Selasa, 23 Julai 2013

PANASS!! Siapa dia ni untuk pertikaikan Azeez Rahim? @Tunfaisal



Manusia ni bila tak sedar diri dia akan rasa diri dia lebih bagus dari orang lain. Sedangkan kalau dia berdiri di depan cermin, dia akan ternampak dirinya yang maha teruk dan tak berguna.

Sebelum kita tegur orang, sepatutnya muhasabah diri kita dulu. Tengok apa jasa kita pada parti, pada rakyat, pada negara. Kalau setakat mengkayakan diri dan tak pernah sumbang apa-apa, baik dok diam saja la.

Itulah yang berlaku pada manusia yang bernama Syed Mehdar. Ketua Pemuda Cheras yang sakan sungguh dok pertikaikan perlantikan Datuk Azeez Rahim sebagai Pengerusi Tabung Haji.

Syed Mehdar pertikaikan kelayakan Azeez Rahim sehingga beliau di pilih menjadi Pengerusi Tabung Haji. Kenapa nak pertikaikan? Sudah tentu Azeez mempunyai kelayakan yang cukup dan jasa yang besar untuk beliau dipilih!

Kita tak payah bandingkan perkara lain la. Kita fokus pada sumbang Azeez Rahim pada PRU 13 yang lepas. Azeez berjaya menawan parlimen Baling dengan majoriti yang agak besar. Sedangkan semua orang tahu, parlimen Baling tu kawasan hitam bagi UMNO/BN untuk menang.

Dibawah pimpinan Azeez Rahim juga, UMNO Baling berjaya merampas Dun Kupang dan mengekalkan DUN Bayu. Kalau macam tu pun kata Azeez tak bagus, apa yang Syed Mehdar buat untuk membantu BN tambah kerusi Dun dan Parlimen?

Ohh lupa pulak nak tanya si Syed Mehdar, Parlimen Cheras siapa menang? Apa sumbangan ketua Pemuda Cheras pada parti? Syed Mehdar dulu naik cepat sebab siapa? Hasil usaha sendiri atau Syed Ali?

Orang tahu siapa Syed Mehdar, golongan kaya yang hanya mengkayakan diri dan bukan berjuang untuk parti. Kalau dilihat perjuangan dalam politik, Mc rasa tak mungkin beliau akan naik cepat kalau takdak 'cable' yang menolong untuk beliau cepat naik.

Selama ni orang tak kisah pun siapa Syed Mehdar, tapi bila Syed Mehdar tu mula pertikaikan orang lain. Nescaya orang juga akan pertikaikan siapa Syed Mehdar dan apa jasanya pada parti. Kalau ikut Mc, rasanya ramai lagi orang yang layak jawat jawatan Ketua Pemuda Cheras tu.

Cuba diberi kepada orang lain, mungkin selepas ini kita akan nampak Pemuda Cheras akan kembali aktif dan kemungkinan besar, BN akan ada peluang cerah untuk menawan semula parlimen Cheras dari tangan PR.

Kepada Syed Mehdar, orang tak pertikaikan jawatan ko tu pun dah kira bagus. Jaga punggung diri dulu, sebelum jaga punggung orang lain. Sebab kadang-kadang kita tak sedar, punggung kita tu lebih kotor dari orang.

McTheory:
Basuh cuci-cuci dulu, sebelum gelakan orang lain..

Tiada ulasan: