Rabu, 25 September 2013

INFO! Mukhriz Tawar Pas Kedah Jawatan Exco? #KedahAmanMakmur


Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir berkata beliau pernah mempertimbangkan untuk menawarkan satu slot exco negeri buat wakil rakyat PAS demi mengurangkan perseteruan politik di negeri itu selepas BN kembali menawan Kedah.

"Kita sebenarnya pertimbangkan segala macam cara untuk mengurangkan sedikit 'suhu' politik dalam negeri Kedah.

"Antara caranya yang dicadangkan salah satunya mengenai tawaran kerusi exco," kata calon naib presiden Umno itu pada sidang media petang tadi.

Bagaimanapun tegasnya, beliau merasakan ada jalan lain yang boleh dipertimbangkan untuk memupuk perpaduan di antara PAS dan Umno di negeri itu dan membuat keputusan untuk tidak memanjangkan fikirannya itu kepada exco negeri yang lain.

"Tetapi setelah kita fikirkan ada cara-cara lain kita boleh terokai dulu, kita tengok apa kesannya dan buat masa ini sedikit payah untuk lakukan apa yang dicadangkan sebelum ini" katanya lagi.

Menurut Mukhriz, tindakannya tidak meneruskan hasrat menawarkan satu kerusi exco kepada PAS ternyata betul apabila melihat sikap parti itu yang tidak berapa ambil peduli akan isu pengharaman Syiah di Kedah.

"Saya agak terkejut dalam membahaskan enakmen jenayah syariah yang melibatkan Syiah baru-baru ini nampaknya mereka tidak sokong apa yang hendak kita lakukan.

"Maksudnya pendekatan yang kita ambil itu yang tepatlah, kita buat sendiri," katanya.

Tiada ulasan: