Rabu, 25 September 2013

INFO PEMILIHAN! Sorang Lagi Calon Layak Ke Majlis Tertinggi! #YBShamsulAnuar4MT




Dalam kehangatan pemilihan UMNO kali ni. Ada posting yang Mc akan perkenalkan pada semua calon-calon yang patut diberi perhatian dan patut dipilih.

Mc yakin kebanyakkan pembaca kurang mengenali YB Shamsul Anuar yang juga Ahli Parlimen Lenggong, Perak walaupun dia merupakan individu yang mempengerusikan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menggantikan Datuk Ismail Mohamed Said.

YB Shamsul Anuar yang menggantikan Datuk Ismail Mohamed pada awalnya berdepan dengan tanggungjawab berat memandangkan pembangkang menjadikan isu tabung PTPTN sebagai modal kempen mereka semasa PRU13.

Namun jika diperhatikan sejak YB Shamsul Anuar mempengerusikan PTPTN segala tanggapan negatif sesetengah pihak terhadap PTPTN telah berjaya dijawab dengan baik, dari kecekapan YB Shamsul Anuar menjawab setiap perkara berkaitan PTPTN terbukti beliau merupakan individu yang mampu menguruskan isu dengan baik.

Bukan nak kempen, cuma nak cerita kepada 140,000 perwakilan UMNO yang bakal memilih pucuk pimpinan tertinggi parti Oktober nanti kenapa YB Shamsul Anuar antara individu yang harus diberikan peluang bagi mengisi senarai Ahli Majlis Tertinggi UMNO.

Pertama - kerana YB Shamsul Anuar merupakan pemimpin yang bermula dari bawah, berasal dari seorang guru sebelum bertukar kerjaya menjadi Setiausaha Sulit DS Nazri Aziz sekitar tahun 1999 hingga 2004 sebagaimana dinyatakan dalam artikel profil YB Shamsul Anuar [SINI]

Dari ahli biasa ke AJK, dari AJK ke Naib Ketua Pemuda selepas itu menjadi Exco Pemuda UMNO Malaysia hingga kini Ahli Parlimen Lenggong.

Selain itu pengalaman YB Shamsul Anuar aktif dengan gerakan belia antara sebab kenapa dirinya antara calon terbaik bagi membarisi Majlis Tertinggi memandangkan laungan untuk 'meremajakan' parti antara perkara yang perlu diperjuangkan demi survival UMNO PRU14.

Ramai diantara kita yang mahu perubahan dilakukan dalam UMNO bukan? Kalau mahu perubahan, orang yang macam mana patut kita letak dalam MT? Bukan nak buang yang lama, tapi kalau boleh 'barangan' muzium kilat-kilat letak dalam kaca.

Gunakan tenaga baru untuk remajakan UMNO. Sekadar memberi cadangan..

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Masyukkkkk