Ahad, 6 Oktober 2013

HOT! BN Serah DUN Sungai Limau Pada Keluarga Ustaz Azizan? #PrkSgLimau



.... syaratnya keluarga Azizan

Allahyarham Tan Sri Azizan dipuji Tun Dr Mahathir sebagai orang yang baik. Difahami dia tak pernah kisah sangat pasal perbezaan UMNO dan PAS. Hanya politik saja katanya.

Orang PAS marah pada dia ketika dia MB sebab dia beri projek tak tengok parti. Pasal mereka tak tahu apa pasal berniaga dan hanya tahu berceramah, berdemo, dan mengeluarkan kata kesat, maka tak dapatlah menang tender. Lalu dikata Azizan kasi pada UMNO.

Apabila dia sakit dan meninggal dunia, orang PAS tak boleh asingkan politik dan kesopanan Melayu yang sentiasa hormat menghormati. Lalu mereka tak datang ziarah pun.

Mukhriz adalah antara orang yang pertama ziarah ketika dia masuk hospital. Dia juga banyak kali datang berziarah dan sehari sebelum dia meninggal dunia dan sudah nazak, dia ziarah juga.

Bila dia meninggal dunia, Mukhriz buat tahlil dan jempput semua rakyat tak kira parti datang.

Fikir-fikirlah ... apa salah kita tak payah tanding dan serah saja Sg Limau keapda keluarga Tan Sri Azizan ganti. Syaratnya keluarga dan bukan magreb macam Mat Sabu syiah dan Mahfuz bodoh tu.

Apa hal pun bukan kita boleh dapat dua pertiga pun.

Mudah-mudahan ada pihak PAS akan tersentuh dengan huluran ranting zaiton dan dapat kita bersama berjuang dengan satu tujuan untuk imarahkan bangsa dan ummah. Taklah bersaing politik hingga kalimah Allah nak dijaja untuk undi Cina dan Kristian!

Tak jadi takpa ... janji usaha.

Syaratnya pada keluarga Azizan. Bukannya Mussodak atau Firdaus yang turut sama hendak kerusi yang diluangkan Azizan.


PAS perlu lawan usaha Phahrolrazi yang dendamnya terhadap Azizan tak habis-habis walaupun dia sudah meninggal dunia. Dia tengah lancar kempen tolak anak atau keluarga azizan.  Puan Seri Faekah, isteri pertama Azizan memang sedang sakit hati dengan grup Phahrlrazi.
 
Mereka hanya tahu salahkan Azizan tapi tak salahkan perpecahan dalam PAS yang didalang olehnya, Mahfuz dan Mat Sabu.

Kalau keluarga Azizan tentukan kasi pada Fadillah sepupu Azizan yang lawan Azizan ketika PRU baru-baru ini tapi bantu Azizan jaga kawasan, terimalah hakikat. Harap Ketua Bahagian, Dato SUhaimi sedia beri jalan.

Kalau pilihan keluarga adalah ahli keluarga lain yang dalam PAS, kita terima. Idea gila dan tak dibuat orang tapi bukan kita tak pernah tak tanding PRK kan?

Biar mengalah asal kita menang perang yang lebih besar yang itu bukan perang sesama bangsa dan ummah. 
Mc ada dengar cerita yang dibawa oleh The Unspinners ni. Tapi tak berani nak keluarkan, sebab takut menganggu momentum PRK.
Apa pun terpulang pada pucuk pimpinan, sama ada betul atau tidak. Kami terima saja..

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sesuatu yang amat baik untuk umat Islam Melayu amnya dan terbaik untuk warga Kedah khasnya.

Tanpa Nama berkata...

Terbaik.. Biar nmpk kita boleh brsatu n brtolk ansur.. Lgpn mmg DUN tu kawsn takluk PAS sejak dr dulu lg.. Sudah tina masanya utk betul brsatu..

Tanpa Nama berkata...

Saya sokong 1000%. Saya pun dah pernah kemukakan cadang sepert ini tak berapa lama dulu.

