Ahad, 21 Julai 2013

PANASS!! Misi Penting UMNO Kedah Di PRK #KualaBesut


Mc diberitahu, jentera UMNO Kedah diletakan di Bukit Puteri, Kampung Tok Has. Menjaga PDM Bukit Puteri yang dulu BN kalah pada PRU 13. Sememangnya untuk memenangi semula peti undi hanya pada dua bulan lepas, agak sukar. Namun itulah cabaran yang terpaksa dilakukan oleh jentera UMNO Kedah dalam PRK kali ini.

Mc sendiri berkesempatan turun ke kawasan berkenaan, sememangnya kawasan tersebut 'hijau' dan agak pekat, sukar untuk jentera UMNO tembusi. Mungkin disebabkan itu jentera UMNO Kedah ditugaskan kekawasan berkenaan.

UMNO Kedah turun dengan jentera pilihanraya kecil paling kuat yang diketuai oleh Datuk Rozai Speaker Dun negeri Kedah yang juga Ketua Bahagian UMNO Pendang. Turut bersama Rozai ialah Ketua Pemuda UMNO Pokok Sena Harris Che Mat, yang sekarang ini menjawat jawatan sebagai Pegawai Khas Menteri Besar Kedah.

Mc kagum melihat pergerakan jentera UMNO Kedah yang turun dari rumah ke rumah untuk membawa semangat gelombang biru kepada penduduk sekitar Bukit Puteri.

Berbekalkan semangat merampas semula Kedah dari tangan Pas, seorang demi seorang pemimpin UMNO Kedah turun berkempen bersama jentera Kedah di Bukit Puteri. Kempen semakin rancak apabila suntikan
semangat dari Menteri Besar Kedah Datuk Paduka Mukhriz Mahathir yang turut turun padang meninjau beberapa tempat untuk bersama penduduk.

Selepas itu kemudiannya, Pengerusi Perhubungan UMNO negeri Kedah, Datuk Paduka Ahmad Bashah bersama Datuk Seri Mahadir Khalid juga turun padang melawat kawasan sekitar bagi membela nasib rakyat di sekitar Bukit Puteri.

Dari permulaan waktu berkempen hinggalah sekarang, jentera UMNO Kedah terus menerus bertemu, mengadakan ceramah, penerangan dan melakukan aktiviti bersama rakyat.

Malah ketika Mc menemubual Harris Che Mat, beliau yakin bahawa untuk PRK kali ini, BN akan menang di PDM Bukit Puteri sekaligus kawasan yang selama ini hitam kepada BN Terengganu akan berjaya di putihkan.

Mengenai tentangan Pas di sana, Mc tak rasa Pas akan turun berkempen 'all out' kerana Pas merasakan Bukit Puteri adalah kubu kuat Pas dan mereka yakin akan kekalkan PDM tersebut menjadi fix deposit kepada Pas.

Keyakinan Pas itu menjadi senjata utama UMNO Kedah untuk terus bersama rakyat, kerana sewaktu Pas sibuk berkempen gila di PDM lain, mereka akan mengabaikan terus Bukit Puteri dan membiarkan penduduk disana rasa seolah-olah Pas tidak pedulikan mereka lagi.

Mc harap kempen ini akan terus berjalan hingga habis waktu kempen, kerana pada PRU yang lepas, BN kalah sebanyak 90 undi di Bukit Puteri, dan jumlah itu bukan sesuatu yang kecil bagi sebuah peti undi.

Namun berbekal jentera terkuat UMNO Kedah di sana, Insyallah PDM Bukit Puteri akan berjaya dimenangi oleh BN pada kali ini. Sama-sama kita doakan.


McTheory:
Dari masa kesemasa, akan update perkembangan disana..

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

yang pi semua kuda tua,bungkuih la

Tanpa Nama berkata...

Syabas sekali lagi pd MB Dato Mukriz krn membawa Jentera UMNO Kedah dr kalangan mereka yg terbaik. Mb Kedah berada di landasan tepat dgn imej beliau yg wasatiyyah dn dihormati di Kedah (kecuali pencacai PAS laknat). Jentera UMNO Kedah di PRK besut sama2 berkerja dgn UMNO Terengganu dn Kelantan dgn begitu baik sekali. MB Kedah diberikan ruang utk memberi tazkirah nasihat di masjid kpd pengundi.. TAHNIAH Dato Mukriz.. u are the best!!

Tanpa Nama berkata...

12.26ptg, hang tu la pi bungkuih.. lembu tua.. ckp pandai.. tp bodo punya ayat.