User Online

Politics Blogs

Post Terbaru!!

Kempen LIKE Page!

Mari Kita Terus Selamatkan KEDAH Dari Tangan Puak PAKATAN !! Sila Nyatakan Sokongan Dengan LIKE Button Ni -->
P/s: Setiap LIKE Anda Amat Berharga Kepada Kami!

Anda Sokong UMNO? Sila LIKE kat Sini!
P/s: Perkasakan UMNO di Alam Maya!

Ahad, 29 September 2013

HOT! Mukhriz Mahathir Takut Hadapi PRK Sungai Limau? #KedahAmanMakmur


Siapa sangka, disebalik taruhan untuk menjadi Naib Presiden, Mukhriz Mahathir diuji pula dengan ujian paling getir dalam sejarah politik beliau. Menjadi Ketua dalam pilihanraya kecil, walaupun DUN, tetapi ia lebih getir kerana DUN Sungai Limau merupakan tempat kubu kuat pembangkang di Kedah.

Masakan tidak kuat, DUN Sungai Limau merupakan tempat bekas Menteri Besar Kedah yang lepas dan merupakan kubu kat Pas setelah sekian lama. Pengaruh peribadi dan keluarga merupakan kekuatan utama Allahyarham Azizan Razak di Sungai Limau.

Sentuhan peribadi terhadap orang Sungai Limau menyebabkan Allahyarham Azizan Razak tidak tumbang pada PRU yang lepas walaupun beribu orang Pas tidak mengundi Allahyarham kerana protes terhadap kepimpinan kerajaan terdahulu.


Sungai Limau diprotes oleh orang Pas sendiri, kempen TOLAK AZIZAN dilakukan secara bergerak oleh pemimpin Pas Kedah berhaluan kiri, hinggakan orang UMNO pun pelik betapa dahsyatnya dendam pemimpin Pas berhaluan kiri kepada Allahyarham.

Pernah Ketua Cawangan UMNO disana, tergaru-garu kepala, kerana tiba-tiba dikawasan beliau penuh dengan bendera BN. Sedangkan tidak pernah pula beliau mengarah atau menyuruh sesiapa pacak bendera BN di sempadan Sungai Limau sebegitu banyak.

Bila disiasat, rupanya orang Phahrolrazi pemimpin Pas Kedah berhaluan kiri yang mengupah budak-budak Pas kawasannya supaya memacak bendera BN di sempadan Sungai Limau. Maklumlah Sungai Limau dengan Pengkalan Kundur kan berjiran, maka senanglah dia nak buat kerja jahat!

Pertelingkahan antara dua puak Pas boleh dijadikan modal besar kepada Dato Mukhriz untuk memenangi kerusi ini. Namun faktor kekuatan sendiri dan calon juga perlu diambil kira.

Mc difahamkan Pas sedang bergaduh sesama sendiri untuk meletak calon di Sungai Limau. Biasa la sentimen puak A dan puak B, masih belum hilang, walaupun penyandang yang lepas sudah tiada. Namun sikap berpuak-puak tetap wujud di dalam Pas Kedah.

Lihatlah betapa kurang ajarnya Pas berhaluan kiri, belum beberapa jam Allahyarham Ustaz Azizan meninggal dunia, mereka sudah berbicara bab calon malah wujud pertelingkahan untuk meletakan calon mereka sendiri.

Sudah la sewaktu Allahyarham hidup mereka tidak hormat terhadap Allahyarham, selepas meninggal pun, mereka tetap bersifat begitu, apakah ini sikap umat Islam yang kononnya patut semua umat Islam contohi?

Sambung baca blog PRK Sungai Limau

4 Komen Pembaca:

kluangman berkata...

menang atau tidak umno di sana bergantung juga kpd menang atau tidak mukhriz di peringkat VP... jika menang mudah sikit di sungai limau, kalau kalah kenalah mukhriz beli banyak2 limau untuk dibuang ke dalam sungai.

Umno perlu kekalkan bekas calon yg menentang arwah kerana mereka mempunyai pertalian saudara dan mudah sikit untuk berkempen cuma ianya menjadi sentimen kpd pas jika meletakkan anak arwah sebagai calon.

Sesuatu yg baik untuk mukhriz mula menambah pengalaman dlm mengetuai pilihanraya.

