Khamis, 10 Oktober 2013

HOT! Betul ke Rombongan Mukhriz Makan Sampai RM6000? Siapa Salah?


Sebelum ni ada beberapa blog mainkan cerita bahawa ada sebuah restoran di Kelantan 'cekik darah' BIL makan kepada VVIP hingga RM6000. Dah tu, bukan makan tengahari, tetapi makan pagi. Sarapan saja dah RM6000. Kita dengar pun dah rasa melampau.

Mc tak berminat nak ulas pasal BIL dan harga makanan di restoran tersebut. Sebab sepatutnya ia diuruskan oleh 'orang tempatan' yang nak bawa rombongan VVIP ke restoran tersebut.

Akibat daripada kebodohan 'orang' yang menguruskan rombongan VVIP, dan mempunyai niat jahatnya yang tersendiri, pengusaha restoran dan nama VVIP yang terbabit tercemar.

Pengusaha restoran di serbu oleh pegawai KPDNKK kerana laporan terhadap harga makanan. Seperti gambar dibawah,



Manakala, VVIP yang dikatakan tu ialah Menteri Besar Kedah, Datuk Paduka Mukhriz Mahathir, yang Mc percaya tak terlibat langsung dalam soal bab makan pagi tu. Orang yang bawa, dan uruskan soal makanan tu yang bertanggung jawab.

Kalau tak percaya tengok video penjelasan dari pengusaha restoran terbabit,




Mc tak kata kita boleh percaya pengusaha restoran ni 100%. Tak, sebab kita taktau cerita yang sebenar, dan apa yang mereka bincangkan. Cuma, kesilapan utama ialah, orang yang uruskan sarapan pagi rombongan gagal 'menguruskan'nya dengan betul. Kalau perjanjian dibuat dengan 200 orang rombongan, sepatutnya harga awal sebelum makan pun orang tu dah tahu.

Tetapi bila terjadinya kejadian bungkus dan tapau, memang perkara tersebut tak boleh kawal dan boleh menyebabkan pengusaha restoran mengenakan CAS yang lebih! Siapa taknak untungkan?

Paling sedih bila bayar orang yang uruskan tu bayar RM5500, tapi ambil BIL RM6000. Oit! makan pun nak 'makap' ke? Makan duit haram tu.. insaflah siapa yang buat kerja bodoh macam ni, dan Mc percaya.. punca sebenar semua ini ialah orang yang uruskan dengan restoran terbabit.

Kalau sesiapa tahu, mangkuk mana yang buat kerja bodoh ni, boleh bagi detail dia kat komen bawah. Kita sama-sama dedahkan mangkuk ayun tu.

Buat malu nama Dato Mukhriz saja..


McTheory:
Pegawai Dato pun boleh tolong pantau..percaya sangat..kan dah kena!

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

buruk benor perangai ore umno kelate wehh. makan pun nak makap. burok,patut umno kalah selalu.

Unknown berkata...

Kesian kt pekedai tu...x pasai2 kena serbu..dh tu dlm paper pun bohong gak..adaka tulis 50 org saja..?

Tanpa Nama berkata...

he he he umno kalah selalu kat kelantan sebab perangai burok. lagu tu PAS kalah selalu satu malayisa, perangai PAS mesti nauzubillah!!

Tanpa Nama berkata...

Dah ore atas kedarah lagi byak stakat 500 apa la sgt ak...

Tanpa Nama berkata...

asalnya order utk 200org ja, bil masatu rm17 seorang x 200org = rm3,400
klu 400org x rm17 dh berapa?
sendiri pikirla...

Tanpa Nama berkata...

Sebab tulah UMNO kalah kat Kelantan.
Tak Amanah..

Tanpa Nama berkata...

Betulkah apa yang tokeh itu cakap? Bil itu sendiri meragukan.

Tanpa Nama berkata...

Ni bukan bil asal ke? so, bil tu ada dekat sape skrg? kalau dekat pekedai macam pelik, sbb dia sepatutnya ada carbon copy je kan?

tapi 400 orang leh masuk ke kedai tu or semua org tapau?