Jumaat, 19 Julai 2013

PANASS!! Student KUIN Mengamuk Kerana Kerajaan Kedah Kejam? #HanyaDiKedah



Mc ada baca surat yang kononnya ditulis oleh student KUIN kepada Nurul Izzah. Untuk apa surat tu ditujukan kepada Nurul Izzah pun Mc taktau, sebab Nurul Izzah sendiri bukan kisah dengan nasib student KUIN ni. Dulu semasa KUIN bermasalah dibawah Pas Kedah, Nurul Izzah tak pernah datang bantu pun. Rasanya dia sendiri pun taktau kot, apa itu KUIN!

Surat layang tanpa nama dan mengaku student KUIN tu amat meragukan. Sebenarnya sesiapa pun boleh buat surat macam tu. Sebab kalau benar itu tulisan dari student KUIN, sudah tentu ia dibuat oleh student KUIN yang paling haprak dan paling degil, sebab taknak dengar cakap orang. Jauh beza, kampus KUIN Kuala Ketil dengan kampus Alor Setar. Hanya orang gila atau kurang waras saja yang suka kampus KUIN di Kuala Ketil tu.

Sebab apa Mc kata macam tu? Sebab kampus KUIN Kuala Ketil tidak lengkap dan bermasalah. Bayangkan asrama pelajar sejauh 20 KM dari kampus untuk belajar. Asrama pula terletak jauh dipendalaman dan tidak mempunyai infrastruktur yang lengkap. Nak makan pun susah! Sudah la tak ada masjid khas untuk pelajar, terpaksa keluar jauh untuk berjalan untuk pergi bersolat.

Pada student yang rajin bersolat di masjid sudah tentu ia mendatangkan masalah. Lain la kalau student yang tulis surat tu jenis tak solat, soo mana dia nak kisah masjid ada ka takdak!

Sedang ramai student KUIN gembira kerana mereka akan dipindahkan ke semula ke Alor Setar, hanya ada dua-tiga kerat, penganut karat 'hijau' yang cari pasal memberontak taknak pindah ke Alor Setar, student yang lainnya takdak masalah. Semuanya bersyukur!! Legaa..

Student 'karat' hijau tu, biasa la, menentang apa saja perubahan yang cuba dilakukan oleh Kerajaan Kedah sekarang ni. Kalau sekarang Mukhriz bagi rm1000 seorang pada pelajar KUIN pun depa akan bantah kata benda tu salah. Sebab bagi depa, apa saja Kerajaan negeri buat, semua salah, semua tak betul. Biasa la, jenis karat gila!

Sebab tu orang kata, mencari salah tu senang, nak membetulkan salah tu payah. Soo.. Kerajaan negeri Kedah yang dipimpin oleh Datuk Mukhriz cuba dengan segala upaya mencari jalan terbaik untuk KUIN dan menyelamatkan KUIN dari terus dibelengu masalah.

Mc diberitahu, semasa Datuk Mukhriz memegang jawatan MB Kedah, beliau tak boleh lelapkan mata kerana memikir jalan penyelesaian terbaik untuk kembali menjana KUIN. Sudah la KUIN berhutang beratus juta dengan bank, kampus KUIN di Kuala Ketil bermasalah, pelajar ditendang seperti bola kesana ke sini, gaji staff selalu sangkut, Insaniah Holding tak dapat berfungsi dengan baik dan habiskan peruntukan. Kiranya Kerajaan negeri dulu melingkupkan KUIN ni ditahap yang 'paling teruk'!

Kini Kerajaan BN Kedah cuba mencari jalan terbaik untuk selesaikan semua masalah. Kotor yang dibuat selama 5 tahun, bukan boleh dicuci dalam masa 3 bulan. Ia akan mengambil masa, taktau la kalau Datuk Mukhriz ada bela 'jin aladin' yang hanya perlu digosok 'pling' semua masalah selesai!

Atas sebab demikian, tolonglah bagi masa pada Datuk Mukhriz untuk susun jalan penyelesaian satu per satu. Pada rakyat Kedah dan rakyat Malaysia yang prihatin pada nasib student dan staff KUIN, insyallah Kerajaan negeri Kedah kini cuba melakukan yang terbaik.

Jangan risau, pilihan anda kali ni tepat!


P/s: Dengar kata 24hb ni ada berita 'baik' untuk student dan staff KUIN. Apa agaknya?


McTheory:
Lepas selesai masalah, kita angkat terus KUIN jadi Universiti Insaniah, boleh? he he..