Tanpa Nama berkata...

mukhriz sibuk nak bertanding, rakyat susah dia ambik kisah ka?

Tanpa Nama berkata...

Saya rasa MB Kedah tak perlu pun risau jika kalah di PRK Sg. Limau. Kedah masih lagi di bawah BN. Dulu ada ura-ura Mukhriz mahu tawarkan Exco pada PAS. Ada jalan lain yang lebih mudah, jika beliau mahu 'menghulur tangan' berbaik sesama bangsa dan Agama.

Sudah pasti PRK kedua selepas PRU13 akan diadakan tak lama lagi. Kepada penyokong BN (terutamanya UMNO) yang sekian lama 'patah-hati' melihat tiada perubahan dalam kabinet, menang atau kalah di Sg. Limau, tak membawa sebarang erti.
Amatlah jelas, hampir kesemua Menteri kabinet adalah 'fossil' tinggalan Pak Lah dan mereka amat kaya-raya. Mereka hanya mahu kerja senang, tidak boleh berfikir sendiri dan memerlukan CON-sultant yang dibayar beratus juta untuk melakukan kerja mereka. Selepas mengurangkan subsidi petrol, Najib membazir wang rakyat, menyewa pejabat di San Francisco, yang ber'scenic view'kan Golden Bridge yang indah. Kalau betul mahu berjimat WANG Rakyat dengan mengurangkan subsidi, mengapa tidak dibubarkan saja, PEMANDU dan berhentikan khidmat CON-sultant atau lain2 penasihat, terutama warga asing, yang ramai di GLC dan MAS. (Jangan ingat MatSalleh respect pada Negara Islam). Barulah rakyat tak marah sangat kenaikian harga petrol.

Balik pada PRK Sg. Limau: Apa pun keputusannya, Kedah akan tetap di miliki BN. Oleh yang demikian, sebagai membukti persaudaraan sesama Islam, marilah kita memberi kemenangan kepada PAS. Asalkan PAS tidak beri laluan pada PKR atau DAP, biarkan PAS menang tanpa bertanding. Tiada ceramah/kempen yang lebih merengang & memecah-belah kita. Lagi pun kerajaan dan SPR boleh berjimat WANG & masa rakyat untuk pergi mengundi. Kawasan kampung tidak di cemari sampah sarap poster & banner kempen. Jika kerajaan pusat mahu letak calon juga, saya gesa semua pengundi BN di Sg. Limau, memangkah PAS, sebagai protes dan memberi isyarat kepada Najib supaya menukar anggota kabinetnya yang ramai melakukan pembaziran. Jika orang Cina dalam MCA, Gerakan dan DAP boleh bersatu untuk menjaga kepentingan mereka, mengapa Melayu tidak boleh? Jika pengundi Melayu di Sg.Limau bersatu 100% menyokong PAS, ia akan memberi keyakinan kepada PAS untuk keluar PR dan bersatu dengan UMNO untuk menghadapi PRU14. Inilah saja caranya jika bukan-bumiputera tidak mahu lagi menyokong BN.

Sebaliknya, jika BN menang di Sg. Limau, sudah tentu Najib akan mendabik dada mengatakan kepercayaan rakyat telah kembali kepada BN. Maka dasar-dasar sekarang akan berterusan.

RD.

Tanpa Nama berkata...

Letak balik calon yg lepas!!! Insyaallah menang.Ustaz Azizan dulu pun pak menakan dia adun Umno situ.Walaupun dia ahli PAS,dia tak lawan pak menakan dia sampai la org tua tu letak jawatan dn meninggai.Bila org tua tu meninggai baru dia bertanding dn org sungai limau pun kata kita cuma TUKAQ parti tapi adik beradik tetap sama.Kebanyakkan penyokong ustaz Azizan diSungai limau adalah org Umno kerana kuatnya pertalian saudara.

Kempen LIKE!!

Mari Kita Terus Selamatkan KEDAH Dari Tangan Puak PAKATAN !! Sila Nyatakan Sokongan Dengan LIKE Button Ni -->
P/s: Setiap LIKE Anda Amat Berharga Kepada Kami!

Anda Sokong UMNO? Sila LIKE kat Sini!
P/s: Perkasakan UMNO di Alam Maya!

Popular Posts

Arkib Blog

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | GreenGeeks Review