Khamis, 15 Ogos 2013

HOT! Wanita di belasah suami dalam lif muncul buat pengakuan!!



Dua hari lepas kecoh mengenai video cctv seorang lelaki membelasah seorang perempuan yang dipercayai isterinya dalam lif dihadapan anak-anak.

Disebabkan tersebarnya video tersebut, masing-masing tertanya-tanya apa sebenarnya yang berlaku dan kenapa lelaki itu bertindak sedemikian.

Dibawah ini merupakan video pengakuan dari wanita yang menjadi mangsa belasahan suaminya didalam lif sebuah hospital di Bandar Perda, Bukit Mertajam, kira-kira jam 4 petang, 12 Julai lalu.



Menurut wanita berkenaan, beliau dan suaminya telah lama tidak berkomunikasi diantara satu sama lain disebabkan masalah rumahtangga. Kejadian tersebut juga dikatakan berpunca akibat salah seorang anak mangsa enggan mengikut bapanya pulang.

Wanita berkenaan juga turut mengakui bahawa suaminya bertindak sedemikian untuk kali pertama sejak mereka berkahwin.

Akibat kejadian itu, wanita berkenaan kini terpaksa menahan kesakitan apabila mengalami lebam di pipi, bengkak kepala dan sakit di bahagian pergelangan tangan.

Suami wanita berkenaan berusia 36 tahun itu adalah seorang penjawat awam dan bertugas di Jerantut, Pahang yang dimaklumkan merupakan seorang penyokong kuat parti pembangkang kini masih diburu Polis ekoran tersebarnya rakaman CCTV insiden terbabit.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah berkata, polis sudah menerima laporan daripada mangsa berusia 36 tahun pada hari kejadian dan sedang memburu lelaki berkenaan.

"Polis ke pejabatnya di Pahang pagi tadi, namun lelaki itu dimaklumkan tidak hadir bekerja.

Mazlan berkata, polis sudah mendapatkan perintah perlindungan sementara (IPO) untuk menghentikan perbuatan suaminya dan memberi perlindungan kepada mangsa.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan dan sabit kesalahan boleh dipenjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali," katanya.


McTheory:
Boleh cik Polis bagi kami tinju sebarang dua muka si mangkuk tu?? heheh..

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Takda tel0r pukul pompuan, bodo la mangkuk tu, baik p pukul penyamun ka kaki ragut ka mat rempit ka, ada gak owang sanjung.

Tanpa Nama berkata...

"yang dimaklumkan merupakan seorang penyokong kuat parti pembangkang"..he..he..he. Ni xpayah habaq lah, keganasan rumah tangga xperlu nak jdi isu politik gak!

Tanpa Nama berkata...

Spesis manusia pelik.

Ada beberapa spesis manusia yang cenderung melakukan jenayah bacul dalam dunia ini, ciri-ciri mereka ialah :

Jarang berfikir dengan waras atau hampir tak dapat berfikir jika melakukan kesalahan, contohnya macam disaman melanggar lampu merah dan meletak kenderaan ditempat tak sepatutnya, spesis ini tak akan mengaku salah dah terus menyalahkan pihak yang mengeluarkan saman sambil memaki hamun, lebih kronik ada spesis terus menyalahkan pembayar gaji kakitangan yang mengeluarkan saman iaitu kerajaan.

Ada juga spesis yang menjadi tak keruan bila gagal dalam memohon sesuatu contohnya gagal memiliki permit teksi, lesen berniaga, pinjaman atau projek dari kerajaan, spesis ini serta merta menjadi anti kerajaan padahal dia tak memang tak layak untuk mendapatkan sesuatu.

Spesis-spesis ini berada dimana-mana hatta dalam kerajaan sekalipun, ciri-ciri mereka ialah kecenderongan melakukan jenayah bacul, gemar menjerit terpekek terlolong dan panas baran walau dengan seekor lalat yang hinggap sebentar dibatang hidung.

Hati-hati.

Tanpa Nama berkata...

Kikiki.

Tanpa Nama berkata...

dh la badan besar,perut kenyang,hidup senang,nak pukul bini pulak,tak bersyukur ada orang nak kawin duit pun tak ada.

Chet berkata...

This is cool!