Isnin, 29 Julai 2013

PANASS!! UMNO/BN Tolong Jaga KUBU kuat dan Pengundi Sebelum Orang Menyampah! #RevolusiUMNO



Selepas balik pada Kuala Besut, ada satu perasaan 'pelik' yang menghantui Mc. Kenapa UMNO/BN selalu alpa dan biarkan ahli dan penyokongnya susah sedangkan UMNO/BN tahu, tanpa penyokong atau atas pagar yang mengundi mereka. Mereka akan tersungkur kalah, mungkin tidak lagi menjadi kerajaan.

Adalah pelik bila kawasan kuat UMNO/BN kelihatan tidak membangun, jalan tar tahap zaman jepun, daif dan rumah hampir nak runtuh. Slogan UMNO/BN kononnya bawa perubahan, bawa kemajuan, perubahan apa yang BN bawa kalau kawasan KUBU kuat BN pun rumah macam reban ayam yang hampir nak roboh!

Jangan terkejut, bukan semua KUBU kuat BN macam tu.

Contoh macam parlimen Pagoh, TS Muhyiddin Yasin. Mc pernah ke kawasan berkenaan, nak cari rumah kayu buruk pun susah. Hampir semua rakyat miskin disana telah diberi bantuan PPRT, jalanraya tiptop lancar macam lebuhraya, sekolah, stadium, dewan semua infra lengkap. Itu baru contoh terbaik parlimen KUBU kuat BN. Kita nak sebut KUBU kuat pun bangga kalau kawasan macam tu.

Jangan pulak ada yang kata disebabkan situ kawasan TPM maka duit banyak turun. Kawasan lain KUBU kuat yang 'terbela' pun ada, dijaga baik dan tak mempunyai masalah dari segi pembangunan, namun apa yang Mc lihat, lebih banyak kawasan KUBU yang tidak dijaga hingga menyebabkan rakyat yang menyokong BN boleh berubah fikiran dan mengundi pembangkang.

Di Baling DUN Bayu, antara KUBU kuat BN. Sebab waktu gelombang 2008 pun DUN tu masih kekal bersama BN hingga ke hari ini. DUN bayu pun ada masalah pembangunan. Mc tak salahkan ADUN, sebab ADUN selalunya sibuk dengan kerja mereka. Tapi tolong awasi JKKKP, jangan percaya sangat, sebab banyak yang sapu projek masuk poket penuh-penuh dulu, yang serdak-serdak baru bagi pada orang kampung.

Malah ada yang beritahu Mc, waktu kampung kena ribut tempohari, ramai penduduk kampung rumah bumbung tercabut, bantuan sampai dari pusat, cuma tak sampai kepada orang kampung, sebab JKKKP dia tukar bumbung rumah baru, setiap keping bumbung rumah semua dia sapu! Hasilnya orang kampung terpaksa kutip duit sendiri untuk baiki bumbung rumah. Ada orang tahu bab ni? Sedangkan dikampung tersebut, PDM BN tak pernah kalah!

Belum lagi kisah buat jalan tar mohon 3KM tapi jadi 2 KM, sebab 1KM lagi dah masuk poket! Orang macam ni yang kita kena tukar! ADUN tolong waspada, jika biar JKKKP yang dibayar elaun ni dok aniaya orang kampung, lambat laun, sekali ADUN pun depa tukar!

Peristiwa yang paling Mc sedih adalah sewaktu kempen di Kuala Besut, dimana rumah penyokong kuat BN, pacak bendera BN depan rumah, tapi dalam rumah cuma ada satu saja lampu. Rumah pun hampir nak roboh. Wehh malu la, ada orang BN yang rumah hampir nak roboh, ke mana  perginya ahli parlimen BN yang jaga disitu walaupun ADUNnya sudah meninggal dunia, tapi ahli parlimennya orang 'besar' di Terengganu!

Kalau nak bagi contoh, banyak lagi Mc boleh bagi. Langkawi pun termasuk dalam KUBU kuat BN. Mc minta ahli parlimen Langkawi tolong buat kerja, tengok sama rakyat Langkawi, sewaktu kami turun 'cari isu' berkaitan Pas, kami blogger pro BN ni banyak jumpa isu berkaitan BN.

Kalau orang tanya Mc, kenapa tak tegur mengunakan saluran parti? Kenapa mesti nak bising-bising dalam blog. Mc jawab senang saja, ada orang peduli ka kat kami ni kalau kami gunakan saluran parti? Ada orang nak dengar ka suara kami? Mc bukan setahun dua jadi ahli UMNO, sejak tahun 1998 lagi. Dah kenal sangat, sepak terajang politik UMNO ni.

Apa yang Mc dedahkan dalam blog, adalah suara akar umbi yang mahu pemimpin UMNO/BN berubah. Disebabkan sayangkan partilah Mc mahu lihat BN terus memerintah pada PRU ke 14, walaupun harapan BN untuk memerintah pada PRU ke 14 nanti hanya 40% saja, selagi BN gagal tawan saluran orang muda.

Tak payah peduli kaum cina yang tolak BN. Cari inisiatif untuk tarik orang muda bersama UMNO/BN. Golongan muda profesional hampir 70% menolak BN, walaupun mereka berpangkat besar dalam GLC. Sebab apa mereka tolak? Sebab pendekatan UMNO/BN tak pernah berubah, masih di tahap lama, kuno!

Beri peluang orang muda bekerja, terima idea dan sumbangan. Jangan tutup suara orang muda. Jangan sekat jika ada orang muda profesional mahu sertai UMNO. Jika kita lihat suara orang muda didalam Pakatan lebih hebat, lebih ranggi dari UMNO/BN sebab apa? Sebab kepimpinan mereka terbuka untuk menerima cadangan!

Kita UMNO/BN? apa yang kita buat? Nak kata Pemuda UMNO kuat? puii.. saluran orang muda kalah semua! Sepatutnya kalau pemuda kuat, saluran orang muda kenalah menang, baru kata kuat! Tolong beritahu Mc, bahagian mana yang saluran orang muda menang, sebab Ketua Pemuda kawasan situ layak untuk kita angkat jadi KETUA PEMUDA UMNO MALAYSIA kelak! 


P/s: Ikhlas dari suara hati yang menuntut perubahan!


McTheory:
UMNO dulu, kini dan selamanya..

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

depa nak jadi pembangkang mc,biaq pi kat depa la.

Tanpa Nama berkata...

Apa-apa pun...

Sila jaga Melayu dulu...

Baru jaga orang lain...

Kalau setakat orang Melayu merajuk masih buleh pujuk...

Tapi kalau dah takat orang Melayu "mengamuk" kirim salam sajalah jawapannya.

Tanpa Nama berkata...

Huh...pedis tol teguran ini...tapi mahukah n bolehkan pihak yg trbabit menerima teguran?...apa pon tahniah pada blogger krn brani bersuara..elok sgt krn kalo xdi tegur makin ramai yg lupa diri...

Mmg betol ada JKKKP yg trlebey sudu semasa mengaup isi dalam makanan yg spttnya di beri pada rakyat tapi depa yg lantak paling byk...sikap yg sebegini yg mmberi impak burok pada BN..

Tanpa Nama berkata...

Saya pun pernah masuk UMNO apa yang dikatakan Mc memang betul, kita nak tenguk UMNO perintah,buanglah perangai yang mementing diri sendiri dan merugikan parti, buat secara adil, ni ada ahli yang dapat ,ada yang tidak ,bising-bising pun mereka tak bagi terus, Perjuanglah agama dan bangsa,orang bawah akan sokong,insyaallah.