Jumaat, 2 Ogos 2013

PANASS! Harun Taib kata Dr Asri Tak Layak!



Bekas Mufti Perlis, Profesor Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin tidak layak bercakap hal-hal berkaitan PAS, lebih-lebih lagi yang mengaitkan pemimpin-pemimpin parti itu dengan ajaran Syiah, kata Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib.

Ini katanya, Asri bukan ahli PAS dan tidak mengetahui apa yang sebenarnya berlaku di dalam parti itu.

"Jangan ambil kira apa yang dia cakap, dia bukan ahli politik. Dia tak tahu. Sepanjang pengetahuan saya tidak ada orang PAS menganut Syiah. Sebab syarat nak masuk PAS mesti Ahli Sunnah Wal Jamaah, " katanya ketika dihubungi Antarapos, di sini, hari ini.

Pandangan yang sama turut disuarakan oleh Setiausaha Majlis Syura PAS, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh.

Malah, menurutnya, beliau yakin tiada seorang pun ahli PAS yang cenderung terhadap ajaran Syiah, seperti yang dilaporkan media masa kini.

"Itu masalah orang lain, kalau nak tahu masalah PAS, kena tanya orang PAS. Mufti atau sesiapa, mereka tidak berkelayakan bercakap hal (mengenai) PAS.

"Setakat ini saya yakin seratus peratus kecuali jika ada bukti-bukti yang dibawa kita akan lihat kembali. Setakat ini memang ada peraturan sesiapa yang sertai PAS mesti Ahli Sunnah Wal Jamaah," kata Nik Zawawi ketika dihubungi di sini.

Rabu lalu, melalui laporan Antarapos, Dr Asri mengakui terdapat pengikut-Syiah di kalangan pemimpin PAS, malah menurut beliau perkara itu tidak dinafikan pemimpin PAS sendiri.

Dua nama besar PAS yang sering dikaitkan sebagai pengikut Syiah adalah Timbalan dan Naib Presiden PAS, Mohamed Sabu dan Datuk Mahfuz Omar.

Namun pembabitan kedua-dua pemimpin kanan parti berkenaan dinafikan oleh Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dan Ketua Penerangannya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Mengulas lanjut hal ini, Nik Zawawi menegaskan tiada sebarang bukti yang boleh menunjukkan terdapat ahli-ahli PAS menyimpang dengan ajaran sesat berkenaan kerana telah termaktub di dalam perlembagaan parti yang mana ahli-ahlinya perlulah menjadi pengikut Ahli Sunnah Wal Jamaah.

"Tidak semestinya yang dikaitkan itu betul terlibat. Dalam suasana politik sekarang yang saya sifatkan tidak matang, saya minta pihak kerajaan mempunyai kuasa sekiranya mereka rasa mereka ini Syiah, mereka boleh tangkap dan ambil tindakan. Tidak perlu dakwa itu ini.

"Kita mahu bukti dari kerajaan jika ada. Sekiranya kerajaan Umno BN dapat membuktikan kedua-dua pemimpin PAS ini terlibat dengan ajaran Syiah dan benar-benar terbukti, maka Majlis Syura Ulama tidak teragak-agak menggugurkan mana-mana pihak.

"Dan bagi pihak Majlis Syura Ulama kita sangat bertegas dalam perkara ini. Apabila kita dapati ada ahli PAS yang mengikut fahaman Syiah dan lain-lain, maka kita akan buang dan pecat daripada menjadi ahli PAS," katanya lagi.

Khalid dalam wawancaranya dengan Antarapos sebelum ini tidak menolak hubungan baik beberapa pemimpin PAS dengan tokoh utama Syiah di luar negara memungkinkan parti itu dikaitkan dengan gerakan Syiah di negara ini.

Namun katanya, PAS bertegas untuk menentang sebarang usaha membawa fahaman Syiah ke negara ini kerana boleh menimbulkan pelbagai polemik dan pertembungan masyarakat, sekaligus mendedahkan negara kepada perpecahan dalam kalangan umat Islam.

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ptuihh laaa Harun taib Munapik.. mana ade dlmn borang keahlian PAS suruh baiah atau tanya pasal Ahli Sunnah WalJamaah ke tidak.. bodoh punya penipu.

Sedangkan kafir harbi pun boleh join PAS dgn pelbagai cara, apakah Syiah yg menipu penampilan xboleh join PAS?

Dewan Ularmak PAS pun kaki penipu mcm mana ahlul PAS yg bawah2 ni xjd penyamun dn kaki pukul..

PAS parti rosak!

Tanpa Nama berkata...

Sudah terang lg bersuluh , pi tanye ostad Jijan la, pesuruhjaya PAS Kedah pun tau Syiah dlm PAS tu ada.. org besar2 lg jawatannya..tkn Ostd Jijan nk tipu kot..

HArun Taib nk jd setan bisu yg ckp tipu.. sudah lah PAS.. bubar je parti sesat tu!!

Tanpa Nama berkata...

Sori to say... mmg Harun Taib nie tak berapa cerdik. Dia kata orang lain tak layak cakap ttg PAS pasal bukan ahli PAS. Habis... yang orang PAS dok kutuk UMNO tu boleh pula. Apasal kutuk UMNO darihal ko orang bukan ahli UMNO. Otak letak kat lutut ka?

Tanpa Nama berkata...

itu lah ularmak2 penipu zaman moden..
pakai lah sarban besar mana pun..
pakai lah jubah labuh mana pun...
simpan lah janggut panjang mana pun...
kalau tak menipu bukan PAS..

Tanpa Nama berkata...

Disebabkan ego yang tinggi, pemimpin pas sanggup menipu dan menyorokkan fakta..... Lupake orang syiah boleh bertakkiah. Mereka boleh bermuka2 dan hipokrit .

Tanpa Nama berkata...

Ari tu ada Pamiran di perhimpunan PAS...ada Pamiran syiah...maknanya adalah geng tertinggi PAS yg ada hubung kait...utk sebarkan syiah tu...

Tanpa Nama berkata...

Ambik tindakan apa,ma pa undur wear punya kes pun tak Kemana walaupun bukti dh ada!! Opppss!!! Lupa!! Video besi!! Mana boleh jadi bukti.Kalau ikut peh punya undang2 maka habislah kes bunuh,rompakan,rogol semua kena buang kes.. Jangan pakai lagi cc tv... Pakai undur wear!!!! Kah kah kah!!! Parti undur wear!!!

Azman berkata...

Terbaik