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Aku sgt setuju hanya org GILA dan BODO saja yg mau duduk kampus CACAT kuala ketil tu. Sudahlah kawasan tu BLACK area.. (kawasan PARIA estet).. rumah sewa sgt mahal dn terhad, xdk kesinambungan tuk develop kawasan itu..sbb tk strategik, kawasan pertanian, dn tkdk dlm draf perancangan pembangunan Kedah..

itu kerja GILA puak PAS Tok Jejan yg tergesa2 nk bina kampus tu sbb depa rasa nk kalah dh.. kosmetik luaran nmpk mcm elok.. tp kampus tu CACAT.. Hostel xdak, masjid xdak, dewan peperiksaan, tutorial room, bangunan sokongan seperti library, pusat kesihatan, sukan, kafeteria, pusat pelajar semuanya xdk.. yg ada hanya dewan besar dn bangunan canselori..

So berapa ratus juta lg nk kena PAM masuk utk siapkan kampus cacat ni.. lepas tu kos sedia ada 330 juta tu lagi.. mmg PAS parti GILA.. buat projek ikut kepala otak mak bapak depa saja...

Plg terbaik ialah jual kampus kuala ketil yg serba cacat ni pd pihak yg mampu spt IPTS, UiTM. Lgpun Azeez Rahim dh janjikan Baling dgn UiTM.. ELOK SGT lah amik alih kampus cacat tu.. guna duit Krjn Pusat..

Tanpa Nama berkata...

Krjn Kedah kena tegas dan jgn takut dgn pencacai PAS yg maku merosakkan KUIN. Mereka ada agenda DUIT, projek sbb tu berkeras nk kampus Kuala Ketil.

Apa ke bodoh hantar surat layang pd NuruJijahngok tu?? kenapa skrg nk hantar? semasa kemelut Jamil dlu kenapa tak dk surat layang pulak? nmpak sgt penipu PAS menyamar utk melaga2kan Krjn.

Kembalikan KUIN pd landasan yg betul.. tumpukan pengajian teras, di kampus Mergong dan Kg Baru yg sudah cukup besar kapasiti. Lgpun cdgn asal ialah di Suka Menanti.. jd bangunan pentadbiran boleh dikekalkan di Mergong, jimat kos krn hanya 1-2 km shj jarak..

Harap MB Mukriz tegas dn jgn ikut ckp pencacai PAS.

Ahmad Pazil Md Isa berkata...

puak2 BONGOK UMNO. siapa kata sebilangan sahaja yang nak balik Mergong? Sapa yg nak belajar tempat sempit mcm tu? Puak2 UMNO BODOH, memang suka kalau mahasiswa KUIN belajaq tempat sempit mcm tu, sbb depa tau majoriti yang belajar KUIN bukannya sokong UMNO

Ahmad Pazil Md Isa berkata...

dekat Kuala Besut boleh pula hangpa bg sampai 400 juta, mai dekat KEDAH kata membazir. Itulah beza keBODOHan UMNO ditipu oleh pemimpin2 depa sendiri.

Tanpa Nama berkata...

Wei bdk umno bodo.... xtau citer jgn dok kalot pasal kuin....kmi student kmi tau la apa jd....org bodo mcm ampa ja yg mahu KEMUNDURAN... XTAU CITER jgn dok wat pala kalot... aku student KUIN... aku tau apa yg jd.... Kerajaan Kedah skrg PANAS TELINGA dgr KUIN MAJU SEJAHTERA... sbb 2 kalot nk tutup n jual kmpus k.ketil.... umno BODO BANGSAT.!!!!!

Tanpa Nama berkata...

Kampus kebanggaan pas tu ke yang hampa dok pertahankan? Asrama pun tak dak. Hutang bank tu hampa nak tanggung ka pencacai pas oi

Tanpa Nama berkata...

Wah, cantiknya bahasa penulis blog dan tukang komen blog yg ikut sokong ni. Siapa anda utk mengadili pelajar kuin? Anda ni rektor ke? Jangan sesekali cuba menghina tanpa meletakkan diri dlm kalangan student. Student sayangkan Kuala Ketil kerana suasana akademik yg kondusif. Student belajar utk menerima kekurangan sprt tiada masjid dan asrama dgn sabar kerana student dah nampak pembinaan asrama di DALAM KAMPUS KUALA KETIL. Mengenai masjid, di sini student sudah ditarbiyah dgn solat jemaah, maka solat jemaah di surau pun boleh dilakukan. Menerima dgn sabar tak sama dgn spekulasi kononnya "student ni bongok" utk menerima.

Mengenai hutang, mengapa pembinaan sebuah institusi Islam mendapat perhatian, dan mengapa tidak tanya, berapa banyak lagi pembinaan bangunan di Malaysia ni menggunakan duit kerajaan ini masih lagi berhutang jutaan ringgit?

Mungkin penulis blog susah utk memahami kerana pemikiran terlalu sempit. Islam itu mudah, tetapi apabila terlalu dipermudahkan, maka rosak lah agama.

Moga Allah sentiasa mengampunkan dosa mencaci dan menghina tu.

Wallahualam.