Apa pun keputusan PRK, Kedah akan tetap di miliki BN. Kewibawaan Mukhriz tidak akan terjejas. Lagi pun beliau sendiri pernah melontar idea untuk beri jawatan EXCO pada PAS. Oleh yang demikian, sebagai membukti persaudaraan sesama Islam, marilah kita memberi kemenangan kepada PAS. Asalkan PAS tidak beri laluan pada PKR atau DAP, biarkan PAS menang tanpa bertanding. Tiada ceramah/kempen, caci mencaci dan fitnah yang lebih merengang & memecah-belah sesama kita, orang Islam. Lagi pun kerajaan boleh berjimat WANG & masa rakyat, memasang poster dan memacak bendera dan buang masa untuk pergi mengundi. Juga dapat elak sampah-sarap yang akan di tipu angin masuk longkang. Jika kerajaan pusat mahu letak calon juga, saya gesa semua pengundi di Sg. Limau, memangkah PAS, sebagai protes dan memberi isyarat kepada Najib supaya menukar anggota kabinetnya yang ramai melakukan pembaziran. Jika orang Cina dalam MCA, Gerakan dan DAP boleh bersatu untuk menjaga kepentingan mereka, mengapa Melayu tidak boleh? Jika pengundi Melayu di Sg.Limau bersatu 100% menyokong PAS, ia akan memberi keyakinan kepada PAS untuk keluar PR dan bersatu dengan UMNO untuk menghadapi PRU14. Jika kita tidak percaya sesama bangsa dan agama, siapa lagi yang kita boleh percaya? Mat Salleh? (Najib amat percayakan dan suka, anything Anglo. Dia minat EPL. Sampai tengah malam, sanggup lepak dan buang masa dengan rakyat. Sokong MU ke Liverpool, saya tak pasti. Pegang dua jawatan kabinet. Mana ada masa nak pantau lain2 Menteri. Pasal tu ramai penasihat dan mudah terpedaya & terpikat dengan pembodek).

Jika BN menang di Sg. Limau, ego beliau akan melonjak lagi. Sudah tentu Najib akan mendabik dada mengatakan kepercayaan rakyat telah kembali kepada BN. Maka dasar-dasar sekarang akan berterusan.

RD.

Tanpa Nama berkata...

aku pun berfikiran sama seperti di atas...

bagi saja pada pas.. atas dasar persaudaraan..

walaupun aku sokong umno..

-gerakan melayu berdaulat-

Tanpa Nama berkata...

Kenapa tidak sebaliknya?

Tanpa Nama berkata...

Aku tk risau pasai Keluarga Ust Azizan, tp aku risau celaka2 dan haramjadah2 dlm PAS yg tgh melahap2 nak rebut seinci dua kuasa yg mereka boleh wpun tiada apa kesan.

Semua org yg xkenal PAS akan ckp PAS tu 'molia' spt apa yg Islam telah tarbiyyahkan.. tp hangpa semua SILAP besaq!!

Ust Azizan seorang pemimpin unik. Dia tinggalkan suatu karisma pemimpin yg sesuai dgn budaya org Kedah. Dia pergi dgn kembali mengadap Allah YanG Esa tnpa pujian dan laungan hebat oleh pencacai PAS. Tp dia dipuji dan disaynagi oleh rakyat biasa Kedah dan juga org2 UMNO. Krn sikap matangnya dlm menjadi MB kedah.

Ustz Azizan tinggalkan suatu pengjaran pd PAS Kedah-Parti Sombong Bongkak ini yg tkpernah lihat hikmah dn ketentuan Allah SWT itu sbg suatu pengajaran.

Ust Azizan lahir 100% dr tarbiyyah PAS, tp mengapa beliau sndiri boleh jd org yg bertoleransi. Tp budak2 hingus dlm PAS Kedah bermatian2 nk bina politik bermusuh PAS-UMNO, hakikatnya sesama Islam. Atas dasar pergaduhan yg sgt tidka jelas.

Penipulah jika PAS ckp krn dasar Agama krn PAS sndiri yg belot pd Agama.

Sebaiknya kita hrgai jasa Ust Azizan, Sg Limau mmg kubu kuat PAS. Apa boleh buat, carilah jalan terbaik yg menguntukan umat Islam.

Jgn harap MAhpos Munapik dan Mat Sabu Laknatullah itu akan belajar apa2 hikmah dr semua ini. Bg mereka menghentam dan membenamkan UMNO iualah matlamat dunia akhirat mereka wpun Allah SWT tidak Suka permusuhan.

Tanpa Nama berkata...

aku xsetuju kalau diberi kemenangan percuma pada pas...tapi aku bersetuju kalau diberi kemenangan percuma pada ahli keluarga azizan.. kalau orang lain yang jadi calon, kite lawan..mat sabu nak masuk? walaupon itu kubu kuat pas, tapi mat sabu dan mahfuz? sori la bro.. aku cukup xyakin pas boleh kekalkan kerusi kalau calonnya adalah mahfuz or mat sabu..tolak anwarisme dan syiah..!!