz tu,ianya melambangkan taraf pendidikan yang dimilikinya......kalau tak silap setakat Sijil Rendah Pelajaran saja saja (srp)