Ahad, 13 Oktober 2013

HOT! Dap Kedah BANTAH Keputusan Dap Pusat!!



Sebahagian ahli akar umbi DAP Kedah menunjukkan bantahan terhadap pembubaran jawatankuasa negeri pada sidang media hari ini.


ALOR SETAR - Kira-kira 30 ahli akar umbi DAP meminta penjelasan daripada Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) mengenai pembubaran jawatankuasa negeri dan digantikan dengan jawatankuasa interim.

Bendahari DAP Kedah, Law Teng Hooi berkata, mereka menolak penubuhan jawatankuasa interim kerana pengurusan asal masih sah mengikut perlembagaan parti.

Beliau berkata, jawatan penyandang organisasi asal DAP Kedah diambilalih begitu sahaja oleh jawatankuasa interim dan sehingga kini ahli akar umbi belum menerima sebarang penjelasan mengenainya.

"Ahli akar umbi tidak menerima penubuhan jawatankuasa interim selagi tidak disahkan oleh Jabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS). Kami berharap ROS akan memberi respons segera.

"Kami adalah penyokong jawatankuasa asal kerana ia dilakukan melalui pemilihan sebulat suara. Jawatankuasa DAP Kedah masih sah dan tidak bercanggah dengan perlembagaan parti," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Menurutnya, mereka menganggap Lee Guan Aik masih mewakili organisasi kepimpinan parti yang sah di negeri ini.

''Setakat hari ini kita belum menerima penjelasan mengapa jawatankuasa DAP Kedah dibubarkan. Mana boleh diubah tanpa sebab,'' katanya.

Sementara itu, bekas Penolong Setiausaha Publisiti DAP Kedah, Tan Yen Chai mendakwa, terdapat pemimpin pusat parti itu menyalahgunakan kuasa dengan menipu dan mengelirukan ahli CEC untuk mengambil alih pentadbiran DAP negeri tanpa sebarang surat tunjuk sebab.

Beliau berkata, CEC juga tidak mengikut prosedur ditetapkan perlembangaan parti yang sepatutnya mengadakan siasatan terlebih dahulu.

''Ini adalah satu konspirasi politik, kita pasti seorang pemimpin pusat yang berniat untuk mengembangkan wilayah politik peribadi bagi membuka jalan untuk sesi pilihan raya parti akan datang,'' katanya.

Bekas Naib Pengerusi DAP Kedah, Zainol Endut berkata, pelantikan Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari menerajui Jawatankuasa Interim DAP Kedah bertujuan mengelirukan dan menarik sokongan orang Melayu di negeri ini.

Menurutnya, jika pimpinan tertinggi DAP mahu memberi jawatan itu kepada orang Melayu di Kedah, beliau adalah antara calon yang layak kerana Melayu tulen, mempunyai jawatan dalam parti dan dilantik oleh akar umbi.

''Mengapakah hendak membawa Zairil Khir dari Pulau Pinang ke negeri ini. Sedangkan kita mahu pimpin rakyat, mestilah terdiri daripada orang tempatan, itu yang terbaik,'' katanya.


McTheory:
Aiyaa.. senlili pun talak butut, lagi mau kaco kelajaan ka? Aiyaa apekk..bikin lumah senlili kasi elok lulu maa...

Tiada ulasan: