Jumaat, 26 Julai 2013

PANASS!! Peniaga Pekan Rabu Bakal Gulung Tikar, Datuk Bandar Alor Setar Tolong Prihatin Sikit!! #KedahAmanMakmur



 

Mc tertarik untuk mengulas isu yang dibawa oleh blog JKKKKP. Isu yang beliau bawa ialah isu mengenai nasib peniaga Pekan Rabu. Apakah MBAS tidak mengkaji dulu kesan yang akan diterima oleh peniaga Pekan Rabu jika mereka memenuhi parking dengan peniaga?

Tindakan Majlis Bandaraya Alor Setar mengeluarkan lesen kepada peniaga-peniaga Melayu bagi sama-sama menjual barangan keperluan umat Islam sempena Aidilfitri adalah sesuatu yang dipuji tetapi tindakan membina gerai-gerai sementara sehingga ke tempat meletak kenderaan telah menimbulkan masalah untuk pelanggan meletakkan kenderaan mereka.



Pelanggan yang meletakkan kenderaan atau berhenti berhampiran dengan Pekan Rabu pula akan dikenakan tindakan saman. Hal ini telah menyebabkan bilangan pengunjung Pekan Rabu semakin berkurang.



Bilangan gerai-gerai sementara yang terlalu banyak disekeliling Pekan Rabu juga secara tidak langsung telah mengurangkan pelanggan yang masuk ke kompleks Pekan Rabu. Ada peniaga yang langsung tidak menerima pelanggan sehari suntuk. Peniaga Kompleks Pekan Rabu kini berada dalam keadaan yang amat tertekan sementara Aidilfitri pula semakin hampir.


Justeru, peniaga-peniaga Kompleks Pekan Rabu amatlah berharap pihak MBAS dapat berbuat sesuatu bagi menangani permasalahan meletakkan kenderaan dan jumlah gerai-gerai sementara di sekeliling kompleks Pekan Rabu dengan segera. Janganlah kerana ingin mengambil kesempatan untuk meningkatkan pendapatan MBAS, peniaga Kompleks Pekan Rabu pula menderita dalam sambutan Aidilfitri ini.

Biarlah sempena Aidilfitri ini, semua peniaga Kompleks Pekan Rabu, peniaga-peniaga bazar di sekeliling Kompleks Pekan Rabu dan MBAS sendiri saling berkongsi limpahan nikmat Ramadhan dan Aidilfitri.


McTheory:
MBAS punya tindakan makin lama, makin pelik..

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Org pekan rabu jugak yg meniaga kat situ

FATIN NURAQEELA berkata...

org2 kdah la nie,pi bli bju kt sg petani. Sye bkerja tlg menjual tdung d aman jaya,kebykn nye sye dapat feedback bhawa org kdah lbh selesa membeli psiapan hr raya d sg petani,memandangkn mempunyai pelbagai kemudahn trutama parking. bbanding d pekan rbu.. hope pihak ttentu cuba usaha utk naek taraf pekan rbu..

Tanpa Nama berkata...

Bukan tu sahaja..depa nie tak ada hati perut.tambah penguat kuasa..tak ada belas kasihan.zalim...tapi bukan semua .ada jugak menjalan tugas bertimbang rasa....pakai angkut ja.