Sabtu, 3 Ogos 2013

HOT! Dilemma Pemilihan UMNO, Kepimpinan atau Wang? #PemilihanUMMO


Dah rasa bahang pemilihan UMNO ni, cuma Mc agak risau format baru yang diperkenalkan UMNO ini juga boleh disulam dengan wang untuk mendapat mendapat pengaruh. Almaklumlah, yang akan bertanding ni bukan semuanya pejuang, ramai juga yang peju'WANG'.

UMNO tak perlukan peju'WANG' sebab orang peju'WANG' ni memang tak boleh buat kerja. Dah ramai sangat Mc tengok Ketua Pemuda sibuk projek dan berniaga dari menguruskan kawasan. Di Kedah pun berlambak. Bukan tak bagi berniaga, tapi agak-agaklah, dah pegang Ketua Pemuda kawasan tu, tanggung jawab utama adalah jaga pemuda. Kalau dah nama Ketua Pemuda tapi dikawasan haram pemuda pun tak kenal, baik tak payah!

Lebih baik, kalau rasa nak fokus berniaga, lepaskan jawatan politik dan tumpukan berniaga, rasanya takdak sapa nak kacau kot.

Dari terjadi perkara diatas, Mc harap ahli UMNO kali ni buat pilihan yang bijak. Tengok dulu individu tu boleh buat kerja ke tak, apa latar belakangnya. Kalau kita pilih individu tu, dia boleh bantu parti atau menyusahkan parti, kalau dok nampak menyusahkan, baik 'sepak' jauh-jauh. Dok ambil buat apa orang yang bawak penyakit?

Ini adalah pesanan ikhlas dari Mc, kalau nak terima tu terimalah, kalau taknak abaikan saja. heh..

Kat bawah ni diantara calon yang nak tanding NKPUM,

Siapa yang layak agaknya?



McTheory:
Yang tengah tu nampak hensem sikit.. he he..

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ada diantara muka tu yg jd jutawan muda!Org mcm tu kat kawasan pun org tk kenal.Org bkempen pru dia bz niaga!

Tanpa Nama berkata...

Calon yg nak lawan ketua tak ada ke? Kalu umum awal mungkin boleh dibeli kot. Atau takut kat kj....